Adsense

Sabtu, 31 Disember 2011

Zon Artis

Zon Artis


2012 – Chef Wan Akan Tutup Akaun Facebook?

Posted: 30 Dec 2011 09:23 PM PST

FACEBOOK CHEF WAN

Selepas membuat kritikan pedas terhadap pakaian perkahwinan pasangan kontroversi Norman Hakin dan Memey Suhaiza, laman Fan Page selebriti masakan nombor satu Malaysia iaitu Chef Wan mula meletup serta mula mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini pula, berlaku perang Facebook antara Chef Wan dan Adlin Aman Ramli selepas Adlin tersingkir dari program Maharaja Lawak Mega. Puncanya apabila Chef Wan membuat komen terhadap persembahan peserta Maharaja Lawak Mega di Fan Page.

Ekoran daripada perang Facebook itu, Fan Page Chef Wan menjadi medan pertelegahan dan kutuk-mengutuk sehingga menyebabkan Chef Wan mengambil keputusan akan menutup Fan Page'nya yang mempunyai lebih 80,000 peminat itu mulai esok, tahun 2012.

Seperti kata Chef Wan yang kami petik dari GUA:-

"Saya rasa lebih baik saya tutup akaun Facebook itu untuk kebaikan semua. Kalau 'fanpage' itu menjadi punca hasad dengki, kutuk-mengutuk dan tikam belakang, lebih baik saya tutup sahaja. Saya mahu hidup lebih tenang selepas ini. Biarlah orang tidak tahu apa yang saya lakukan selepas ini. Tujuan saya buat 'fanpage' dulu adalah untuk berkongsi pendapat dan pengalaman tetapi sekarang sudah lain jadinya. Ada yang sanggup melemparkan pelbagai hinaan dan kutukan terhadap saya. Mereka ambil kesempatan dengan ruang yang saya berikan.

2012 saya tidak akan gunakan laman sosial sebagai medium perantaran antara saya dan peminat. Saya memang ada akaun twitter, tapi akaun itu tidak aktif pun. Cukuplah dengan apa yang telah saya lalui, dan saya mahu menjalani hidup bersama keluarga dengan gembira,"

Kami rasa, Chef Wan tidak perlu tutup akaun Facebook tu tapi kurangkan update atau post yang melibatkan pihak lain apatah lagi komen-komen pedas melainkan jika ianya sangat perlu dan demi kebaikan bersama. Tapi kalau nak tutup juga, it's up to you Chef Wan.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

(Tahniah!) OSBON Juara Maharaja Lawak Mega

Posted: 30 Dec 2011 08:26 AM PST

OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA

Jujur cakap, kami menjangkakan BOBOI, gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bacik yang akan menjadi juara Maharaja Lawak Mega ekoran sokongan terhadap mereka yang kami lihat cukup kuat setiap minggu dan persembahan mereka juga yang boleh dikatakan agak baik. Namun jangkaan kami meleset apabila OSBON, gandingan Mr. Os dan juga Abon diumumkan sebagai juara dan BOBOI pula dinobatkan sebagai naib juara.

Apa-apa pun, semua persembahan daripada kesemua finalis sebentar tadi memang hebat dan cukup mencuit hati. Sape-sape yang tengok, memang tak kering gusi. Ada saja lawak yang bikin pecah perut. Memang terbaik. Tahniah kepada OSBON diatas kemenangan sebagai juara dan tahniah juga kepada semua finalis yang lain iaitu BOBOI (tempat kedua), SAEHU (tempat ketiga) dan SYOK (tempat keempat).

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.