Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Sekitar Pembikinan Video Klip BERDUA Alvin Anthons Posted: 16 Dec 2011 01:58 AM PST Anda kenal tak dengan artis dan penyanyi bersuara lunak, Alvin Anthons? Haaa, pada pembaca yang tak kenal, Budiey nak ceritakan sikit tentang Alvin Anthons ni. Baru-baru ini, pada 30 Oktober lalu, Alvin dah selesai menjalani pengambaran video klip berjudul BERDUA di mana lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Ajai. Lokasinya iaitu di Jababeka II, Cikarang Barat dan sekitar perumahan Veranda No. 2, Cikarang Barat. Pengambaran dibuat di Jakarta oleh sebuah production house iaitu Inhousekreasi Creative Production. Video muzik Berdua diarah oleh Almer Lipasha dan diterbitkan oleh Rifa. Storyboard video yang memakan masa sehari ini dibuat sendiri oleh Inhousekreasi Creative Production. Video klip ni nampak ada kelas kerana diserikan lagi oleh seorang model bernama Rhessa yang berusia 24 tahun. Tags: Behind The ScenesClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Maxis Lancar iPhone 4S & Pelan Baru iValue Posted: 16 Dec 2011 12:37 AM PST Maxis membawa iPhone 4S ke pelanggan Maxis Berhad ('Maxis'), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, dengan sukacitanya memperkenalkan iPhone 4S kepada para pelanggannya tepat pada jam 12 malam, dengan sebuah majlis pelancaran khas di Pusat Konvensyen KLCC. Pada masa yang sama, Maxis juga telah memperkenalkan peranti ini di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching. iPhone 4S boleh didapati di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners – MEPS) di seluruh negara bermula Jumaat, 16 Disember 2011. Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, menyatakan, "Mempunyai sebuah iPhone dengan Maxis merupakan satu pengalaman yang istimewa. Kami amat berbesar hati untuk membawa model terbaru iPhone, iaitu 4S, kepada pelanggan-pelanggan kami, setelah membawa iPhone pertama ke Malaysia pada tahun 2009. Maxis terus menjadi peneraju dalam membawa telefon pintar kepada pelanggan, dan kami telah menawarkan pelbagai jenis sejak dua hingga tiga tahun yang lalu. Hasilnya di mana, kami sudah mempunyai lebih daripada 7.5 juta pengguna Internet mudah alih yang aktif." "Maxis menyokong permintaan berterusan pelanggan untuk perkhidmatan internet, dan Maxis telah bekerja keras untuk meningkatkan pengalaman rangkaian datanya, bersama dengan kandungan yang menarik di samping menawarkan pelbagai pakej data untuk pilihan para pelanggan . Sebagai permulaan, kami mempunyai rangkaian data terbesar dan juga telah memperkenalkan aplikasi eksklusif yang dibangunkan khas untuk iPhone 4S, yang akan memperkayakan pengalaman pelanggan Maxis selain apa yang lazimnya ditawarkan di mana-mana saja." Maxis menawarkan empat pelan iValue yang baru untuk para pelanggannya, dengan gabungan data mudah alih dan WiFi yang tertinggi sehingga 11GB, membolehkan mereka benar-benar menikmati peranti ini yang kaya dengan pelbagai ciri-ciri. Pelanggan-pelanggan setia Maxis yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti iPhone Maxis sejak ia melancarkan iPhone 3G, 3GS dan 4, akan menjadi antara peminat-peminat iPhone yang pertama di kalangan yang telah mendaftarkan minat mereka untuk mendapatkan iPhone 4S dari Maxis dan menikmati pelan baru secara automatik. Antara tambahan yang baru kepada pelan iValue termasuk peningkatan kuota data serta sambungan WiFi percuma sebanyak 4GB setiap bulan merentasi semua hotspot Maxis di seluruh negara. Dengan tambahan sambungan WiFi percuma, Maxis kini menawarkan pelanggan peruntukan data mudah alih yang tertinggi. Untuk memeriksa hotspot WiFi yang terdekat, pelanggan boleh memuat turun aplikasi Maxis WiFi dari kedai App secara percuma. Di bawah pelan Maxis, iPhone 4S yang baru ini datang dengan aplikasi yang dibangunkan oleh Maxis. Antaranya adalah aplikasi Perkhidmatan Pelanggan Maxis, yang merupakan aplikasi perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi yang pertama yang terdapat pada iPhone di Malaysia. Dengan aplikasi ini, pelanggan Maxis boleh mengakses akaun mereka dan maklumat bil dengan mudah, melanggan atau membatalkan langganan kepada perkhidmatan tambah nilai dan menghubungi Khidmat Pelanggan Maxis menggunakan saluran pilihan mengikut keselesaan mereka. Pelanggan juga akan menikmati pelan ansuran dengan kadar faedah 0% dan pelanggan-pelanggan yang sedia ada akan dapat menaiktaraf kepada pelan baru yang menampilkan ciri-ciri data yang telah dipertingkatkan dan WiFi. Mereka juga dapat melanjutkan kontrak mereka dengan Maxis, membolehkan sesiapa sahaja untuk memiliki iPhone dengan Maxis. Harga dan Pelan Tarif: *Pelanggan akan menikmati naik taraf PERCUMA dari iPhone 4S 16GB ke 32GB apabila mereka melanggan pelan iValue 4 untuk kontrak 24 bulan untuk 30 hari yang pertama dari tarikh pelancaran. iPhone 4S merupakan iPhone yang paling menakjubkan, penuh dengan ciri-ciri baru yang luar biasa termasuk cip dwi-teras A5 Apple untuk prestasi yang laju dan grafik yang menarik; kamera baru dengan optik yang dipertingkatkan dan resolusi rakaman video 1080p HD yang penuh. Dengan pelancaran iPhone 4S juga datang pelancaran iOS 5, sistem operasi mudah alih yang paling maju di dunia dengan lebih 200 ciri-ciri baru; dan iCloud, iaitu satu set perkhidmatan awan yang percuma yang berfungsi dengan iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau PC, untuk menyimpan kandungan anda dalam iCloud dan menolaknya kepada semua peranti anda secara automatik dan tanpa wayar. Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pelan tarif Maxis untuk iPhone 4S, sila layari laman web www.maxis.com.my/iphone Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone 4S, sila layari www.apple.com/iphone Tags: EventsClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |