Adsense

Ahad, 8 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Cartoon Santai yang menggelikan hati

Posted: 08 Jan 2012 09:18 AM PST


tanpa disedari si bapa menerangkan bahawa idiot itu adalah dirinya sendiri ;p
Dasyatnye bini dia nie main kayu 11 belakang suami...
suami yang begitu desperate..hamaigadd
lampu ajaib yang disalah guna..?patutnya mintaklah benda yang best2
wish come true

Rihanna dan Chris Brown kembali bercinta melalui Twitter?

Posted: 08 Jan 2012 03:34 AM PST

Sensasi rasa semua tahu rihanna pernah bercinta dengan Chris Brown,namun percintaan mereka akhirnya putus apabila Chris mempunyai satu tabiat suka memukul Rihanna apabila
marah menyebabkan akhirnya hubungan mereka putus.Rihanna mendakwa itu bukanlah kali pertama dia dipukul.

Kemudian kecoh pula Rihanna mengambil tindakan mahkama supaya Chris Brown diberikan restraining order.Tak boleh berada berdekatan sejauh beberapa km.



Peminat-peminat setia Rihanna kembali berang dengannya apabila melihat dia saling berbalas-balas mesej menerusi laman Twitter dengan bekas kekasihnya, Chris Brown.

Setelah tiga tahun berpisah gara-gara keganasan Chris yang kerap memukul penyanyi kelahiran Barbados itu, nampaknya kedua-dua mereka kembali berhubungan apabila kerap melawati akaun Twitter masing-masing.

Kemesraan mereka jelas dilihat apabila Cris meluahkan rasa cinta kepada bekas kekasihnya itu dengan mengatakan, "Love U more than U know!" pada 29 Disember lalu.

Malah Rihanna memberi respons baik dengan membalas dia turut mempunyai perasaan sama terhadap penyanyi lagu 'Next To You' itu dengan menghantar entri "And we on da same page... (For the most part). I'll always love u #1LOVE."

Chris dan Rihanna mula kembali rapat menerusi laman Twitter pada Mei tahunl alu dan hal tersebut membuatkan para peminat Rihanna bengang dengannya.

Lantas Rihanna menjelaskan mereka sekadar berhubungan dengan menghantar entri Twitter, "Ini cuma di Twitter, bukan di altar, tenang saja!".

Azwan Ali dakwa peserta Relatiti Tv menyihirnya

Posted: 08 Jan 2012 02:51 AM PST



Sekali lagi Azwan Ali menggemparkan dunia hiburan apabia mendakwa ada 2 orang artis,dari program realiti TV yang dengki dengan menghantar ular sihir ke rumahnya.

Ini semua gara-gara kerana kononnya Azwan Ali telah menjadi batu api supaya Juri mengeluarkanjnya dari program tersebut.

Wallahualam,sama ada betul atau propa Azwan Ali dihantar Ular sihir kerumahnya.Apepun Sensasi nak nasehat janganlah bermain sihir-menyihir nie...syirik.

Syirik nie dosanya teramat besar sehingga tuhan tidak mengampunkan hambanya yang syirik melainkan dengan taubat nasuha...jadi baiklah kita elakkkan benda-benda yang tak berfaedah dan menyimpang nie.

Lady Gaga takut hantu,lakukan ritual mandi darah

Posted: 08 Jan 2012 02:38 AM PST


Sejak sekian lama dikenali dengan perangai pelik, rupa-rupanya ada lagi kejutan lebih besar Lady Gaga untuk peminatnya.

Terbaru, penyanyi Bad Romance itu didakwa menginap di bilik hotel di London dengan tab mandinya berlumuran darah.


Khabar angin mula terbesar luar di Internet dengan mendakwa penyanyi yang gemar berpakaian aneh itu mula melakukan ritual sihir.

Difahamkan, Lady Gaga, 25, mengambil jalan itu sebagai langkah menjaga keselamatannya daripada gangguan hantu.


Sementara itu, sumber berkata, kakitangan Hotel Intercontinental di London terkejut apabila mendapati tab mandi di bilik sewaan Lady Gaga dipenuhi darah.


Penemuan itu, kata sumber berkenaan, terdedah ketika kakitangan hotel berkenaan mengemas bilik Lady Gaga.

"Bagaimanapun, cecair merah yang didakwa darah itu belum dikenal pasti," katanya.


Seorang kakitangan hotel mewah itu mendakwa, Lady Gaga "mandi darah" sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitamnya.

Menurut pekerja itu, Lady Gaga meninggalkan sejumlah besar darah ketika menginap di hotel berkenaan musim panas lalu.


"Insiden itu dimaklumkan kepada pekerja berkenaan dan dinasihatkan supaya jangan mengungkitnya lagi," katanya.


Sementara itu, sumber berkata, Lady Gaga dipercayai takut diganggu roh jahat.


Ketakutan itu mendorong penyanyi terbabit menggunakan khidmat penyiasat paranormal untuk memeriksa setiap bilik yang bakal dihuninya.


"Dia membelanjakan 30,000 (RM146,110) untuk membeli meter pengesan medan elektromagnet sebagai langkah keselamatan," katanya.

Yusry dan Lisa ubah waktu dan tempat Nikah

Posted: 08 Jan 2012 02:23 AM PST

Gambar Ibu Lisa,Yusry,Lisa Surihani dan kedua orang tua Yusry.amboi selamba je peluk walaupun parent ada ka sebelah ye..


Pejam Celik kini dah pun hampir pertengahan Januari 2012..tak lama lagi perkahwinan yang ditunggu tunggu iaitu perkahwinan Yusry KRU dengan Lisa Surihani bakal berlangsung.

Sebelum ini pasangan ini dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar pada 23 Februari depan, namun selepas berbincang Yusry KRU dan Lisa Surihani memilih untuk disatukan selepas Maghrib di lokasi baru iaitu di Hotel Marriot, Putrajaya.

"Setelah berbincang dengan sanak saudara semua, kami mengambil keputusan untuk menukar waktu dan lokasinya. Memandangkan selepas Asar jangka masa hendak masuk Magrib cepat, jadi kita tidak mahu menganggu jemaah lain di masjid. Malah setelah berbincang, kebetulan tarikh nikah kami berlangsung pada hari Khamis serta ramai saudara mara bekerja waktu itu.

"Agak kelam kabut untuk mereka sampai pada waktu Asar, jadi yang terbaik waktunya juga kita tukar kepada magrib dan sangat sesuai kerana malam Jumaat. Saya sangat bersyukur, apabila kami mahu menukar lokasi dan lokasi berkenaan mempunyai kekosongan dewan,"katanya.

Bakal mengayakan busana rekaan Cosry pada majlis nikah dan resepsi kelak, kata Lisa Surihani hanya sepasang pakaian sahaja yang akan digayakan yang dibeli menggunakan keringat sendiri.

"Kami terbuka jika ada yang ingin menaja kami. Ada beberapa tawaran tajaan namun sehingga kini masih belum dipilih. Pakaian nikah dan resepsi pun dibeli kami sendiri dan saya berpuas hati kerana membelinya menggunakan hasil titik peluh sendiri. Untuk kedua-dua majlis kami hanya memakai sepasang baju sahaja,"jelasnya yang bakal menghadiri kursus kahwin minggu depan bersama bakal suaminya kerana Yusry bertegas mahu menemaninya.

"Bermula 11 Januari saya sudah mula menjalani penggambaran filem Ular selama 25 hari. Jadi apabila waktu terluang saya dan Yusry akan lakukan apa yang patut seperti ujian HIV dan kursus kahwin.

"Namun saya berterima kasih kepada saudara mara dan kawan rapat kerana banyak membantu. Saya juga gembira kerana segala tugas telah dibahagi-bahagikan jadi saya yakin semuanya akan berjalan lancar apabila tiba waktunya,"

Katy Perry bersuara tentang punca perceraiannya dengan Russle Brand

Posted: 08 Jan 2012 02:12 AM PST

Only Katy speaks for Katy

Sebelum nie banyak spekulasi dibuat terutama oleh blog hiburan,majalah,dan macam-macam lagi mengatakan bahawa punca perceraian mereka kerana Katy Perry dikatakan masih "liar", suka berparti,tiada masa untuk suaminya dan juga mereka hilang keserasian.

Katy mengeluaarkan tweet melalui Twitter miliknya berkenaan isu perceraiannya dengan Russel Brand.

"I am so grateful for all the love and support I've had from people around the world. You guys have made my heart happy again."

"Concerning the gossip, I want to be clear that NO ONE speaks for me. Not a blog, magazine, 'close sources' or my family."


Kata-kata Katy Perry seolah-olah cuba memberitahu bahawa punca perceraiannya dengan Russel hanya dia saja yang tahu,bukan blog,majalah,rakan rapat mahupun keluarga yang boleh menjadi sumber tentang perpisahan mereka.

Biasalah tue bila pasangan berpisah pasti ada sebab yang hanya diketahui diri sendiri punca dan sebab mereka sudah tidak dapat bersama lagi.

Russel Brand dilaporkan bakal menerima separuh harta Katy Perry sebanyak USD40 juta.

Beyonce selamat melahirkan seorang bayi perempuan

Posted: 08 Jan 2012 01:55 AM PST

Beyonce dan suaminya Jay-Z ,baru saja menimang seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ivy Blue Carter.

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang selebriti Hollywood ini.Sejurus selepas Beyonce melahirkan anak sulung mereka ,bertubi-tubi ucapan tahniah melalui twitter dan ucapan selamat lahir ke dunia diucapkan oleh rakan-rakan selebriti yang lain..

Tak sabar nak tengok wajah comel puteri Carter nie..nama pun cantik sangat Ivy Blue Carter.

Ikut muka Beyonce ke muka Jay-Z ye?