Adsense

Rabu, 6 Julai 2011

Zon Artis

Zon Artis


Gambar Sosial – Siti Saleha Minta Maaf

Posted: 06 Jul 2011 07:37 PM PDT

Semalam Zon Artis ada memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan Siti Saleha, pelakon drama Nora Elena sedang bersosial bersama rakan-rakan (sini). Ekoran tersebarnya gambar-gambar itu, Siti Saleha melalui Twitter'nya memohon maaf kepada semua peminatnya. Siti Saleha juga memberitahu yang gambar-gambar itu adalah gambar lama. Mungkin gambar tahun lepas (pandai-pandai je cakap tahun lepas. Huhu..).

Berikut screenshot status Twitter Siti Saleha itu.

GAMBAR SITI SALEHA PELAKON NORA ELENA BERSOSIAL BERSAMA RAKAN-RAKAN

Yang ada Twitter tu, jom follow @siti_saleha

+ Diupdate oleh Encik Wan (Twitter: @azizwan)

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Siti Saleha, Pelakon Nora Elena Bersosial

Posted: 06 Jul 2011 02:41 AM PDT

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


SURIA FM Anjur Suria Wheels Goreng Tour

Posted: 06 Jul 2011 06:26 PM PDT

Suria Wheels Goreng Tour di seluruh Semenanjung dan Sabah

Salah satu aktiviti bagi memesrakan dan mendekatkan Suria FM dengan pendengar-pendengar setianya, stesen radio yang semakin dikenali dengan konsep lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaru ini akan menganjurkan siri jelajah di seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah. Siri jelajah ini diberi nama Suria Wheels Goreng Tour yang mana Crew Suria Wheels akan menjelajah ke beberapa tempat terpilih di seluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah di sepanjang bulan Julai ini.

Hampir 52 tempat yang terpilih akan dikunjungi dan siri jelajah ini juga membawakan konsep busking yang mana artis-artis terkenal tanahair akan turut bersama dan bermain alat muzik secara 'busking' beramai-ramai. Bukan itu sahaja, siri jelajah ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai Suria FM yang akan bersama-sama dengan pengunjung yang hadir nanti.

Pada minggu ini, siri jelajah Suria Wheels Goreng Tour akan berada di Zon Utara manakala pada minggu hadapan pula akan menjelajah di beberapa kawasan di Zon Selatan. Pada 18 hingga 22 Julai pula siri jelajah diteruskan di Zon Timur manakala pada 25 hingga 29 Julai siri ini akan mengakhiri jelajahnya di sekitar negeri Perak. Antara artis-artis yang terlibat untuk siri jelajah Suria Wheels Goreng Tour ini ialah Ezad Lazim, Kumpulan Data, Zenny Salihuddin, Kumpulan Slash, Nadia, Yazer, Iqa Mentor, Fiq dan ramai lagi.

Selain itu pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti permainan gelung, bola ping pong dan bermacam-macam lagi. Siri jelajah 'Suria Wheels Goreng Tour' ini pastinya mampu memberikan kenangan manis untuk pengunjung yang hadir kerana diberikan peluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka dan ia merupakan peluang yang sukar diperolehi.

Pengunjung yang hadir dan memeriahkan siri jelajah ini sudah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai hadiah menarik yang dibawakan oleh Crew Suria Wheels untuk diberikan kepada orang ramai secara percuma. Layari www.suriafm.com.my untuk mengetahui jadual lintasan serta orang ramai boleh mengikuti perkembangan siri jelajah ini melalui laman social Facebook ' Crew Suria Wheels Suria FM ' dan Facebook ' Suria FM ' sendiri untuk melihat gambar-gambar yang telah dimuat turun.

