Adsense

Khamis, 2 Februari 2012

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(VIDEO) Kelantan Dibelasah Skuad Kebangsaan

Posted: 02 Feb 2012 04:15 AM PST


Bolasepak perlawanan persahabatan Malaysia menentang pendahulu Liga Super, Kelantan.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tampil cemerlang mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas "Red Warriors", semalam.

Kelantan yang menyenaraikan 3 pemain import, Mohammad Ghaddar, Dennis Antwi dan Emmanuel Okine nyata gagal menyekat aksi pantas skuad kebangsaan.

Agak kental pada awal permainan, gawang Red Warrior akhirnya bolos selepas lorongan Kapten Malaysia, Safiq Rahim berjaya disudahkan Asraruddin Putra Omar pada minit ke 35.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal makin selesa apabila shahurain abu samah menyumbat gol kedua selepas menerima hantaran Abdul Manaf Mamat selang 7 minit.

Ketinggalan 2-0, Kelantan tambah tertekan.

Gol ketiga Malaysia menyusul pada minit ke 65, hantaran lintang Bunyamin Umar berjaya disambut S. Kunalan untuk kedudukan 3-0.

Minit ke 78, giliran Abdul Hadi Yahya tampil selaku penjaring selepas hantaran Norshahrul Idlan talaha gagal disekat pertahanan Kelantan.

Dan Mohd Izuan Salahudin melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 Malaysia ke atas Kelantan ketika permainan memasuki masa kecederaan.

Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) Full Video [HD/HQ]

Posted: 01 Feb 2012 11:33 PM PST