Adsense

Ahad, 8 Januari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Doktor Gigi Muncul Masterchef Pertama Malaysia

Posted: 08 Jan 2012 09:34 PM PST

Daripada meja bedah ke meja masakan, usaha gigih seorang doktor gigi meninggalkan sementara kerjaya profesional beliau untuk terlibat dengan program realiti MasterChef Malaysia ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama. Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26 tahun dari Kajang, Selangor berjaya menewaskan Wahidan Hj Ag Supain, seorang pekebun dari Sandakan, Sabah pada episod terakhir, Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104).

Kemenangan Ezani ini melayakkan beliau untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakannya sendiri.

Juara MasterChef Malaysia, Ezani Farhana Md Monoto berkata, "Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya. Terlalu banyak yang saya kecapi sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi dan tempat berlainan yang unik terutama sekali dalam dapur profesional."

Ezani turut menyatakan pengalaman sebegini menyedarkan dirinya untuk menceburi bidang kulinari ini secara lebih serius.

"Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro dan Astro Ria kerana membawa MasterChef  ke Malaysia, dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada fenomena Masterchef ini. Bersaing dengan Abang Wahidan pada peringkat akhir merupakan suatu penghormatan yang amat besar kerana beliau merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan ikhlas serta hebat. Tidak dilupakan kepada para juri, ibu bapa, keluarga, sahabat handai, para peserta terutamanya lima yang membantu saya di Santapan Penamat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini."

Full content generated by Get Full RSS.

Azwan Ali Gembira, Anwar Ibrahim Dibebaskan!

Posted: 08 Jan 2012 08:32 PM PST

Hari ini bakal tercatat dalam sejarah, Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan dari tuduhan liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Kes yang berlanjutan selama hampir 3 tahun setengah ini benar-benar memberikan impak yang besar pada Anwar Ibrahim dan juga penyokong beliau. Namun begitu, apa yang pasti disini ialah Azwan Ali antara salah seorang selebriti yang menyokong Anwar Ibrahim sepenuh hati.

Ini terbukti apabila pagi tadi selebriti yang penuh kontroversi ini telah menulis di akaun Twitter rasminya dengan perasaan gembira apabila tuduhan terhadap Anwar Ibrahim ditarik dan kes ini dimenangi sepenuhnya oleh Anwar.

Azwan Ali turut mengutuk Saiful Bukhari Azlan sekeras-kerasnyam dan kali ini OHBULAN! turut menyokong Azwan Ali tentang apa yang ditulis di akaun Twitter-nya. Syabas!

Apa-apa pun, kami di OHBULAN! bersifat neutral. Tidak menyokong mana-mana belah pihak. Yeah!

Full content generated by Get Full RSS.