Adsense

Jumaat, 16 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tidak serik beraksi seksi

Posted:

Tidak serik beraksi seksi

Tidak serik beraksi seksi

NAMA Nurul Ain Nordin, 23, sebelum ini tiada siapa yang peduli apatah lagi ingin mencungkil siapakah gerangannya. Namun, apabila gambar mirip aksi separuh bogelnya itu tersebar di internet ramai pula pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang siapakah gerangannya Nurul Ain dan tidak kurang juga yang mengeji dan menyifatkan penampilan pelakon yang baru setahun jagung itu sebagai melampau.

Semua itu berlaku akibat sikap terbuka Nurul Ain beraksi memakai kain batik dan mendedahkan belakang badannya sehingga ke pangkal punggung untuk hiasan poster filem pertamanya Suatu Malam Kubur Berasap.

Namun, perlukah mendedahkan tubuh untuk sebuah produksi filem tempatan?

Nurul Ain memberikan jawapan klise - dia sanggup melakukankannya demi menjayakan watak. Katanya, perkara itu dilakukan atas perjanjian bersama dengan pihak produksi filem itu iaitu OutLoud Studios Sdn. Bhd.

"Saya cuma mendedahkan belakang badan saya pada kru filem tetapi tidak pada penonton.

Dalam filem itu nanti penonton akan lihat belakang badan saya itu terdapat efek akar dan kudis dan ia sama sekali menutupi belakang badan saya," katanya yang melakonkan watak wanita bernama Siti Chempaka yang mati dirogol dan dibunuh dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap yang dijadualkan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara menjelang 22 Disember ini.

Dalam nada kesal, ujar Ain, dia tidak sangka gambar yang dirakamkan itu disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuannya.

"Saya mangsa keadaan. Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar. Saya dapat tahu mengenai gambar itu juga melalui sebuah blog lantas terkejut dan sedih dengan tindakan serta komen-komen yang dilemparkan penulis tersebut kepada saya.

"Saya tidak pasti bagaimana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana mengikut perjanjian bersama dengan pihak produksi gambar itu hanya digunakan untuk proses suntingan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap," luahnya kecewa kepada Kosmo! ketika sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi persoalan, adakah gambar tersebut disebarkan oleh pihak produksi sendiri sebagai salah satu strategi untuk mencipta kontroversi seterusnya melariskan filem tersebut? Kenapa Nurul Ain tidak berfikir jauh sebelum beraksi sedemikian rupa? Atau mungkin dia terlalu naif mengikut sahaja kemahuan pihak produksi atau berpura-pura kesal tetapi sanggup berkorban demi menjayakan watak?

Ekoran penyebaran gambar tersebut juga anak kedua daripada tiga beradik itu dihimpit kebencian maha hebat daripada keluarga, teman-teman dan juga pensyarah-pensyarahnya.

Malah, muncul khabar angin Nurul Ain turut dibuang universiti dan keluarga. Benarkah?

"Saya bukan kena buang. Memang ada seorang daripada pensyarah fakulti saya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak fakulti bahawa saya tidak layak digelar pelajar dan patut dibuang ekoran kontroversi tersebut.

"Atas sebab itu saya segera berjumpa dengan dekan dan memberitahu perkara sebenar kepadanya. Akhirnya saya dapat meneruskan pembelajaran saya yang tinggal hanya satu semester itu dan berjaya menamatkannya sebelum memperoleh diploma Teknologi Kreatif dan Artistik.

"Saya akui memang ibu saya begitu marah dan terkilan dengan tindakan saya dan penyebaran gambar tersebut. Hampir sebulan dia tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan saya. Malah, sehingga kini dia masih marahkan saya dengan penyebaran gambar tersebut.

"Saya faham ibu marah sebab dia merupakan pensyarah dan kaunselor. Bila jadi isu macam ini ramai yang keluar kenyataan berbaur kecaman di facebook dan blog yang berbunyi 'mak kaunselor tetapi anak berperangai macam ini'," ujarnya yang turut mengakui ibunya sebelum ini tidak mengetahui tentang tindakannya beraksi sedemikian rupa dalam filem tersebut.

Ungkap Ain yang memohon dirahsiakan nama universiti tempat dia belajar, teman lelaki dan juga rakan-rakannya sanggup memutuskan hubungan dengan dirinya selepas tercetuskan kontroversi penyebaran gambar tersebut.

Ditanya adakah dia serik untuk beraksi seksi seperti itu menerusi drama atau filem lain selepas ini, tuturnya berani dan tegas: "Saya tidak serik dan tetap akan beraksi seksi jika itu tuntutan jalan cerita. Asalkan ia tidak terlalu keterlaluan."

"Saya berani untuk buat lakonan seperti itu lagi. Kita kena ambil yang positif. Masih belum ada lagi pelakon wanita yang berani seperti itu. Saya mahu berlakon seperti pelakon-pelakon wanita Hollywood yang tidak takut menjayakan apa jua watak yang diminta tetapi ia tidaklah sehingga keterlaluan," tegasnya.


DARI kiri: Angah, Ain dan Isma berganding dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap.


Sementara itu, menurut penerbit eksekutif dan Outloud Studio yang juga merupakan pengarah Suatu Malam Kubur Berasap, Ernie Chen, foto kontroversi membabitkan Nurul Ain tersebut bukan disebarkan oleh pihaknya dan dia sendiri tidak mengetahui siapakah dalang di sebalik perbuatan tidak bermoral itu.

"Kami tidak mempromosikan foto sebegitu kerana itu bukan apa yang kami rancangkan. Ia juga tidak masuk dalam rangka promosi kami dan saya rasa orang lain yang cuba untuk 'mempromosi'kan filem ini untuk kami.

"Foto itu juga sebenarnya tidak akan keluar langsung sebegitu rupa kerana apa yang ingin dilakukan adalah menambah mekap untuk Ain kelihatan seperti hantu dan bukannya terdedah seperti yang tersebar dalam laman web itu," tegas Ernie yang turut memberitahu terdapat dua babak filem itu telah dipotong atas arahan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Dua babak tersebut membabitkan babak Ain yang baru selesai mandi di sebatang sungai yang mana menampakkan sedikit bahagian bahunya dan babak lakonan Ain bersama Zach X-Factor, yang mana Zach ketika digambarkan sebagai mencium dahi Ain.

Menurut Ernie, dia sendiri tidak faham mengapa babak tersebut harus dipotong kerana ia tidak keterlaluan sepertimana filem-filem romantik tempatan lain yang tidak pula dipotong babak-babak sebegitu.

"Namun, kami terpaksa akur dengan permintaan LPF dan memotong dua babak tersebut yang masing-masing memakan durasi selama dua saat.

Katanya lagi: "Dari mula penyebaran foto dan kontroversi itu secara meluas menerusi internet, pihak kami mereka tidak pernah ingin memberi sebarang penjelasan mengenai isu tersebut merasakan ia suatu perkara yang tidak perlu."

Full content generated by Get Full RSS.

Janji Ruth Sahanaya

Posted:

Janji Ruth Sahanaya

Janji Ruth Sahanaya

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


RUTH terharu Kathy muncul sebagai penyanyi undangan pada konsertnya nanti.


SEPANJANG pembabitannya dalam industri hiburan selama 25 tahun, pelbagai rentetan kejayaan yang telah diraih oleh penyanyi terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya sebagai seorang anak seni.

Cukup popular dengan lagu berjudul Kaulah Segalanya yang turut mampu menawan pendengar di negara ini, Ruth pernah meraih beberapa anugerah yang bertaraf dunia serta membuat persembahan di luar negara seperti menjadi penyanyi undangan dalam konsert penyanyi Mario Frangoulis pada tahun 1992.

Bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa penyanyi kelahiran Bandung itu sebelum ini pernah cuba mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Sebenarnya sewaktu saya mula lahir dengan album pertama pada tahun 1987, saya sudah terfikir untuk tidak mahu lagi menjadi seorang penyanyi kerana perjalanan hidup yang sudah berubah.

"Ketika itu saya fikirkan dengan menjadi seorang penyanyi sudah tentu saya tidak mampu menjalani kehidupan normal seperti makan di tempat umum. Namun, sangkaan saya silap kerana selama 25 tahun dalam bidang ini saya masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya.

Ketika ditemui sewaktu sidang akhbar kedua sempena Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya, penyanyi tersebut memberitahu, dengan sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga serta rakan-rakan membuatkan dia membatalkan hasrat untuk berhenti menjadi penyanyi.

Jelasnya, sebagai seorang anak yang paling bongsu dalam keluarga, dia sering kali diberi dorongan oleh kedua-dua orang kakaknya yang turut mempunyai minat dalam bidang nyanyian.

"Selain itu rakan-rakan rapat juga menjadi sebab utama kepada kejayaan saya sekarang. Tanpa pengetahuan saya, mereka telah mendaftarkan nama saya untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian.

"Sehingga mereka sanggup mengumpulkan duit beramai-ramai untuk membayar wang pendaftaran pertandingan berkenaan sehinggalah saya muncul sebagai juara. Jadi, sudah tentu saya akan mengecewakan mereka sekiranya saya berhenti menyanyi," ujarnya.

Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang anak perempuan iaitu Nadine dan Amabel yang masing-masing berusia 16 tahun dan 11 tahun itu memberitahu dia tidak kisah sekiranya mereka mahu menjadi penyanyi sepertinya.

Menurut Ruth, dia mulanya tidak menyangka kedua-dua anaknya itu mempunyai bakat menyanyi sehinggalah mereka muncul sebagai pemenang dalam sebuah pertandingan nyanyian baru-baru ini.

"Saya langsung tidak pernah memaksa anak-anak untuk mengikut jejak langkah saya menjadi penyanyi. Buat masa ini saya hanya membenarkan Nadine untuk menjadi penyanyi memandangkan usianya yang semakin meningkat dan pada tahun hadapan dia akan mula merakamkan lagu.

"Cuma saya sentiasa menasihati Nadine supaya menjadi dirinya sendiri kalau mahu berkecimpung dalam bidang ini dan bukan disebabkan ibunya adalah penyanyi terkenal. Sebagai ibu, saya tetap menyokongnya seperti apa yang pernah saya kecapi dahulu," ujarnya.

Kenangan terindah

Pada 17 Disember ini, penyanyi ini bakal mengadakan konsert sulungnya yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dianjurkan oleh A'Acaralis Kuala Lumpur.

Ujar Ruth, dia mengakui sangat teruja serta tidak sabar untuk menghiburkan peminat-peminatnya di Malaysia dan akan memastikan konsertnya itu bakal memberikan satu kenangan yang paling indah buat mereka.

"Sebelum ini saya seringkali membuat persembahan di sini dan menganggap Malaysia sebagai rumah kedua saya. Namun, selepas 25 tahun barulah saya berkesempatan untuk mengadakan sebuah konsert solo di sini.

"Lagipun konsert ini adalah sebagai membalas pertanyaan peminat yang sering bertanyakan tentang bila saya akan mengadakan konsert di negara ini. Malah, ia adalah sebahagian daripada siri jelajah konsert saya yang bermula sejak tahun lalu," ujarnya.

Tambahnya, sewaktu konsert berkenaan dia akan menyampaikan sebanyak 30 buah lagu termasuk solo dan medley. Malah, terdapat beberapa kejutan yang akan dilakukan semasa konsert berlangsung.

Lebih istimewa lagi, penyanyi versatil iaitu Datuk Khatijah Ibrahim akan membuat penampilan istimewa dengan menyanyikan tiga buah lagu serta sebuah lagu duet bersamanya nanti.

"Saya anggap dengan persetujuan Kak Kathy yang akan tampil pada konsert saya itu adalah sebagai satu penghormatan yang cukup besar memandangkan beliau adalah seorang penyanyi Malaysia yang cukup saya kagumi," jelasnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert tersebut yang berharga RM1,500, RM788, RM588, RM388 dan RM128 masih boleh diperolehi di beberapa cawangan Rock Corner seperti Subang Parade, Mid Valley, KLCC, The Curve dan Khatijah Restaurant Petaling Jaya serta menghubungi talian 03-79576088 atau laman web www.ilassotickets.com.

Full content generated by Get Full RSS.

Hadiah Krismas anak Bullock

Posted:

Hadiah Krismas anak Bullock

Hadiah Krismas anak Bullock


SANDRA BULLOCK tidak kisah dikecam sebagai ibu yang teruk.


MENJELANG perayaan Krismas pada 25 Disember ini, artis Hollywood sibuk membuat persiapan termasuk membeli hadiah untuk ahli keluarga dan sahabat handai. Bagaimanapun hal itu seperti tidak terjadi buat aktres Sandra Bullock.

Bullock dalam satu temu bual bersama Access Hollywood secara berjenaka memberitahu, dia tidak membeli apa-apa hadiah buat anaknya yang kini hampir berusia dua tahun, Louis.

"Apabila kita kurang memberi, mereka akan lebih kurang membuat jangkaan. Jadi apabila saya tidak memberi dia apa-apa, dia tidak punya jangkaan hadiah untuk tahun hadapan," ujar akstres berusia 47 tahun itu.

Tambahnya, dia tidak kisah jika apabila anaknya membesar, dia akan dikecam kerana kedekut atau memanggil dia sebagai ibu yang teruk.

"Saya akan jawab kepada semua soalannya dengan berkata selama ini saya telah memberi kehidupan yang mewah buat anda, jadi mengapa peduli tentang hadiah Krismas?," katanya lagi sambil ketawa.

Ironi daripada kenyataan pemenang Oscar itu, dia baru-baru ini telah berbelanja mewah untuk Louis. Bullock dikatakan telah memberi 'permainan' dari Andy Warhol yang merupakan lukisan karya artis Patrick Roberts dengan setiap satu bernilai AS$14,000 (RM45,000).

Full content generated by Get Full RSS.