Untuk melihat jadual Suria Wheels Goreng Tour dan info lanjut, sila layari: www.suriafm.com.my

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Temui Asfan & Suria Wheels Di Dataran Merdeka
  • Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour
  • Suria FM Lancar SURIA FM RANCAK TOUR
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Sekitar Suria FM Rancak Tour di Plaza Metro Kajang
  • SESI ROAD TOUR LELONG AMAL SURIA FM DI KUALA TERENGGANU
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin di Road Tour Lelong Amal Suria FM
  • Suria FM Rancak Tour Di Kluang Mall & Mydin MiTC
  • JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Feel Good Run Larian Ceria Buat Semua

    Posted: 06 Jul 2011 06:09 PM PDT

    Feel Good Run – HARI YANG MENCERIAKAN BUAT SEMUA

    Seramai lebih 10,000 pengunjung membanjiri Sri Pentas semalam termasuklah 5,000 orang pelari yang mengambil bahagian dalam acara Feel Good Run yang julung kalinya diadakan pada hari ini. Kehadiran lebih daripada 70 selebriti menceriakan lagi acara larian amal ini pada Ahad, 3 Julai 2011, yang bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. Jika itu belum mencukupi, penganjur telah pun membariskan 10 persembahan hebat dan sebuah karnival yang tak mungkin dilepaskan termasuklah pesta riang-ria, permainan 'inflatable' dan pelbagai lagi acara sampingan lain untuk menceriakan semua peserta larian dan pengunjung yang hadir.

    Dikira sebagai salah satu acara larian selebriti yang paling berprestij di negara ini, Feel Good Run menggabungkan ramai artis dan personaliti termasuklah Jehan Miskin, Jaclyn Victor, Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Nazrudin Habibur Rahman, Phat Fabes, Rina Omar, Julie Woon, Alan Yun, Leslie Chai, Debbie Goh, Cheryl Samad serta blogger seperti Mohd Zulkifli, Niki Cheong dan ramai lagi. Senator Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia turut hadir untuk menyokong dan berlari dalam kategori 3 km.

    Larian amal riang ria ini adalah antara acara larian terbesar yang pernah diadakan di Bandar Utama bersempena ulangtahun ke-13 ntv7 dengan tujuan menyebarkan kegirangan diantara sahabat handai dan seisi keluarga agar sentiasa kekal sihat dan ceria. Saluran Ceria Anda meraikan ulangtahun ke-13 kali ini bersama-sama para pengunjung yang hadir ke karnival semalam.

    Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, "Selamat menyambut ulangtahun yang ke-13 buat warga ntv7! Perjalanan yang ntv7 lalui selama ini amatlah bermakna dan acara hari ini yang disambut meriah bersama keluarga dan rakan-rakan cukup sesuai untuk menandakan signifikannya."

    "Kami lakukannya atas nama kebajikan dan juga keseronokan. Saya ingin mengucapkan tahniah buat keluarga ceria saya di ntv7 untuk ulangtahunnya yang ke-13 dan atas kejayaannya dalam menganjurkan acara yang begitu bermakna ini," kata pengacara The Breakfast Show, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz yang turut serta dalam larian 3km bersama isteri dan anak mereka yang baru sahaja berumur 16 bulan. Naz menggendong anaknya sepanjang larian untuk menunjukkan sokongan.

    Dengan pelbagai tajaan daripada syarikat-syarikat korporat, acara larian Feel Good Run ini telah pun berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM 142,730 di mana ianya disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM), National Cancer Society of Malaysia (NCSM), Yayasan AIDS Malaysia (MAF), dan Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM).

    "ntv7 sangat berbesar hati menerima penyertaan dan sumbangan amal yang amat menakjubkan melalu acara larian amal ini," kata Airin.

    "Kami berharap acara Feel Good Run ini akan menggalakkan rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang sihat dan aktif. Yang paling penting adalah untuk membuat suatu perubahan kepada mereka yang memerlukan. Kami juga berharap dapat melihat acara yang penuh makna ini untuk tahun-tahun yang mendatang," tambah Airin.

    Larian amal yang bermula 7.00 pagi ini dimulakan dengan sesi memanaskan badan dibimbing oleh rakan rasmi Feel Good Run iaitu pusat kesihatan Celebrity Fitness. Pelepasan larian pula bermula sejurus 7.30 pagi dimana titik mula dan akhir untuk semua kategori ialah di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. Laluan larian ini ialah di sekitar kawasan Bandar Utama.

    Hujan yang turun sejurus acara larian tamat tidak menjejaskan kemeriahan acara berprestij ini. Bintang hebat daripada siri realiti TV, seperti Dina (naib juara Malaysian Idol musim pertama), John Wee (juara Project Superstar musim pertama), dan Shila Amzah (naib juara One In A Million musim kedua) meneruskan acara ini dengan menyampaikan lagu-lagu hits mereka di pentas utama. Turut tidak ketinggalan, persembahan menarik daripada Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation, Glitz, Maestro NASOM, BMX Freestyle, persembahan yo-yo, serta persembahan daripada pasukan sorak, Pirates All Boys.

    Dengan harga penyertaan sebanyak RM 25 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak, para peserta bukan sahaja dapat menyertai larian ini bersama selebriti kegemaran dan menyihatkan tubuh badan mereka, malah mereka akan diberi satu kit larian yang disertakan dengan dengan kemeja-T, botol air, tuala muka, dan pelbagai lagi barangan daripada pihak penaja. Para pelari juga menerima cenderahati dalam bentuk pingat dan dianugerahkan dengan sijil tamat larian. Antara barisan kategori-kategori yang memeriahkan larian amal ini ialah:

    1) Feel Good Run – 7 km, berumur 13 tahun dan ke atas
    2) Run with Celebrities – 3 km, berumur 13 tahun dan ke atas
    3) Costume Fun Run – 3 km, berumur 13 tahun dan ke atas
    4) Kids Run – 700 m, berumur 12 tahun dan ke bawah

    Acara Feel Good Run dianjurkan bersempena sambutan ulangtahun ntv7 yang ke-13 dan bertujuan untuk membawa keseronokan bersama rakan-rakan, mahupun bersama seisi keluarga selain untuk kekal sihat dan ceria.

    u

    h

    m

    f

    b

    a

    k

    j

    l

    i

    g

    r

    p

    v

    s

    o

    n

    d

    e

    c

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Feel Good Run NTV7 2011
  • ntv7 anjurkan Larian Amal Feel Good Run 2011
  • Jom Lari Bersama Selebriti di Feel Good Run ntv7
  • Artis Meriahkan Larian Amal Feel Good Run
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour
  • KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009
  • KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Bapak keldai,mak zebra,anak jadi zonkey

    Posted: 06 Jul 2011 09:00 PM PDT

    XIAMEN - Zoo  Haicang di Xiamen, wilayah China Tenggara baru saja dikejutkan oleh lahirnya bayi keldai dengan keadaan fizik yang tidak biasa.

    Bayi keldai tersebut memiliki garis-garis khas zebra di bahagian kakinya dengan tingga badan tidak lebih dari tiga meter dan berat sekitar 29 kilogram.

    Sebagaimana dilapor Telegraph, Rabu (6/7/2011), menurut staf zoo, bayi keldai yang lahir pada Minggu 3 Julai kelmarin, merupakan hasil perkahwinan dari seekor zebra betina dengan keldai jantan yang kahwin secara alami setelah dibebaskan berkeliaran bersama-sama di kandang yang sama.

    Walau pada saat melahirkan sang induk memerlukan bantuan pertolongan. Namun kini sang induk sudah kembali normal dan sudah dapat meragut rumput bersama anaknya. Sekarang hadirnya mereka berdua menarik banyak perhatian pengunjung.

    Peranakan zebra dan keledai (donkey) ini disebut  zonkey (zebra-donkey) atau zebonkey, zebrinny, zebrula, zebrass dan zedonk.(rhs)

    Peminat fanatik sanggup hiasi kereta dengan logo dan wajah pemain kelab

    Posted: 06 Jul 2011 08:00 PM PDT

    MANCHESTER - Dua peminat kelab bola sepak Manchester City (Man City) menghiasi sebuah kereta Chevrolet yang dibeli di Amerika Syarikat (AS) dengan logo dan wajah bintang kelab tersebut.

    Mike Radcliffe dan Shaun Donohoe membeli kereta buatan 1975 itu pada harga £15,000 (RM72,262) di Carolina, AS dan membayar sebanyak £5,000 (RM24,087) untuk kos penghantaran ke Britain.

    Kos menghiasi kereta itu dengan gambar pemilik kelab tersebut, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan wajah beberapa pemain di badan kereta selain kerusi dan bonet dihiasi lambang kelab berkenaan ialah £50,000 (RM240,874). - Agensi
    sumber : kosmo online

    Menang ratu cantik selepas kuruskan badan

    Posted: 06 Jul 2011 07:00 PM PDT

    COLUMBIA, Amerika Syarikat - Walaupun sebelum ini memiliki berat badan 104 kilogram (kg), Bree Boyce yang berusia 22 tahun mampu membuktikan bahawa boleh memenangi Ratu Cantik Carolina Selatan selepas dia menurunkan berat badannya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 49kg, Bree telah memenangi pertandingan ratu cantik peringkat negeri itu pada 2 Julai di sini.

    Dia yang merupakan seorang penyanyi dari Carolina Selatan membuat kejutan dengan kemenangan itu dan bakal bertanding dalam Ratu Cantik Amerika yang akan berlangsung di Las Vegas, Januari depan.

    Beberapa foto menunjukkan dia mengalami transformasi mendadak daripada gadis berbadan gemuk sehingga menjadi seorang wanita yang berkeyakinan dan menawan kerana bentuk badan Bree kini kurus.

    "Matlamat saya ialah menginspirasikan semua peringkat umur untuk menjadi sihat menerusi amalan pemakanan yang sihat, senaman dan percaya pada diri sendiri.

    "Anda mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan anda,

    "Saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman ini bersama rakan-rakan. Saya cukup bertuah kerana dapat berjumpa orang ramai menerusi lawatan di sekolah dan acara kebajikan," katanya menerusi laman sosial Facebook.

    Bree memberitahu, dia tidak percaya dengan diet kerana sering gagal dengan mencuba kaedah itu sebaliknya melihat badannya seperti sebuah kereta yang memerlukan bahan api untuk bergerak dengan lebih cekap.

    "Kalau saya mahu makan kek coklat saya akan makan tetapi bukan setiap hari dan setiap jam. Kamu perlu mengambilnya secara sederhana," jelasnya. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Hamburger terbesar didunia seberat 352.44 kg

    Posted: 06 Jul 2011 06:00 PM PDT

    LOS ANGELES - Dua chef berjaya menghasilkan hamburger terbesar di dunia yang memerlukan masa selama 15 jam untuk dimasak dengan berat 352.44 kilogram (kg) di Pleasanton, California.

    Burger itu dihasilkan oleh chef Brett Enright dari restoran Juicy's Outlaw Grill di Phoenix dan Nick Nicora yang merupakan tukang masak di syarikat makanan Ovations Food Services pada 2 Julai lalu.

    Menurut Enright, dia mendapat idea untuk menghasilkan burger itu pada Disember lalu. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Dunia semakin pelik kurikulum pelajaran gay dan lesbian akan diajar

    Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT


    SACRAMENTO - Dewan legislatif di Californa, Amerika Syarikat (AS), mengajukan rancangan undang-undang (RUU) kepada gabernor untuk memasukkan kurikulum pelajaran gay dan lesbian.

    RUU tersebut disepakati bahawa kaum lesbian, gay, biseksual dan transgender dikategorikan sebagai orang yang memiliki kekurangan sehingga harus dimasukkan ke dalam mata pelajaran. Nantinya tidak diperkenankan materi yang diberikan memberikan gambaran negatif mengenai kaum gay.

    Anggota parlimen Tom Ammiano dari parti Demokrat mengatakan bahawa UU tersebut nantinya diperlukan kerana banyaknya para siswa yang memiliki perilaku seks menyimpang selalu jadi bahan ejekan. Sementara anggota dari parti Republik ini mengatakan baahwa RUU tersebut tidak bertujuan dan hanya membuat kekhuaatiran bahwa anak-anak harus menerima homoseksual.

    Kini RUU tersebut telah diserahkan kepada Gubernur Jerry Brown, yang masih belum diketahui apakah akan menyetujuinya atau tidak.

    Seperti dilansir Associated Press, Rabu (6/7/2011), bekas gabernor California sebelumnya Arnold Schwarzenegger, mengajukan RUU yang sama pada 2006.(rhs)

    Hebat pakaian suami kakak ni...

    Posted: 06 Jul 2011 11:01 AM PDT

    Pelik..lelaki ambil wang kemenagan loteri dengan memakai topeng kera

    Posted: 06 Jul 2011 10:30 AM PDT

    CHONGQING - Mendapatkan hadiah besar sepertinya impian semua orang. Apalagi kalau hadiah yang nilainya ratusan juta.Seperti halnya yang terjadi pada lelaki ini. Dia gugup ketika mengetahui mendapatkan hadiah wang yang besar.



    Lelaki yang diketahui berusia 30 tahun ini datang untuk mengambil hadiahnya dengan menggunakan topeng karakter Raja Kera, tokoh karakter novel epik China. Demikian seperti dilapor China Daily, Rabu (6/7/2011).

    Lelaki itu tidak mahu memberikan identitasnya kepada media saat diwawancara pada saat pengambilan hadiah di Chongqing, barat daya China pada Selasa 5 Julai kelmarin.

    "Saya sangat gugup sekali pada saat mengetahui bahawa saya jadi pemenang, saya tidak boleh tidur atau makan kerana khuaatir tiket loteri akan hilang," ujarnya.
    Sumber :http://www.okezone.com/

    Alamak...Cacing Bersarang di Otak Wanita Ini

    Posted: 06 Jul 2011 09:25 AM PDT

    JIANGSU - Mengeluarkan seekor cacing dari otak manusia biasanya hanya terjadi di filem, tapi kali ini di China benar-benar terjadi.Seekor cacing parasit sepanjang 23 cm ditemukan di dalam otak seorang wanita dari Daerah Jiangsu, China. Cacing itupun berhasil dikeluarkan oleh sepasukan doktor.


    Pesakit wanita tersebut sebelumnya didiagnosa menderita epilepsi pada Disember 2010. Namun setelah menjalani serangkaian ujian darah seorang doktor menyedari bahawa wanita tersebut terinfeksi bakteria patogen dan hasil CT scan juga menunjukkan sebuah titik yang aneh di dalam otaknya.

    Saat menjalankan operasi, para doktor menemukan granuloma, sebuah peradangan khusus, di dalam otaknya yang diduga menjadi penyebabnya epilepsi.

    Doktor yang melakukan operasi mengatakan bahawa berdasarkan tampilannya, cacing tersebut merupakan cacing pita.

    Para ahli mengatakan bahawa kemungkinan adanya cacing di otaknya tersebut kerana makanan yang sudah terinfeksi dengan telur cacing, namun sumber dari cacing tersebut masih belum diketahui.

    Seperti dilansir China Daily, Rabu (6/7/2011), orang ramai kini diminta untuk berhati-hati terhadap kebersihan makan dan pastikan makanan dimasak dengan matang.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Unik,berhabis wang untuk buat foto prewedding sebagai datuk dan nenek

    Posted: 06 Jul 2011 08:45 AM PDT

    NANJING - Sepasang kekasih berkomitmen untuk hidup bersama hingga tua sudah biasa, tapi agak luar biasa bagi kedua pasangan dari China ini.

    Mereka menghabiskan wang hanya untuk di foto pre wedding (prewed) sebagai sepasang datuk dan nenek.

    Zhang Jin (25) dan tunangannya Yao Zenni (26) menggunakan make up dan riasan agar terlihat lebih tua dari usianya ketika ini.

    "Kami ingin merasakan bagaimana rasanya tua bersama dan kehangatan cinta seumur hidup," ujar Zhang seperti dilapor Orange, Rabu (6/7/2011).

    Pasangan asal Kota Nanjing, China, ini memiliki idea untuk berfoto tersebut untuk merayakan pernikahan mereka akhir tahun ini.

    Selain didandani sebagai sepasang datuk dan nenek, keduanya pun menyewa mesin salju di Taman Bailuzhou.

    Sang fotografer Deng Feibiao mengatakan bahawa mereka ingin menciptakan suasana sepasang datuk nenek ini saling memberikan kisah romantisnya di sebuah hutan dalam cuaca dingin bersalju, meski pada ketika pengambilan gambar cuaca mencapai 38 derajat celcius.(rhs)

    Pelangi ‘Senyum’ Menakjubkan Muncul

    Posted: 06 Jul 2011 07:25 AM PDT

    INILAH.COM, London – Fenomena 'senyum di langit' menakjubkan ini sangat jarang terjadi. Keadaan cuaca tak biasa menjadi 'dalang' kemunculan pelangi di Leicestershire, Inggris, ini. Seperti apa?

    Beruntungnya, pedagang barang antik William Freeman (35) berhasil mengabadikan fenomena ini. Pelangi ini muncul akibat cahaya melewati kristal ais di awan yang dipadukan keadaan atmosfera yang tak biasa.

    Menurut pengakuan warga setempat, pelangi menakjubkan ini muncul beberapa minit di langit kota itu Jumaat lalu.

    "Ketika saya melihat pelangi menakjubkan ini, saya baru saja selesai makan," ujar Freeman.

    Menurut pengakuan pedagang barang antik itu, orang ramai terpesona melihat fenomena tersebut. "Pemandangan aneh ini berlaku dipetang tak berhujan," ujarnya lagi.

    Lengkungan warna-warni ini hanya muncul ketika sinar matahari melewati awan cirrus yang terbuat dari kristal ais di ketinggian 6.000-7.700 meter.

    Ahli meteorologi mengatakan seperti ditulis dailymail, awan yang berisi partikel ais ini cembung ke matahari dan membiaskan cahaya yang menghasilkan pelangi menakjubkan ini.

    Aksi suami belasah isteri

    Posted: 06 Jul 2011 06:48 AM PDT







    tak patut...

    Bayi Ini Terlahir Dengan Keadaan Jantung Di luar

    Posted: 06 Jul 2011 05:00 AM PDT

    Bayi perempuan warga Desa Genteng, Banyuwangi, Jawa Timur mendapat perawatan medik di ruang Neonatus Intensive Care Unit (NICU) Hospital Doktar Soetomo Surabaya, kerana mengalami kelainan organ jantung yang berada di luar rongga dada atau berada di bahagian dada luarnya.

    Bayi perempuan yang memiliki kelainan jantung berada di luar tubuh merupakan puteri pasangan Edi Sukamto dan Tukini. Kelainan jantung yang diderita bayi tersebut diketahui sejak bayi dilahirkan ibunya di tempat bersalin .

    Menurut Edi Sukamto, saat dilahirkan keadaan kesihatan bayi dan ibunya  normal. Bayi perempuannya itu lahir dengan berat 3,35 gram dan panjang sekitar 40 centimeter. Namun, kerana memiliki kelainan jantung yang berada di luar tubuh dan harus mendapatkan perawatan  khusus. Edi Sukamto akhirnya memutuskan membawa bayinya ke RS Dokter Soekamto. "Saya ingat operasi pemisahan bayi kembar empat yang berhasil, jadi saya berharap anak saya juga boleh di operasi agar jantungnya boleh berada pada tempat semestinya," katanya.

    Pihak RS Doktor Soekamto mengaku baru pertama kali menangani kes bayi berkelainan jantung di luar tubuh tersebut. Untuk sementara waktu, pihak rumah sakit belum akan melakukan operasi kerana saat ini doktor  melakukan penstabilan keadaan bayi. "Meski berada di luar rongga dada namun jantung bayi masih dilindungi lapisan perekat," kata Dr Agus Hariyanto, doktor spesialis anak RS Dokter Soetomo.

    Barcode yang unik dari Jepun

    Posted: 06 Jul 2011 04:00 AM PDT




    Museum Mayat Korban HIV

    Posted: 06 Jul 2011 03:35 AM PDT

    Seperti yang pernah kita tahu, HIV merupakan Penyakit yang paling berbahaya saat ini. Mengapa? selain belum ditemukan Ubatnya, HIV juga menyerang semua umur. Mari kita lihat Museum "MAYAT" Korban HIV..
    Museum ini terletak di Wat Siam Lopburi, Thailand. Museum ini bertujuan untuk memberi tahu pada masyarakat luas, betapa mengerikannya HIV itu.








    Remaja ini cuba pukul bapanya hanya kerana tak pam toilet

    Posted: 06 Jul 2011 02:35 AM PDT












    sumber : stomp.com.sg

    This youth spewed vulgarities and threatened his father with violence because he apparently did not flush the toilet at home. He then storms out of the house in a rage.

    STOMPer Michael commented on the video:

    "This son wanted to hit his father just for not flushing the toilet!

    "I saw this video and it really makes my blood boil.

    "At the same time it really makes me feel sad for his parents!"

    Gila..berbogel untuk tarik perhatian orang ke perpustakaan

    Posted: 06 Jul 2011 01:49 AM PDT

    VIVAnews - Sudah hampir dua tahun ini, satu kelompok mahasiswa di Worcester College, Oxford University, Inggris, menggadakan program unik untuk meramaikan perpustakaan. Mereka yang tergabung dalam 'Breakfast Club' itu membuat jadual rutin membaca atau mengerjakan tugas kuliah di perpustakaan, tanpa mengenakan busana.

    Lewat program bertajuk 'Half-Naked Half-Hour', mereka akan menanggalkan pakaian sebelum membaur dengan para pengunjung perpustakaan. Program tersebut berlangsung selama 30 minit, antara pukul 15.00 sampai 16.00, setiap Rabu.

    Program itu bermula dari idea gila pada 2009. Saat itu sejumlah mahasiswa merasa jenuh dengan aktiviti revisi tugas menjelang pergantian semester di perpustakaan. Mereka lalu berfikir untuk menciptakan suasana perpustakaan yang membosankan membuat bosan menjadi arena belajar yang menarik.

    Tak disangka, program itu mendapat sokongan sejumlah mahasiswa. Sekitar 40 mahasiswa, lelaki dan wanita, tergabung di sana. Bahkan, sejumlah pejabat lokal kerap bertandang dalam rangka kunjungan ke universiti-universiti.

    Di tengah program yang mulai menjadi tradisi itu, pejabat perpustakaan mengirim surat protes kepada para mahasiswa. Meski perpustakaan menjadi ramai, mereka melihat aksi itu sangat mengganggu pengunjung perpustakaan lain yang memang serius ingin membaca dan belajar.

    Dalam emailnya kepada para mahasiswa, mereka memeringatkan bahawa, "Bogel selama setengah jam memang nampak menyenangkan dan tidak berbahaya. Tetapi kami meminta Anda untuk menghentikan aksi tersebut di perpustakaan. Jika terus berlanjut, kami akan meneruskan masalah ini ke Dekan."

    Mereka juga memberi teguran keras kerana aksi itu dilakukan tanpa izin petugas perpustakaan. "Sangat tidak pantas untuk suatu kelompok melakukan sesuatu di perpustakaan tanpa seizin kami," kata seorang anggota komite perpustakaan, seperti dikutip Daily Mail.

    Menanggapi larangan itu, sejumlah anggota 'Breakfast Club' terus beraksi. Mereka justru menuding larangan yang disampaikan komite perpustakaan tak berdasar. Mereka mengatakan bahawa program yang mereka usung telah menjadi sebuah kejutan besar bagi kampus sehingga semakin ramai dikunjungi.

    Tahanan minta bahan pornografi kerana ketagihan masturbasi

    Posted: 06 Jul 2011 12:40 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang tahanan menuntut disediakan pornografi di selnya kerana mengaku menghidap penyakit masturbasi kronik. Demikian dilapor Gawker, Isnin (4/7/2011).

    Kyle Richards (21) ditahan di Macomb County Jai, Detroit, Michigan, Amerika Syarikat (AS), ini mengajuka tuntutan ke pengadilan menuntut Gubernur Rick Snyder dan negara bahagian Michigan. Dalam tuntutan yang ia tulis tangan sebanyak lima lembar itu, ia meminta disediakan bahan pornografi dilengkapi televisyen, konsol video game, dan juga radio.

    "Penolakan terhadap keperluan seksual penggugat membuat si penggugat mengalami masalah seksual, menolak segala bentuk gratifikasi seksual dari penggugat dan menolak kebutuhan seksual penggugat untuk melakukan reproduksi seksual," tulis Richards dalam tuntutan tersebut.

    Richards dinyatakan bersalah merampok sebuah bank, pada Khamis minggu lalu, dan sedang menunggu keputusan pengadilan. Kerana kes rompakan boleh mendapat hukuman seumur hidup di negara bahagian Michigan maka kemungkinan Richards akan menghabiskan waktu lebih lama di tahanan.

    'The Shirt' direka untuk mengelak payudara di intip

    Posted: 05 Jul 2011 11:30 PM PDT

    Ketika mengenakan kemeja, seringkali belahan dada dan bahagian tengah payudara terlihat. Namun kini ada kemeja yang boleh menyelamatkan si pemakai dari gangguan lelaki pengintip.

    Kemeja yang diciptakan oleh Rochelle Behrens bioleh membantu wanita agar merasa nyaman. Tidak seperti kemeja biasanya, ketika dikenakan kemeja ini tidak akan menimbulkan celah pada bagian kancing. Jadi Anda tidak perlu lagi mengenakan tank top sebagai dalaman.

    Rochelle Behrens menciptakan kemeja ini berdasarkan pengalamannya. Sebagai seorang pelobi, ia diharuskan tampil profesional dan menarik. Kemeja pun menjadi busana sehari-harinya.

    Wanita yang berusia 28 tahun ini memiliki tubuh yang berisi. Sehingga saat ia mengenakan kemeja, kemeja tersebut cenderung menimbulkan celah pada bagian kancing. Hal ini menyebabkan beberapa rekan kerja lelaki Rochelle selalu mengintip payudaranya dari celah-celah kancing kemeja.

    Di tengah rasa frustasinya, Rochelle yang tidak memiliki pengalaman sama sekali dalam dunia pakaian, mulai membuat kemeja yang dapat memecahkan masalahnya. Hasilnya, Rochelle menciptakan kemeja yang bernama 'The Shirt'.

    Lini kemeja Rochelle ini sempat tampil di acara talkshow Oprah Winfrey. Ketika itu, Oprah menyebut kemeja ini sebagai '5 benda yang harus dimiliki di 2011'. Rochelle yang ketika ini sudah berhenti dari pekerjaannya sebagai pelobi, berharap boleh menjual 10 ribu kemeja hingga akhir tahun ini.

    "Soatu item dalam lemari busana wanita seharusnya membuat Anda tampil profesional bukannya malah merosak kredibiliti Anda. Saya ingin tampil lebih muda, segar, dan terlihat seperti diriku sendiri. Saya tidak mahu memakai busana yang potongannya tidak sesuai. Kemeja-kemeja biasa tidak pernahsesuai. Saya selalu menggunakan peniti dari dalam," jelas Rochelle, seperti yang dikutip dari Daily Mail.

    Kemeja buatan Rochelle ini dijual dengan harga mulai dari US$ 88 hingga US$ 94. Rochelle menawarkan beragam bentuk kemeja mulai dari kemeja berpotongan klasik, berdetail ruffle dan juga kemeja yang dilengkapi jaket. Semua koleksi 'The shirt' boleh dididapatkan dalam situs resminya, the-shirt.com.


    Penampakan hantu pada video klip girlband fx dari Korea

    Posted: 05 Jul 2011 10:00 PM PDT

    Ini girlband fx dari Korea.Dikatakan ada kemunculan susuk hantu
    dalam klip video mereka pada minit 1.52 saat pada video tersebut....


    saksikan video dibawah dan pause pada minit 1.52 saat....