Adsense

Isnin, 2 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sesuatu Yang Tertinggal Filem Seram Pembuka Tirai 2012

Posted: 02 Jan 2012 10:39 PM PST

Filem Seram Pembuka Tirai 2012

Sebut sahaja filem hantu, apa yang muncul di benak adalah 'trend' filem hantu atau seram yang pernah melanda industri perfileman negara beberapa tahun lalu hingga hampir setiap syarikat produksi mula menerbitkan filem genre tersebut tanpa henti. Setelah reda musim tersebut, baru kini Grand Brilliance bersedia untuk mempersembahkan filem Sesuatu Yang Tertinggal yang dikatakan mampu melegakan dahaga peminat genre hantu dan seram yang selama ini menantikan filem yang dapat menandingi kehebatan dan kekuatan filem 'Khurafat' tahun lepas.

Digelar sebagai filem pembuka tirai 2012 bagi syarikat produksi filem dan drama Grand Brilliance, Sesuatu Yang Tertinggal bakal menemui penonton pada 5 Januari 2012 di 60 pawagam serata negara. Sesuatu Yang Tertinggal menampilkan pelakon muda lagi berbakat Sara Ali, serta pasangan suami isteri Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang kini bergelar pengantin baru hasil pertemuan di set pengambaran filem ini dua tahun yang lalu.

TRAILER:

Mengulas akan apa bezanya filem ini dengan filem-filem bergenre seram yang lain, Asrulhisyam Ahmad selaku pengarah filem Sesuatu Yang Tertinggal mengulas bahawa sudut yang ditekankan menerusi filem ini adalah lebih luas skopnya dari hanya memaparkan watak hantu yang biasanya menjadi fokus utama filem-filem seram lain. Kesan visual khas dan bunyi latar memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah filem seram dan dengan pengetahuan itu, Asrulhisyam berani tampil dengan filem yang menelan bajet sebanyak RM1 juta ini termasuk kos promosi.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, merangkap Pengurus Besar Primeworks Studios berpendapat bahawa penonton akan menerima baik taruhan filem Sesuatu Yang Tertinggal oleh Grand Brilliance kerana telah 'kenyang' dengan sajian filem-filem bergenre drama sepanjang tahun 2011 seperti Ombak Rindu dan Songlap.

Mengulas lanjut, Tengku Iesta menyatakan perasaan besar hatinya akan sokongan penuh yang diperoleh oleh penonton dan rakan media lain sepanjang penayangan filem Songlap, dan mengharapkan sokongan yang setanding bagi filem Sesuatu Yang Tertinggal.

Maklumat lanjut, gambar di sebalik tabir, dan trailer filem Sesuatu Yang Tertinggal boleh ditemui di YouTube dan laman sosial Grand Brilliance, www.facebook.com/grandbrilliance serta www.twitter.com/grandbrilliance.

Sesuatu Yang Tertinggal

Sesuatu Yang Tertinggal

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sesuatu Yang Tertinggal
  • Filem Sesuatu Yang Tertinggal
  • Diana Danielle Pembuka Tirai Konsert Kenny G
  • Trailer Filem Keramat Ada Adegan Seks
  • Spider-Man Andrew Garfield First Look!
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay
  • Seekers Musim Ke 8
  • Pertandingan Tarian Singa Akrobatik Sungei Wang Plaza
  • Jangan Tegur
  • Kenneth Ma & Joyce Tang Media Prima TV Networks Screenings 2012
  • Full content generated by Get Full RSS.

    CSI Miami Musim Ke-7

    Posted: 02 Jan 2012 06:39 PM PST

    CSI MIAMI MUSIM KE- 7

    Siaran Perdana di ntv7 bermula Januari 2012!

    Siri penyiasatan hebat, penuh aksi dan dinanti-nantikan, CSI Miami musim ke 7 bakal bersiaran di Saluran Ceria Anda, ntv7 bermula 3 Januari 2012, setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Siri drama sepanjang 24 episod ini diterbitkan pengeluar filem dan siri televisyen terkenal, Jerry Bruckheimer yang telah pun mempunyai hampir 50 produksi termasuklah judul Pirates of Caribbean, Armageddon dan Pearl Harbor.

    CSI

    Dalam musim lepas, siri ini lebih mengembangkan perwatakan watak yang melibatkan nilai cinta dan kepercayaan. Yang paling mengejutkan mungkin adalahpendedahan bahawa Horatio Caine (David Caruso) memiliki seorang anak lelaki yang tidak diketahuinya – remaja yang ditahan dan dipenjarakan atas sisatan pembunuhan pegawainya. Kehadiran remaja itu – Kyle Harmon (Evan Ellingson) – menyebabkan ramai musuh Caine membuat percubaan untuk mempergunakan situasi itu untuk menumpaskannya. Antara kisah menarik yang turut dibawa kepada penonton adalah kematian sepasang remaja kolej yang terperangkap dalam beban kredit, pembunuhan selebriti internet akibat hasad dengki, pembunuhan ahli sukan terkenal Miami yang tubuhnya dibekukan serta kes misteri pembunuh bersiri yang membunuh mangsanya saat gerhana matahari.

    Di dalam musim 7 ini, para penyiasat CSI: Miami masih meneruskan pencarian dalam mendapatkan segala data serta menganalisa segala bukti yang ada dengan menjadi suara kedua dan meletakkan diri mereka sebagai mangsa dalam mencari motif setiap kes yang berlaku. Pastinya apa yang paling ditunggu di dalam musim ini adalah tanda tanya penonton setelah Horatio ditembak. Pelbagai wajah yang pernah dan biasa dilihat sepanjang musim terdahulu bakal muncul dan menambahkan lagi konflik drama bersiri ini. Kehadiran Kyle semestinya sering mengundang masalah sama ada peribadi mahupun secara professional.

    Sementara itu, Calleigh Duquesne (Emily Procter) yang mula rapat bersama Eric Delko's (Adam Rodriguez) terpaksa menyelesaikan masalah hubungannya bersama Jake Berkeley. Masalah juga semakin bertambah apabila Dr. Tara Price (Megalyn Echikunwoke), Pemeriksa Perubatan baru kurang berpengalaman dan sering terburu-buru. Tambah menarik ialah kemunculan samseng Russia, pencurian yang melibatkan industri fesyen berprofil tinggi, serta kes bunuh dengan kren setinggi 200 kaki pasti membuat penonton terpaku di hadapan kaca TV nanti.

    Kisah drama bersiri forensik hebat dengan latar tempat yang mewah akan bersama kumpulan utama anggota Florida Selatan dalam menyelesaikan kes jenayah.

    Diketuai oleh Leftenan Horatio Caine (David Caruso), pasukan Crime Scene Investigators Miami ini berlatarkan kawasan mewah dan budaya sekeliling Miami. Horatio yang bekas pengesan bom dari New York sering bergantung kepada gerak hati dan bukti forensic dalam menyelesaikan setiap kes jenayah.

    Pasukan ini juga disertai Calleigh Duquesne (Emily Procter), seorang pakar dalam ilmu sains, balistik, Eric Delko (Adam Rodriguez), Ryan Wolfe (Jonathan Togo) yang pakar mengenai selok belok terusan air, serta Frank Tripp (Rex Linn), polis yang baru dinaikkan pangkat sarjan dan Natalia Boa Vista (Eva La Rue), yang menyertai pasukan itu secara tiba-tiba dan sering menimbulkan kontroversi. Terbaru ialah Dr. Tara Price (Megalyn Echikunwoke) sebagai seorang pemeriksa perubatan muda yang turut membantu pasukan tersebut.

    Jangan lupa saksikan CSI Miami Musim 7, bermula 3 Januari 2012, setiap Rabu jam 8.30 malam.

    Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my. Serta ikuti perkembangan kami di ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

    CSI
    CSI

    CSI

    CSI

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kisah Dunia Perubatan dalam Miami Medical
  • Two and A Half Men, The Shot, How I Met Your Mother di NTV7
  • Fast & Furious
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – FILEM WHITEOUT
  • Drama Dexter Lakonan Michael C.Hall di TV2
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • CSI: NEW YORK Musim ke-4 di 8TV
  • Party Pajama Red FM A Rudy Awakening
  • BURN NOTICE
  • Siapa Mentor Musim Ke-6
  • Full content generated by Get Full RSS.