Adsense

Rabu, 30 November 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Keluar Dengan ‘Teman Baru’, Demi Moore Mulai Tunjuk Taring

Posted: 29 Nov 2011 08:00 PM PST

Setelah mengumumkan perpisahannya  dengan Ashton Kutcher baru-baru ini, Demi Moore nampak gayanya sudah bersedia mengorak langkah menjadi 'janda hot' buruan  Hollywood apabila dikatakan sudah berani keluar dengan jejaka baru.

Menurut maklumat yang diperolehi dari ShowBizSpy, Demi dilihat keluar makan malam dengan seorang lelaki misteri pada Sabtu lalu di sebuah restoran eksklusif, Tower Bar.

"Demi kelihatan sangat cantik ketika dan tidak seperti seorang yang cuba menyembunyikan dirinya dari media meskipun ketika ini sudah tentu media akan memburunya gara-gara perpisahannya dengan Ashton. Demi kelihatan seakan sudah bersedia jadi perhatian,"

"Dia dan pasangannya dilihat sedang berbual mesra namun tidak juga dilihat seperti sedang bercinta," ujar sumber yang berada di tempat kejadian pada hari tersebut.

Beberapa laporan terkini menyatakan keretakan rumah tangga Demi dan Ashton sebenarnya terjadi sudah sekian lama.

Salah satu sumber menyatakan bahawa Ashton sudah lama memasang niat untuk berpisah dengan Demi namun menanti biar Demi yang mengakhiri perhubungan tersebut.

"Ashton memang sudah bersedia mengakhiri hubungan tersebut sedari dulu lagi. Dia sayangkan Demi tapi tidak boleh hidup bersama lagi,"

"Jika soal perbezaan umur yang jadi ukuran, ianya salah Demi bukan Ashton. Persoalan demi persoalan dan keraguan berterusan dari Demi membuatkan Ashton menyampah," ujar teman terdekat pasangan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Merajuk Dengan Industri Muzik Malaysia, Bunkface Berhijrah Ke Jakarta?

Posted: 29 Nov 2011 05:52 PM PST

Nama mereka jadi sebutan ramai suatu ketika dulu, tapi entah di mana silapnya akhir-akhir ini seakan jarang yang memperkatakan tentang mereka, bahkan kelibat mereka bagai sudah jarang menghiasi acara-acara hiburan tanah air.

Terbaru, band trio anak muda,Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk dikatakan sudah bersiap sedia untuk berhijrah ke negara seberang selepas menerima respon positif daripada beberapa syarikat rakaman sepanjang persembahan selama lima hari di Jakarta.

Ura-ura mengatakan, keputusan tiga anak muda ini berhijrah diambil gara-gara merajuk dan kecewa dengan industri muzik Malaysia?

"Ya kami akan menetap di Jakarta tahun hadapan. Bukanlah berpindah terus sebaliknya menetap sementara. Kami akan mengadakan konsert jelajah Indonesia tahun hadapan. Apabila terlibat dengan konsert besar sudah pasti kami perlu tinggalkan Malaysia,"

"Indonesia sebuah negara yang besar, jadi konsert jelajah pasti mengambil tempoh masa yang agak lama,"ujar Paan dipetik daripada laman hiburan Gua.

Paan turut memaklumkan bahawa Bunkface sedang mempertimbangkan beberapa tawaran kontrak dari tiga syarikat rakaman di Jakarta.

"Ada beberapa wakil syarikat rakaman yang datang dan mereka menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kami. Kami masih belummemberikan sebarang kata putus kerana mahu memilih yang terbaik," jelas Youk pula.

Ketika ditanya adakah aktiviti seni mereka yang kini lebih rancak di negara seberang yang boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk berhijrah ke sana disebabkan merajuk dengan indusri tanah air, Paan mengakui terdetik sedetik kekecewaan namun ia bukan faktor utama.

"Melihat pada fenomena industri muzik negara sekarang ini, kami berasa sedikit kecewa. Kami tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada penggiat muzik. Ada stesen radio yang tidak mahu putarkan lagu kami. Paling mengecewakan apabila single teerbaru kami, 'Panik' diharamkan oleh semua stesen radio milik kerajaan kerana lirik lagu itu mengandungi perkataan 'reformasi' yang dianggap sebagai lagu pro-pembangkang. Padahal, tidak sama sekali," ujar Paan lagi.

Kredit foto: Terima Kasih Khairul Izwan (http://www.flickr.com/photos/mynameiseone)

Full content generated by Get Full RSS.