Nuffnang

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


Gossip Fina Mengatakan Azri dan Lena AF 9 Berkelakuan Tidak Senonoh

Posted: 06 Jul 2011 09:54 AM PDT

Boleh tahan juga gossip yang Fina AF9 cetuskan ni, namun persoalannya ada sesuatu yang tersembunyi kerana "Statement" yang berbeza daripada Fina..namun anda baca dan nilai lah sendiri.


STATEMENT SEBELUM PANAS :


Hip: Apakah benar Fina ternampak sesuatu seperti yang dinyatakan dalam beberapa gosip yang sama sebelum ini?

Fina:
Fina memang ada ternampak kejadian itu. Itupun secara tidak sengaja. Tapi ia tidaklah seperti yang dinyatakan dalam gosip ini. Cuma pada Fina, apa yang berlaku waktu itu memang tidak manis. Bagaimanapun, Fina simpan saja dalam hati dan tidak membocorkan pada sesiapa kecuali kakak Fina, Aida. Cuma pelik, tiba-tiba pihak produksi telefon Fina marah-marah dan bertanya kenapa Fina merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Bukan Fina mahu merahsiakan tetapi tidak mahu terbabit dalam perkara ini dan tak mahu persahabatan kami keruh jika perkara ini tersebar. Dalam pada berahsia itu tiba-tiba terbongkar juga, tapi versi cerita berbeza dan kebanyakannya menyalahkan Fina kerana menjadi puncanya.

STATEMENT SELEPAS PANAS :

"Saya tidak mengerti kenapa saya telah dituduh menaburkan fitnah terhadap kedua-dua individu berkenaan, sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu saya tumpukan. Maksud saya, sebagai orang baru dalam industri ini, terus terang saya lebih suka fokus terhadap kerjaya daripada melayan cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini.

"Walau bagaimanapun, andai kata mereka terus menuduh bahawa saya yang menabur fitnah, itu terpulang kepada masing-masing. Bak kata orang, "we believe what we want to believe", " kata Fina memberikan respon mengenai tuduhan fitnah tersebut.

KOmen ZoOM : Lantak la Fina....tapi kalau betul memang melampaui batas..Apa-apa pun Fina ni kalau dah terkeluar daripada mulut mana boleh jilat balik dik....Apa KOmen anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Video Fara Fauzana @ Fafau Basuh Periuk Di Kampung

Posted: 06 Jul 2011 09:34 AM PDT

Alamak macam kenal tapi siapa yer....Amboi-ambooi ( ala-ala Azwan Ali) hahahahahaha Faraaaaaa, tabik SPRING den kat ikauuu ( bahasa nogori). Mana tidaknya jarang-jarang @ kadang-kadang artis yang dah naik duduk mencangkung dan basuh periuk macam tu...

Sekarang ni semua nak control, nak jaga privacy lah...nak jaga standard laaa...

Nak tau kenapa ZoOM puji melambung Fafau jommm layan video kat bawah ni :




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

(Gambar) Panas Siti Saleha, Pelakon Nora Elena Bersosial

Posted: 06 Jul 2011 09:18 AM PDT

Kecoh dan gempar seketika apabila beberapa keping gambar Siti Saleha atau Nora Elena yang berlakon dalam drama kisah suami isteri sebelum ini. Namun kali ini satu persatu penulis blog memperkatakan tindakan yang melampaui amalan yang tidak sepatutnya umat islam lakukan.

Tidak terkata dan geram juga apabila melihat gambar-gambar daripada Blog Nara ni, Nak dikatakan suku sakat Siti Saleha ni mustahil, nama pun orang dah tahu agama apa, dan paling ZoOM geram arak-arak yang ada kat situ serta pelukan Mamat-mamat SALLEH yang sudah pasti geram dengan SITI SALEHA ni..!!

Malas nak cerita panjang lebar...anda je lah yang komen....!!!!
 Lagi Gambar dibawah :


 Kalah Pemain Bola Sepak..- No Comment

 PELUKAN MANJA !!!&##@*(
Perlukah ?
Diatas Peha MAT SALLEH !!!



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Fasha Sandha Dan Ifa Raziah Di Majlis Perkahwinan Tomok

Posted: 06 Jul 2011 08:38 AM PDT

Ketika melayan channel 108 di Astro, ZoOM ternampak gambar seseorang yang menjadi rakan kepada rakan didalam Facebook, namun yang menarik perhatian kerana terlihat wajah Fasha Sandha dan Ifa bersama jejaka tampan ni.

Nampak ayu dan manja je Fasha Sandha di Majlis perkahwinan Tomok baru-baru ini, bertuahnya si jejaka ni sebab dapat bergambar dengan gadis pujaan jejaka2, duda2 dan VIP2 diluar sana.

Dan gambar akak Ifa kita juga tidak kurang hebatnya sampai peluk pinggang yerrr...jangan marah yer. Ini akak Ifa anggap adik je tauuu...

ZoOM : Jommmm KOmen !!!!

Credit : Facebook Mizie ( Thanks Bro )

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Nurul AF2 dan suami cuba jernihkan keadaan dengan keluarga

Posted: 06 Jul 2011 08:30 AM PDT

Semoga apa yang berlaku akan diambil iktibar dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi, namun kadang-kadang ada pihak yang terlepas pandang, contohnya tarikh pernikahan Nurul dan suami pada 23 April dan bukannya 23 Mei.

Kisah dan gossip panas Nurul dan keluarga mencapai kemuncaknya apabila program popular di TV yang menyiarkan luahan keluarga dan ayah beliau. Dan hari ini Nurul AF2 dan suami tampil dengan jawapan berikut :


"Kami sudah mencuba berbagai cara termasuk meminta bantuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menghubungi keluarga kandung saya namun tidak mendapat kerjasama.
"Kami sekeluarga telah ke Kuching dan pergi ke rumah penghulu kampung tersebut tetapi usaha itu tidak mendatangkan hasil," ujarnya pada sidang media yang diadakan di sini, Rabu.
 
Bagaimanapun, Nurul berjanji akan menyelesaikan masalah keluarganya dan bertemu mereka selepas ini.
"Kini saya lebih berani untuk berhadapan dengan mereka kerana sudah mempunyai suami dan mahu menjernihkan keadaan.
"Secara jujur memang selama ini saya tidak pernah berjumpa dengan mereka dan hanya mengenali wajah kedua ibu bapa kandung ketika disiarkan di rancangan tersebut.
"Ini masalah keluarga dan bapa angkat yang banyak mengetahui cerita sebenar pula sudah meninggal dunia," ujarnya kesal.
 
Sementara itu, Nurul juga menafikan telah menukar nama sebenarnya Nurullah Zawawi kepada Nurullah Abdul Hamid dalam setiap urusan rasminya.
"Saya tidak pernah tukar nama sebenar saya dan menggunakan nama bapa kandung dalam segala urusan.
"Saya hanya gunakan nama tersebut untuk tujuan komersial sahaja selepas ini saya mahu dikenali dengan nama Nurullah Abdul Hamid @ Zawawi," ujarnya yang kesal dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan namanya.
 
Sementara itu, Munzil menjelaskan pernikahannya berlangsung pada 23 April lalu dan bukan 23 Mei seperti dilaporkan media.
"Ada media yang tersilap lapor bahawa kami bernikah pada 23 Mei tetapi sebenarnya 23 April. Disebabkan perkara itu, kami menerima pandangan negatif daripada masyarakat yang menganggap kami bersekedudukan.
"Saya harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan situasi kami sebagai suami isteri yang sah," katanya.
Credit : Mstar

ZoOM : Apa-apa pun yang berlaku restu @ izin keluarga jika ingin mendirikan rumahtangga. Dan Semoga Nurul dan keluarga dapat merapatkan silaturahim yang terpisah sebelum ini.

Apa KOmen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Ayah Pelakon Fizo Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Posted: 05 Jul 2011 10:23 PM PDT

Sama-sama kita sedekahkan surah AL-Fatihah kepada arwah ( Ayah Fizo ), semoga berkat doa anda akan dipermudahkan. Insyallah, dan berikut "statement" yang ZoOM baca di akhbar Metro hari ini :


KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo, iaitu Wan Omar, 80 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, tengah hari semalam.

Fizo ketika dihubungi berkata, bapanya meninggal dunia akibat ketumbuhan pada bahagian usus yang dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.

AL-FATIHAH
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan