Nuffnang

Kosmo Online - Hiburan

sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fara amatur teater

Posted:

Fara amatur teater

Fara amatur teater



UMUM mengenali Fara Fauzana sebagai penyampai radio, pengacara dan pelakon drama serta filem. Namun, ramai yang tidak tahu kehebatan sebenar Farah adalah di pentas teater. Sejak sekolah lagi, Farah Fauzana Md. Fadzil, 30, atau nama komersialnya Fafau sudah terlibat dengan pementasan teater. Minatnya itu diteruskan apabila dia mengambil subjek elektif teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Namun, langkah ke dunia teater tidak kesampaian apabila rezekinya lebih ke arah penyampai radio. Lama benar minatnya itu dipendamkan sahaja di benak hatinya. Namun, semuanya menjadi kenyataan saat dirinya dilamar penerbit teater Siti Rohayah Attan penghujung Mei lalu. "Walaupun pernah berlakon drama dan filem tetapi berlakon teater adalah sangat berbeza. Saya memang suka teater dan pernah terlibat dalam teater semasa di sekolah lagi.

"Sehingga semasa di UiTM pun saya sanggup ambil subjek tambahan teater. Memang saya teringin benar berlakon teater selepas habis belajar dan jadikannya sebagai kerjaya tetapi saya tidak begitu yakin kerana suara saya serak dan kuat. Alhamdulillah rezeki saya ada dalam bidang teater. Saya dapat tawaran berlakon teater Mak Dara Nyonya pada akhir bulan Mei lalu. Penerbit teater iaitu Siti Rohayah atau Kak Roy menghubungi saya dan bertanyakan sama ada saya minat untuk berlakon teater.

"Saya yang ketika itu sedang melawat adik belajar di Amerika Syarikat terus bersetuju tanpa berfikir panjang," katanya ketika ditemui semasa sidang media teater Mak Dara Nyonya yang berlangsung di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Fara juga dikatakan bersetuju berlakon teater Mak Dara Nyonya disebabkan watak yang dilakonkan di dalam teater tersebut terlalu berbeza dengan watak sebenarnya. "Saya setuju kerana watak yang bakal saya lakonkan adalah sangat berbeza dengan diri sendiri. Saya mahu mencabar diri melakonkan watak yang berbeza. Saya kena melontar dialog dalam bahasa Indonesia dan menggedik di atas pentas. Jujurnya saya tidak pandai menggedik, nasib baik pelakon-pelakon yang lebih senior di dalam teater seperti Norzizi, Sarimah dan Misha banyak memberi tunjuk ajar," katanya yang bakal menghasilkan program realiti TV sendiri.

Menjadi tanda tanya apabila Fara dikatakan telah melarikan diri semasa sesi latihan pertama teater Mak Dara Nyonya. Apabila diajukan soalan tersebut kepadanya, Fara mengaku melarikan diri disebabkan gentar dan takut dengan pelakon teater hebat Juhara Ayob. "Hari pertama latihan apabila nampak Juhara saya terus keluar. Dengan tiba-tiba saya jadi tertekan sebab semua orang tahu Juhara sangat hebat di pentas teater," katanya yang kemudiannya banyak menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada Juhara dan pelakon-pelakon lain.

Program realiti


PERTAMA kali berlakon teater, Fara teruja kerana dapat berkongsi mengembangkan bakat lakonannya.


Menyentuh mengenai rancangannya untuk menerbitkan program realiti sendiri, Fara tidak mahu lagi menjaja perkara tersebut sebelum ia benar-benar terhasil. Fara juga tidak mahu mengulas lanjut saat ditanya sama ada program realiti milik syarikatnya iaitu Fafau Entertainment itu nanti menyerupai program Akademi Fantasia, Mentor atau program-program realiti lain yang sedia ada. Apa yang jelas, kata Fara program realiti itu nanti akan disiarkan di stesen Astro.

"Bukan Fara tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai program realiti Fara, cuma ia belum sesuai lagi kerana buat masa ini ia masih dalam perancangan. "Tunggu masa sesuai dan program itu benar-benar sudah terhasil, maka Fara akan umumkan. InsyaAllah program realiti TV terbitan Fafau Entertainment itu nanti akan disiarkan pada hujung tahun ini di Astro," katanya yang bersyukur kerana rezeki datang tidak putus-putus sejak dia meninggalkan Melodi.

Kata Fara, masanya pada setiap hujung minggu juga kini dapat diisikan dengan aktiviti bersama keluarga, menerima tawaran pengacaraan majlis, berteater dan juga berniaga pakaian bersama rakan baiknya, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 27, yang kini sudahpun bergelar penyampai radio Hot FM. "Kalau dulu, Nana terpaksa menjaga perniagaan pakaian kami seorang diri disebabkan saya terlalu sibuk. Kini, kami sama-sama boleh menjalankan perniagaan pakaian secara dalam talian. "Antara yang dijual adalah baju raya, baju T Fara dan Nana, jaket dan sebagainya," katanya mengenai perniagaan secara dalam talian yang dijual menerusi laman web www.faranana.com atau http://www.facebook.com/pages/ Faranana. Farah juga memberitahu bakal muncul dengan program baharu bersama Nana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cinta lokasi Shia, Megan

Posted:

Cinta lokasi Shia, Megan

Cinta lokasi Shia, Megan



BIARPUN sudah tidak lagi bersama dalam siri filem Transformers, namun pelakon Shia LaBeouf telah membuat pendedahan mengejut apabila secara jujur mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Megan Fox. Dalam pendedahan yang dibuat menerusi majalah terkenal Details, Shia menyatakan hubungan cinta tersebut terjalin ketika hubungan Megan dan kekasihnya Austin Green yang kini suaminya mengalami masalah.

"Memang ia adalah sebuah cinta lokasi kerana kami sentiasa bersama selama enam bulan ketika menjalani penggambaran filem Transformers. Namun, ianya berakhir setelah tamat penggambaran.

"Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya boleh jatuh cinta dengannya ketika itu. Namun, disebabkan itu juga penonton dapat melihat keserasian kami berdua menerusi filem tersebut," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengetahui Megan masih lagi kekasih Austin atau sebaliknya ketika mereka menjalinkan hubungan percintaan, Shia mengatakan dia tidak ambil tahu mengenainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertarungan kualiti dan populariti

Posted:

Pertarungan kualiti dan populariti

Pertarungan kualiti dan populariti

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BERSEDIA! Empat grup yang sudah bersedia untuk bertarung pada malam ini dan merebut gelaran juara terbaharu Showdown 2011.


UNDIAN jadi penentu juara Showdown 2011 dan sekali lagi faktor populariti sesebuah krew yang berentap bakal menyaingi kualiti dan bakat yang sedia ada. Format tetap sejak pertama kali rancangan realiti tarian itu diperkenalkan tahun lalu, seratus peratus keputusan pasukan mana bakal dinobatkan juara bergantung sepenuhnya kepada hasil undian menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas). Meniti perjalanan ke peringkat akhir pada Rabu ini, sedikit kejutan diselitkan. Tiada penyingkiran krew pada minggu akhir sekali gus menjadikan empat kumpulan teratas semuanya layak ke final.

Menurut juri tetap, Joe Flizzow: "Keputusan untuk membawa kesemua empat krew ke peringkat akhir dibuat pada saat akhir setelah semua krew memperlihatkan pencapaian yang sangat membanggakan." Ujarnya lagi, setiap pasukan ada kelebihan masing-masing untuk melengkapkan alasan bahawa kesemuanya layak bertanding di peringkat akhir. "Bounce Stepperz (BOS) ada kelebihan pada elemen tradisional mereka, HMC Phlow (HMC) dan Elecoldxhot (ECX) pula mengekalkan kreativiti mereka untuk menterjemahkan muzik dan tarian dalam persembahan dengan versatil.

"Rokusteps (RKS) pula seolah-olah mentransformasi menjadi sebuah pasukan B-Boy yang cukup lengkap," tambahnya yang menjadi juri mingguan tetap bersama Maple Loo dan juri undangan Pat Ibrahim pada minggu lalu. Pada minggu lalu juga setiap pasukan diberi peluang menyerlahkan warna masing-masing menerusi tema Show Me Whatcha Got. BOS tampil lengkap berserta busana elemen tradisional menerusi pembuka panggung wayang kulit dan tarian zapin moden bersama iringan lagu Timang Burung dan Zapin Budi.

Lagu Where Them Girls At oleh David Guetta menampilkan Flo Rida & Nicki Minaj dan Sexy Chicks (David Guetta menampilkan Akon) pula dipilih BOS untuk kolaborasi bersama krew RKS. Bagi persembahan solo RKS pula, kostum ala zombi mengiringi lagu She's My Sin nyanyian Nightwish. HMC yang bergabung dengan pasukan ECX tetap mempertaruhkan unsur dramatik dan teatrikal dalam persembahan yang diiringi lagu E.T. (Katy Perry dan Kanye West). Persembahan solo HMC memilih lagu Building Steam with A Grain of Salt (DJ Shadow), Dancing Box (Modeselektor) dan Outta Your Mind (Lil Jon feat LMFAO) manakala ECX pula mempertaruhkan medley Gonna Fly Now (Orchesral), Technologic (Daft Punk) dan I Can't Give You Anything (The Stylistics) demi meraih undi peminat.

Bagaimanapun, keputusan undian pada minggu lalu berpihak kepada HMC yang diikuti oleh BOS, ECX dan tempat terakhir RKS. Sementara itu, BOS turut membidas tindakan krew RKS yang cuba menjatuhkan konsep tradisional yang dipegang BOS dalam siaran Diaries From The Streets Showdown 2011 sehari sebelum siaran langsung Showdown 2011 minggu lalu. Dalam kenyataan itu, RKS dikatakan cuba 'menjatuhkan' pasukan lawan dan kecaman terhadap unsur tradisional yang diselitkan dalam persembahan BOS menjadi topik utama.

"Kami sedikit berkecil hati dan terkilan apabila orang Melayu sanggup menindas budaya sendiri, tapi kami tetap berpegang pada tunjang kami dan menjadikan kata-kata itu sebagai pedoman," kata mereka. Bagi RKS pula, permohonan maaf atas keterlanjuran kata menjadi solusi menjelang pertarungan akhir. "Kami sudah jadi seperti adik-beradik, tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan diharapkan semua kekusutan dapat dileraikan," bicara RKS membela diri. Oleh itu, jangan lepaskan peluang menyaksikan pertarungan empat kumpulan merebut gelaran juara Showdown 2011 dan merangkul hadiah wang tunai bernilai RM50,000 pada hari Rabu ini, pukul 9.30 malam dan disiarkan secara langsung dari i-City, Shah Alam, Selangor di saluran 8TV.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan