Adsense

Ahad, 18 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


Kutipan Filem Ombak Rindu Mencecah RM10 Juta

Posted: 17 Dec 2011 09:31 PM PST

Kutipan filem Ombak Rindu kini menuju ambang kemasyuran kerana mungkin menjadi salah satu filem melayu yang memecah panggung diseluruh negara. Sekaligus rekod kutipan tertinggi, ini kerana setelah 17 hari ditayangkan kutipan filem ini telah mencapai RM10 juta.

Jika ikutkan peraturan wajib tayang filem ini sudah tidak sepatutnya berada dipawagam, namun kerana permintaan oleh peminat dan mungkin pemilik pawagam merasakan filem ini masih ramai yang ingin menyaksikan ia telah dilanjutkan 2 minggu lagi.

Fenomena FILEM yang dihasilkan daripada adaptasi novel semakin menjadi perhatian, jika sebelum ini penerbit Tarantella telah menerbitkan filem Lagenda Budak Setan dan yang terbaru Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah.



Mungkinkah selepas ini penerbit dan pengarah akan menggunakan platform novel sebagai jalan cerita ?.Bagi ZoOm Novel yang dihasilkan mempunyai daya kreativiti tersendiri kerana ia mungkin dihasilkan hasil daripada pengalaman yang sudah tentu memastkan plot penceritaan berjalan dengan baik dan lancar serta menepati citarasa penonton dan pembaca diluar sana.

Apa yang anda perasaan dan sedia maklum penerbit,crew ,pelakon dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam penerbitan filem "Ombak Rindu" sudah pasti tersenyum menyaksikan penat lelah mereka dibalas dengan kepercayaan penonton diluar sana.

ZoOM : Bagi anda yang sudah menonton filem ini, mari kita bercerita mengenai Ombak Rindu.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!