Adsense

Isnin, 30 Januari 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sentuhan M Nasir masih berbisa

Posted: 29 Jan 2012 02:59 PM PST

Hip

KARYA Datuk M Nasir masih berbisa apabila lagu ciptaannya Awan Nano diangkat sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Lagu itu yang seni katanya ditulis oleh Budi Hekayat dinyanyikan oleh penyanyi muda dari Sarawak, Hafiz.

Malahan dengan penghayatan yang baik ketika menyampaikan lagu itu, membuatkan Hafiz turut dipilih memenangi hadiah Vokal Terbaik AJL26. Sementara itu, kemunculan Remy Ishak ketika Alyah menyanyikan lagu Kisah Hati antara persembahan atau gimik menarik membuatkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, gemuruh dengan sorakan penonton.

Begitupun, vokal Alyah yang tampil dengan gaya patung di atas 'music box' memang mantap dan sudah membolehkan persembahan penyanyi ini 'berdiri di atas kaki sendiri' tanpa perlu ada aktor terbabit. Malam tadi, Alyah pulang dengan trofi Persembahan Terbaik.

Turut menampilkan persembahan mantap ialah gandingan tiga suara iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah menyampaikan lagu Beribu Sesalan. Ternyata gabungan suara mereka cukup serasi dan mantap. Aizat pula memulakan nyanyian lagu Sungai Lui dengan menampilkan persembahan angklung bersama lukisan pasir artis yang diundang khas.

Faizal Tahir menyanyikan lagu Karma dengan vokal yang padu dan bertenaga tetapi persembahannya seperti sudah dijangka.
Pelbagai gimik diketengahkan oleh setiap penyanyi dalam persembahan masing-masing. Ia bagi memastikan persembahan mereka nampak hidup dan menghiburkan.

Yuna pula yang kurang menyerlah pada persembahan pertama ketika mengalunkan Gadis Semasa, tampil lebih yakin dengan lagu Penakut. Mungkin deretan chandelier menolongnya beraksi lebih baik.

Terdahulu, persembahan Monoloque dan Atilia ketika menyanyikan lagu Adinda Kekanda pula mengingatkan kepada kategori Irama Malaysia kerana lagunya yang digubah khas menggabungkan irama moden dan tradisional. Tambahan pula Monoloque tampil dengan memakai tanjak, manakala Atilia pula berbaju kebaya.

Persembahan kumpulan Projek Pistol menyampaikan lagu Wanita Seluruh Dunia pula dianggap sebagai paling ringkas pada AJL kali ini.

Jaclyn Victor pula kelihatan agak biasa saja ketika menyanyikan lagu Sedetik Lebih. Tampil dengan baju gaun biru muda, penghayatannya ketika menyampaikan lagu itu kurang meyakinkan walaupun disokong vokal yang baik.

Sementara itu, sedutan daripada klip video yang menunjukkan Herman Tino menampar Hafiz menjadi pembuka persembahan kepada anak muda daripada Sarawak itu saat menyampaikan Awan Nano. Ternyata, Hafiz tampil sangat ringkas dan kelihatan cukup yakin dengan melodi, muzik dan seni kata lagu nyanyiannya.

Aksi Najwa Latif ketika membawakan lagu Cinta Muka Buku ciptaannya seperti tidak ada sebarang perasaan. Biasa saja. Mungkin Najwa gementar kerana pertama kali membuat mengadakan dalam pertandingan besar.

Persembahan lagu Kalau Berpacaran yang menggabungkan Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet pula agak kabur. Tidak ada elemen dramatik, 'seram' sebaliknya dinyanyikan dalam mood kegembiraan sedangkan kandungan seni kata lagu ini adalah berunsur nasihat.

Tema air pada AJL26 memang agak menarik tetapi kurang jelas melainkan pada warna biru yang menjadi latar belakang utama keseluruhan persembahan anugerah ini. Ia turut mencabar kreativiti mereka yang bertanding.

Kemunculan awal Jamal Abdillah pada awal persembahan ketika menyanyikan lagu Senandung Semalam sedikit membingungkan penonton kerana penyanyi itu seperti muncul secara mengejut. Namun, aksi Awie memang cukup mantap dan bertenaga. Begitu juga dengan vokal Datuk Sheila Majid ketika menyanyikan lagu Warna. Mereka bagaimanapun berjaya mengembalikan nostalgia buat penonton.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mohamed

Tahniahlah....cayalah Hafiz, macam klon Herman Tino, ok tu all right

aini binti abdul kadir

tahniah kawan memang dah dijangka u menang

mas

mail, apa la salahnya bangga dengan negeri. bukan bersifat kenegerian tu. kau la bongok sbb pemikiran sempit. lantak pi la dia nak mention nama negeri dia. dia berhak nak bangga. kau tu bertamadun sgt la kutuk org mcm tu. sedih!

Abang As

artis2 yang berjaya masuk final AJL adalah antara yang terbaik.Tahniah buat hafiz.Hafiz mmg hebat.Bukan calang2 artis bersaing bersama-sama Hafiz...semuanya hebat belaka

Abang As

artis2 yang berjaya masuk final AJL adalah antara yang terbaik.Tahniah buat hafiz

Syammin Momsen

Tahniah abg hafiz kerana telah menjuarai AJL26 ini :) abg hafiz memang ccol lah . yeahhhh !

Nur Amelia

Awan Nano by Hafiz was great! Awesome! Superb! :D congratulations! :D

wan muhd fauzwan

ingatkan 3 suara menang...

derazz

tahniah hafizz.. sore memang mantap.. tahniah kpd SIFU M.NASIR n BUDI HEKAYAT.. lagu yg menyentuh jiwa n perasaan... alyah pun gorgeous ngan baju ala2x barbie.. nmpk ckp cantik + anggun + ayu... sore pun sedap + mantap..

Princess Cool

:D..tahniah awan nano..! :D..

hikhok~

#watoden

akoudin

Hafizzzzz... memang best... dan AJL yang agak menarik.. puas hati.. dan hebat.

Nurul Syuhada Zulkifle

Hafiz mmg dijangka akan menang untuk AJL 26 ini kerana dia menyanyikan lagu Awan Nano dengan penuh jiwa dan tidak dapat menafikan vokalnya yg sangat baik...serta lirik yang ditulis oleh Budi Hekayat dan sentuhan alunan muzik oleh M.Nasir yang menarik perhatian ramai..btw Tahniah Hafiz! :)

Amir Justin

Tahniah Hafizzzzz . mmg mantap suara hafizzzzz....Tahniah M.Nasir dan Budi Hekayat. Bzzzzzzzz lagu awan nano

akoudin

Hafizzzzz... memang best... dan AJL yang agak menarik.. puas hati.. dan hebat.

Julia comel

wah hebat-hebatlah persembahan dieorang kalau boleh masuk luar negara la. Alya sedap. pengacara lelaki hensem dan perempuan cantik dan sangat lucu. good luck!!!!@

mail

cukup2 la bersifat kenegerian... aku negeri lain pun sokong dia per... so jangan jadi orang bodoh bersikap kenegerian.. orang x bertamadun jerk cmtu... masa masuk AF pun negeri lain pun undi dia gak...

hani

tahniah buat hafiz!!!!!!!!!!! love ur voice!

francis emanuel

mmg best performance dr alyah....ingatkan dia menang anugerah vokal terbaik.tp dia menerima anugerah persembahan terbaik.go alyah.go go go

Hadijah binti Abdul Rani

Sungguh bertenaga nyanyian Hafiz. Syabas & Tahniah. Tahniah juga kepada Bapanya Herman Tino. Teruskan usaha, semoga berjaya lagi

mohd yusran yusoff

tahniah hafiz.3suara,FT&alyah keputusan memang adil tp...mesti ramai yg x puas hati dgn kemenangan lagu karma-FT...kemenangan yg sudah dijangka...

AZIZAH ISMAIL

AJL sangat mengkagumkan dengan pentas yang sangat cantik,pengacara yang hebat,penyanyi yang semuanya mantap dengan ciptaan lagu yang susah mau pilih yang mana paling best sebab semua lagu best2. tahniah AJL

Hassan

AJL26 tahun ini merupakan yang terbaik kerana pemilihan pemenangnya memang tidak dapat dipertikaikan....barangkali juri yang sangat pro..tahniah Hafiz kerana anda telah dinobatkan JUARA AJL26

michael brunei

AJL26 the best....

fakhrul

Tahniah buat hafiz , dato m. nasir dan budi hekayat atas kejayaan anda malam tadi. Salute dengan m. nasir yang banyak menghasilkan lagu yang sangat mantap yang mempunyai maksud yang sangat mendalam. Banyak lagu2 m.nasir yang mempunyai maksud tersirat like andalusia n etc.. i like :)

mike brunei

AJL26 the best....

JESSICA JUAN

mmg tepat jangkaan hafiz yang menang..tp napa tak tukar baju hafiz..da dpt juara takkan nak nyanyi ngan baju cam tu?

shafri

memang adil...hafizzz menang,,memang mantap,tiada yang lain...tq hafiz

puja

AJL kali ni mmg best..tp aku heran nape aizat nyanyi lagu sg lui tu mcm xde perasaan..emmm..tp lgu tu best aaa..tambahan ada pelukis kt blkng diaaa

nor kolok

hafiz terbaeeeeekkkk.......
hidup sarawak......

Sufiena

apapun tema air mmg classs..
puas hati semua yg menang tu..

SAHARUDEEN@BOY

TAHNIAH HAFIZ!!! TQ UTK M. NASIR COZ BERI PELUANG NGAN HAFIZ MENDENDANGKAN LAGU HEBAT CIPTAAN KARYA ANDA... HIDUP SIFU M. NASIR(",)

Fatin Amirah

apisss!! nang ruged broo.. TAHNIAHH..Terbaik dari sarawakk.. banggaa jadi sarawakian.. :) shiahhhhh.. all the best bro.. jangan lupa diri.. :)

abikhsan

Tahniah buat M Nasir, Budi dan Hafiz...Memang layak menang... Keputusan keseluruhan tiada kejutan sebab yang menang kategori masing2 memang layak..

Fatin Amirah

apisss!! nang ruged broo.. TAHNIAHH..Terbaik dari sarawakk.. banggaa jadi sarawakian.. :) shiahhhhh.. all the best bro.. jangan lupa diri.. :)

ezam

tahniah buat hafiz ,seketika hafif nyanyi 1 stadium terdiam turut mengayati lagu Awan Nano, dan bila berakhr seluruh stsdium bersorak..tahniah D'M'Nasir dan Budi..termasuk saya 1 fmly...u r d bessssssssssssss......

Mzz

Tahniah Hafizzzz. Mmg mantap lagu dan suara hafizzz. Tahniah M. Nasir dan Budi Hekayat.

airham bin omar

wow bestt nyaaa hafizzz saya suka suara dia mantop tak lupa juga dengan aliyah wow cantik anggun best lagu kisah hati tu ..menangis bila menghayati seni kata lagu tersebut kalau boleh buat lah filem kisah hati gandingan pelakon yang mantop remy isak dengan aliyahh kann bestt manakala awan nano pulak buat lah filem nya yang tersendiri lakonan hafiz dan herman tino kan besttt ?

cfg

asal bukan Yuna menang.. ini memang adil memang adil.. bagiku~~ :P

khairudinman

Pada saya AJL pada tahun ini adalaj yang terbaik malah keputusan yang dibuat dalam pemilihan pemenang dalam semua kategori adalah tepat.

ABDUL MANAF BOHARI

Lagu awam nano cukup hebat...bukan sekadar lagu biasa...tetapi menyerlahkan sikap, kasih sayang dan ciri yang seharusnya dimiliki oleh seorang ayah di zaman moden ini. Ayah2 di zaman moden ini seharusnya menjadi pelindung kepada anak2, isteri dan ahli keluarganya, walau apa jua keadaannya.

ABDUL MANAF BOHARI

Lagu awam nano cukup hebat...bukan sekadar lagu biasa...tetapi menyerlahkan sikap, kasih sayang dan ciri yang seharusnya dimiliki oleh seorang ayah di zaman moden ini. Ayah2 di zaman moden ini seharusnya menjadi pelindung kepada anak2, isteri dan ahli keluarganya, walau apa jua keadaannya.

fakhruddin che fauzi

AJL tahun ni xbest...

Puteri Cahaya

(AJL 26) memang best..smue artis membuat persembahan dengan baik..AJL kali ni paling best lagi2 ada 2 pengacara terbaik..

peter howes

tahniah hafis......bangga anak sarawak dapat juara.....cheerrrrr....

Billy Watson

tahniah kepada Hafiz walaupun kau tak kenal aku,tapi yang penting kau anak jati Sarawak...yahhooooo....

mohd faizul

love hafiz performance..awan nanonano....teringat johan nye skestsa awan nanonanonano.


Full content generated by Get Full RSS.