Adsense

Jumaat, 2 Disember 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sukar bawa watak isteri bermadu

Posted:

Sukar bawa watak isteri bermadu

Sukar bawa watak isteri bermadu

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


Fouziah Gous mahu jadi pelakon yang lakonannya mampu meninggalkan kesan kepada penonton.


PERNAH memegang watak dirasuk makhluk halus dalam filem Rasuk, kini pemilik nama Fouziah Gous ini sering dilihat kerap membawa watak isteri yang bermadu.

Sentiasa mahukan cabaran dalam setiap perkara yang dilakukannya, Fouziah akui, bukan mudah untuk membawakan watak isteri yang bermadu.

Pernah menjayakan watak Norjinah dalam drama bersiri Trilogi Cinta, kini anak kelahiran Kuala Lumpur ini benar-benar mahu penonton menilai kredibilitinya dalam setiap watak yang dibawakannya.

"Sebelum ini abang Rosyam (Rosyam Nor) banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Katanya, kalau lakonan kita betul-betul berkesan, ia akan meninggalkan impak yang mendalam kepada penonton dan begitulah sebaliknya jika saya gagal membawakan watak tersebut.

"Oleh sebab itu, dalam setiap watak yang diberikan kepada saya, walaupun watak wanita bermadu sekalipun saya akan cuba menjiwai watak tersebut dengan penuh perasaan," ujarnya yang juga pernah mencuri perhatian menerusi drama Tahajjud Cinta tidak berapa lama dulu.

Terbaru, Fouziah memegang watak Karmila dalam drama Karma, arahan Erma Fatima yang kini sedang ditayangkan setiap Isnin dan Selasa di TV9 pukul 8.30 malam.

Drama 13 episod itu menceritakan mengenai Karmila, seorang artis popular yang jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki berusia, Tan Sri Fahrul Sani lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Walaupun mencintai Tan Sri Fahrul dengan penuh keikhlasan, namun kehadirannya tidak diterima oleh isteri pertama Tan Sri lakonan Ziela Jalil.

Selain Fouziah, Ahmad Tamimi dan Ziela, Karma turut dibintangi pelakon popular lain seperti Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Sharifah Aleya, Azlee Khairi dan Fadilah Mansor.

Kekok bermanja

Mahu tidak mahu, dalam memastikan pengarah dapat apa yang dikehendaki, Fouziah terpaksa mengenepikan rasa malu mahupun segan apabila digandingkan Ahmad Tarmimi.

Memandangkan aktor serba boleh itu membawakan watak suaminya dalam drama berkenaan, dia seboleh-bolehnya mahu membiasakan diri dengan situasi berkenaan.

"Walaupun sebelum ini saya pernah digandingkan bersama beliau, namun watak yang menggandingkan kami adalah ayah dan anak. Saya sendiri pun sudah menganggap Ahmad Tarmimi sebagai ayah saya sendiri.

"Jadi cuba bayangkan macam mana saya nak menjiwai watak yang perlu menjalin cinta bermanja-manja dengan dia.

"Daripada gelaran ayah, kini menjadi sayang. Memang kekok sangat," kata aktres jelita itu sambil tergelak kecil.

Mengakui masih berada dalam proses menyesuaikan diri bersama Ahmad Tamimi dalam hampir keseluruhan babak dalam drama tersebut, dia bertekad bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Dia mengakui, disebabkan watak berkenaan ia benar-benar menguji kebolehannya sebagai seorang pelakon.

Tidak sanggup bermadu

Walaupun berpengalaman membawa watak bermadu, Fouziah mengakui, jika boleh dia tidak mahu 'terkena badi' lakonannya yang banyak membawakan watak bermadu.

Baginya, cukuplah sekadar lakonan dan tidak terjadi dalam kehidupan seharian.

"Sesungguhnya, saya sentiasa mengharapkan Tuhan memberi jodoh terbaik. Jika boleh saya sememangnya tidak mahu bermadu kerana jujurnya ia sangat menyeksakan," jelasnya.

Apabila ditanya soalan mengenai hubungannya dengan Iqram Dinzly ketika ini, jelasnya dia dan Iqram hanyalah kawan baik.

"Sebenarnya, kehidupan saya ini tidak mengizinkan saya untuk bercinta kerana kehidupan saya hanya tertumpu kepada beberapa perkara sahaja.

"Lepas habis shooting, saya akan balik ke rumah untuk berehat. Jika ada masa terluang, saya akan ke gimnasium, spa ataupun ke restoran dan tempat makan bagi menikmati hidangan yang saya gemari. Dek kerana itu, saya memang tiada masa untuk bercinta," katanya sebelum mengakhiri bicara.

Full content generated by Get Full RSS.

Rahsia kedamaian Sabhi Saddi

Posted:

Rahsia kedamaian Sabhi Saddi

Rahsia kedamaian Sabhi Saddi

Gambar Azrul Edham Mohd. Aminuddin


BERHARAP agar keindahan hutan ini akan sentiasa di pelihara.


"SETELAH lama tinggal di bandar saya akui jarang rasanya untuk saya menikmati kedamaian hutan.

"Bagaimanapun jika ada masa terluang seperti ini, tentunya saya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati khazanah hutan yang sememangnya merupakan antara aktiviti yang sering saya tunggu," katanya kepada S3 sewaktu sesi fotografi diadakan di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Percaya hutan menyimpan pelbagai rahsia alam, pemuda berusia 26 tahun ini menjelaskan, dia mempunyai minat yang mendalam terhadap usaha pemuliharaan hutan buat generasi akan datang.

"Jika kita gagal menjaga hutan kita dengan baik, tentunya generasi masa hadapan untuk menghayati keindahan hutan hanya tinggal harapan sahaja.

"Dan untuk itu, saya berharap agar generasi kini lebih bijak untuk mengekalkan keindahan hutan daripada terus dimusnahkan," katanya penuh bersungguh.

Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini juga mengakui, kehijauan serta keindahan panorama hutan merupakan ubat paling mujarab untuknya ketika berhadapan dengan tekanan.

"Setiap kali saya mahu mencari ketenangan, caranya cukup mudah iaitu menghabiskan masa di hutan dan menghirup udaranya.

"Rasa ini sungguh berbeza kerana udara di hutan semestinya lebih segar dan bebas daripada pencemaran," jelasnya lagi.

Selain dapat lari daripada hiruk pikuk di bandar, penyanyi ini juga mengambil masa untuk bersiar-siar di hutan demi meningkatkan stamina selain dapat menyihatkan tubuhnya.

"Selain dapat menjamu mata dengan pemandangan yang segar, bersiar-siar di dalam hutan ini juga membolehkan saya bersenam. Ia dapat meningkatkan stamina saya agar dapat menyanyi dengan baik di atas pentas," katanya panjang lebar.

Full content generated by Get Full RSS.