Adsense

Sabtu, 12 November 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) Along Raja Lawak & Zila Selamat Terima Kehadiran Baby Boy

Posted: 12 Nov 2011 05:48 PM PST

GAMBAR ANAK ALONG RAJA LAWAK DAN ZILA

Tahniah kami ucapkan kepada Along (Raja Lawak) dan Zila diatas kelahiran anak pertama beberapa hari lalu. Untuk info, anak pertama Along dan Zila berjantina lelaki dan diberi nama Ahmad Danial. Jangan tak tahu, nama Ahmad Danial tu adalah nama yang dicadangkan oleh Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, pakar motivasi yang dikenali ramai.

Tahniah sekali lagi dan semoga baby sihat sahaja hendaknya.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Hattan Tamatkan Zaman Duda, Kini Bergelar Suami Semula

Posted: 12 Nov 2011 01:58 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN HATTAN

Takde angin takde ribut, tup-tup kami menerima perkhabaran gembira yang mengatakan bahawa Hattan, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Rendang Tak Berbuah sudah bergelar suami semula semalam (11 November 2011) setelah menduda hampir enam tahun.

Hattan sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang dibuat selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Majlis tersebut dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat handai.

Walau bagaimanapun, Hattan belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang berusia awal 30-an itu kepada umum. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Hattan dan selamat berbahagia. Kami doakan semoga perkahwinan kali ini berkekalan buat selama-lamanya.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.