Adsense

Khamis, 5 Januari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Aizat Amdan Nafi Guna Dadah Untuk Hasilkan Karya!

Posted: 05 Jan 2012 09:53 PM PST

Dadah, satu perkataan yang sangat sensitif bagi seseorang selebriti. Sebelum ini dunia hiburan pernah dikaitkan dengan beberapa isu penggunaan dadah oleh artis seperti Saiful Apek dan ramai lagi, namun begitu isu ini sentiasa menjadi tanda tanya di depan dan belakang tabir.

Tidak lekang dari bualan peminat, Aizat sering diperhatikan sejak dahulu lagi. Umum tahu bahawa Aizat dahulu adalah seorang yang berbadan besar berbanding sekarang dia kelihatan kurus dan jauh berbeza dari kali pertama dia menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia. Dulu juga heboh tentang isu ini namun pantas ditangkis oleh Aizat sendiri. Ada juga sumber dalaman yang berkata bahawa Aizat menggunakan dadah untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang ada sekarang.

Tidak mahu menuduh sebarangan tanpa usul periksa, OHBULAN! telah pergi bertemu dengan beberapa orang penting industri dan semalam, OHBULAN! telah bertemu Aizat ketika sesi sidang akhbar AJL 26 di Wisma Bentley, Mutiara Damansara. Aizat ketika ditanya mengenai isu dadah ini terus menunjukkan rasa terkejut dan sedikit ketawa kerana tidak sangka dirinya dikaitkan dengan dadah.

"Saya tak pernah sentuh apa-apa jenis dadah apatah lagi menggunakannya. Bentuk dadah itu pun saya tak tau, rasa macam kelakar bila tiba-tiba dituduh," tegas Aizat menafikan tuduhan tersebut.

Pengurus Aizat yang turut menemani Aizat ketika sesi temubual bersama OHBULAN! turut menafikan mengenai isu penggunaan dadah terhadap Aizat.

"Saya kenal Aizat macam mana, tak mungkin dia akan ambil benda-benda macam itu," ujar Kak Nana yang kelihatan agak terkejut dengan tuduhan itu.

Sama-samalah kita bersangka baik, biasalah dalam industri hiburan pasti ada yang sentiasa cemburu dengan kejayaan orang lain.

Full content generated by Get Full RSS.

Video: Pelakon Seksi Angelina Jolie Punya Kembar Seiras!

Posted: 05 Jan 2012 09:16 PM PST

Tak tahu mana satu Angelina Jolie? Haaa, sebelah kiri ialah Lina Sanz manakala sebelah kanan pula Angelina Jolie sebenar.

Kata orang, dalam dunia ini setiap orang ada 7 lagi wajah yang hampir seiras. Namun begitu, untuk mempunyai 'Angelina Jolie' lagi satu, itu satu anugerah kepada para peminat termasuklah kami sendiri!

Video yang berdurasi 2.07 minit ini memaparkan seorang gadis yang juga serang pelakon bernama Lina Sanz ditemubual. Ketika disuruh pusing untuk memberikan pandangan sisi wajahnya, kami benar-benar terpegun kerana ianya memang saling tak tumpah seperti Angelina Jolie.

Untuk pengetahuan, Lina Sanz adalah seorang pelakon berbakat yang berasal dari Sepanyol dan dia juga pernah berlakon sebagai Angelina Jolie dalam sebuah promosi filem Salt.

Full content generated by Get Full RSS.