Adsense

Rabu, 30 November 2011

Sensasi

Sensasi


Memey Lega dan Puas dapat Bermanja dengan Norman

Posted: 30 Nov 2011 01:51 PM PST


"Alhamdulilah, terus-terang kini saya rasa sangat tenang dan bebas dengan kehidupan saya. Lega dan puas rasanya bila dapat bermesra dan bermanja dengan Norman dengan tenang.

"Saya sudah tidak perlu memikirkan apa orang mahu cakap tentang diri saya kerana kami kini sudah sah sebagai suami isteri.

"Malah, saya kini menjalani kehidupan biasa sebagai seorang isteri seperti memasak untuk suami dan juga menguruskan hal rumahtangga," katanya yang ditemui selepas pelancaran Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, petang semalam.

Sungguh pun begitu kebahagiaan sebenar berumahtangga belum dapat dikecapai sepenuhnya, apabila dia dan suami sudah pun terpaksa berjauhan selama sebulan kerana Memey menjalani penggambaran dua drama bersiri iaitu Layar Impian dan Bila Waktu Menjemputmu untuk RTM di Semporna, Sabah.

"Mungkin inilah pengorbanan saya untuk mencari rezeki. Bayangkan saya hanya cuti kahwin selama seminggu sebelum menjalani penggambaran drama TV3, Nilapura di Ipoh.

"Selepas tamat sahaja penggambaran Nilapura, saya terus sambung penggambaran di Semporna iaitu sejak 2 November lalu.

"Jika nak ikutkan, inilah kali pertama saya berjauhan dengan Norman dalam jangka masa yang agak lama. Sebelum kahwin pun, kami tak pernah berjauhan seperti ini.

"Pada mulanya, dia agak keberatan untuk melepaskan saya, namun saya sendiri yang terlalu mahu jayakan drama ini. Lepas lama dipujuk, akhirnya dia benarkan juga saya pergi," jelasnya.

Namun begitu, Memey akui pada awalnya dia tidak dapat menahan sedih apabila terpaksa berjauhan dalam jangaka masa yang lama.

"Saya sedih hingga menangis pada mulanya untuk membiasakan diri bila berjauhan dengannya. Masuk minggu kedua baru saya boleh biasakan diri dan cuba menyibukkan diri dengan kerja di sana.

"Dalam masa yang sama juga, saya kasihan padanya yang terpaksa bersendiri kerana tiada siapa yang hendak uruskan makan pakainya.

"Namun, saya beryukur kerana dia sangat memahami kerja saya," luahnya.

Memey yang bakal menamatkan penggambarannya di Semporna pada 5 Disember ini mengakui dia kini merancang untuk menimang cahaya mata tahun hadapan.

"Kami memang merancang. Mungkin dalam setahun dua, tapi bukan dalam masa terdekat ini. Namun semua itu bergantung kepada rezeki Tuhan," katanya.

Johan Sedih Ozlyn Keguguran kali Kedua

Posted: 30 Nov 2011 01:54 PM PST

"Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali Ozlynn mengalami keguguran kerana terlalu aktif membuat senaman di gim. Masa pertama kali gugur saya masih boleh terima tetapi bila masuk dua kali gugur saya jadi kecewa dan sedih.

JOHAN memiliki alasan tersendiri kenapa dia enggan bercakap banyak tentang kontroversi yang melanda dirinya dan Ogy.

"Sudah tentu saya sangat sedih sebab memang impian saya ingin memiliki anak yang ramai seperti adik beradik saya," kata Johan yang memiliki 12 orang adik-beradik.

Menurut Johan, selepas pulang daripada melakukan aktiviti di gimnasium, Ozlynn mengalami pendarahan yang banyak dan daripada situ baru dia mendapat tahu isterinya hamil dan mengalami keguguran.

Memang dia dan Ozlynn tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata.

Namun, Johan percaya segala yang berlaku ada hikmat di sebaliknya. Baginya, mungkin belum rezeki dia dan Ozlynn menimang cahaya mata selepas memperoleh anak pertama, Ahmad Sodiq Hainana, 2. Apa yang penting buat masa sekarang kata pemenang tempat kedua Maharaja Lawak itu adalah sabar dan berusaha untuk memperoleh cahaya mata lagi.

"Anak adalah harta yang paling berharga. Namun, saya percaya belum ada rezeki untuk kami tambah cahaya mata," katanya

Video Johan dan Ozlyn dalam Serasi Bersama



Demi moore sudah ada Kekasih Baru?

Posted: 30 Nov 2011 01:26 PM PST

Setelah mengumumkan kepada media mengenai penceraiannya dengan aktor Ashton Kutcher, pelakon Demi Moore dilihat sudah mempunyai pengganti.

Menurut laporan daripada ShowBizSpy, Demi dilihat keluar makan malam dengan seorang lelaki yang tidak dikenali di Tower Bar pada Sabtu lalu.

Sumber memberitahu Demi kelihatan cantik dan tidak langsung cuba menyorokkan pertemuan itu daripada paparazzi yang mengekorinya ketika itu.

"Demi kelihatan sangat cantik pada malam itu dan pasangan itu dilihat berbual mesra tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka berpacaran atau pun tidak," ujar sumber itu.

Sementara itu, beberapa berita melaporkan keretakan rumah tangga pasangan itu sudah lama berlaku dan Ashton ingin meninggalkan isterinya itu tetapi menunggu Demi yang berbuat demikian.

"Ashton memang sudah bersedia mengakhiri perkahwinan mereka tetapi dia mahu Demi yang menceraikannya. Dia sangat mencintai Demi tetapi dia tidak lagi boleh tinggal bersama isterinya itu," kata sumber itu lagi.

Gambar-gambar perkahwinan Vanessa Chong(kakak Vince) dan Moots (Pop shuvits)

Posted: 30 Nov 2011 01:24 PM PST

kakak kepada Penyanyi AF iaitu Vanessa Chong telah berkahwin dengan kekasihnya Moots dari kumpulan pop Shuvits baru-baru ini.

Upacara perkahwinan tradisional India diadakan di Dewan Kalamandabam di Brickfields dan perkahwinan Kristian yang diadakan di Baliyang dimeriahkan lagi dengan jemputan dari pelbagai negara UK, Jerman, Australia, Hong Kong, Thailand, Jepun, Filipina dan Singapura.











































Johan enggan mengulas lanjut hal Saman Ogy terhadapnya

Posted: 30 Nov 2011 01:59 PM PST


Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.

Ogy dalam dakwaannya menerusi sebuah akhbar sebelum ini menegaskan Johan sememangnya kurang ajar, bukan setakat bakat dirinya malah arwah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan sesuka hati.

Namun kata Ogy, apa yang paling dia terkilan apabila Johan boleh mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad!


Johan mengakui terkejut dan hanya mengetahui perkara saman itu melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara itu baru-baru ini.

Malah, dia tidak menyangka tentang isu tersebut kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM 24 tamat jika kata-katanya ada mengguris hati Ogy.

Bagaimanapun Johan enggan mengulas lanjut mengenai hal saman itu selagi surat saman tersebut tidak sampai kepadanya.

"Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.

"Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.

"Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan bercakap mengenainya kepada semua," tegas Johan.

Anang Lamar Ashanty Atas Kapal Beijing

Posted: 30 Nov 2011 12:57 PM PST



Anang (gambar) membuat kejutan istimewa kepada kekasihnya Ashanty (gambar) dengan membuat lamaran ketika mereka sama-sama bercuti di Beijing, China yang turut disertai oleh anak Anang iaitu Aurelle dan Azriel.

"Waktu itu saya sedang berbual dengan Aurelle dan tiba-tiba dia (Anang) datang dan menghadiahkan cincin kepada saya," kata Ashanty dengan penuh semangat.

Menurut Ashanty, kejutan itu bukan sahaja membuatkan dirinya merasa bahagia malah Anang juga memberikan cincin itu di atas kapal yang lebih menimbulkan suasana romantik.

"Sudah pasti saya merasa gembira kerana dia mengotakan janjinya untuk mengahwini saya dan akhirnya ada juga seseorang yang akan melindungi saya setiap hari nanti," katanya lagi.

Segala persiapan perkahwinan sudah dilakukan dan tambah Ashanty, mereka hanya menunggu waktu yang sesuai untuk Anang datang ke rumahnya dan bertemu dengan keluarga besar Ashanty.