Adsense

Selasa, 22 November 2011

Sensasi

Sensasi


11 Perkara menarik yang berlaku di FFM24 yang mungkin anda tak tahu

Posted: 22 Nov 2011 09:51 AM PST

Selesai sudah Majlis FFM ke 24..sekarang adalah masa untuk kita bergossip tentang apa yang berlaku disebalik/ketika berlangsungnya Majlis yang gilang gemilang itu.


1. Sebelum siaran langsung bermula, FFM24 dimeriahkan dengan acara karpet merah yang dihoskan oleh Reza Mohamed, Didie Alias dan Aril AF7.

2. Namun kemeriahan di acara karpet merah terbantut apabila anggota RELA yang ditugaskan mengawal keadaan menghalau pihak media yang menjalankan tugas ketika itu. Alasan mereka ialah pihak media tidak memakai pas sedangkan semasa pendaftaran dilakukan, tiada pas media diberikan oleh pihak penganjur.

3. Beberapa orang artis wanita yang memakai gaun labuh meleret hampir terjatuh ketika berjalan di acara karpet merah apabila kain mereka dipijak oleh orang belakang.

4. Salih Yaacob yang segak memakai sut dilihat hadir bersama isteri mudanya yang hanya memakai jeans dan T-shirt.

5. Karpet merah FFM24 dihangatkan lagi dengan kehadiran pasangan bercinta iaitu Yusry dan Lisa Surihani, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, Intan Ladyana dan Kamal Adli serta Sherlie Merlis dan Ash.

6. Ketika iklan, penonton di Dewan Plenary PICC disajikan dengan video filem-filem terbaru yang bakal ditayangkan pada bulan November dan Disember ini antaranya Aku Bukan Tomboy, Misteri Jalan Lama dan Songlap.

7. Pelakon Enot hadir ke majlis tersebut bukan sebagai pelakon tetapi sebagai Pembantu Peribadi (PA) kepada Didie Alias. GUA agak kesian melihat keadaannya itu yang agak pucat dan muram di mana beliau berdiri di tepi karpet merah berseorangan sambil memegang beg dan air untuk Didie.

8. Acara FFM24 suram kerana jemputan di dalam dewan tidak bersemangat untuk menepuk tangan.

9. Pelakon Shofi Jikan memberikan 'standing ovation' selepas pengacara majlis, Johan Raja Lawak selesai membuat persembahan pembukaan dengan lagu 'Serambi Filem'.

10. Sidang media hanya dibuat selepas sejam majlis anugerah selesai. Ketika itu, semua media yang sedang berada di luar sudah hampir selesai menemubual pemenang. Ekoran itu, penganjur terpaksa memanggil media beberapa kali kerana tiada media yang ada pada sidang media tersebut.

11. Gelagat hos majlis tersebut iaitu Johan dan Fauziah Datuk Ahmad Daud benar-benar menjengkelkan. Majlis anugerah tersebut adalah untuk meraikan pemenang bukannya untuk lebih menyerlahkan diri dengan kenyataan-kenyataan seperti "Saya pemenang dua kali berturut-turut", "Datuk Rahim Razali ialah abang saya..." dan sebagainya.

Gambar wajah Suami Syella,walaupun tua tapi hensem jugak

Posted: 22 Nov 2011 09:49 AM PST

Sebelum nie gambar Suami Syella amat dirahsiakan untuk menjaga hati pelbagai pihak,namun apa boleh buat..hanya melalui klik klik dan klik sudah tersebar jua..huhu..

Tapi boleh tahan jugak suami Syella nie walaupun tua tapi ada rupa jugak... Mcm Dato Siti dan Dato K, Datin Paduka Ummi dan Dato Paduka Khairuddin dan ada lagi adui Sensasi terlupa lah pulak..

Suami Syella nie ada iras-iras mcm PM kita..tp memang bukan PM lah..PM kite rambut dah putih sume..

Penulis novel Ombak Rindu tidak berpuas hati dengan Filem tersebut

Posted: 22 Nov 2011 09:31 AM PST

Sensasi memang minat betul dengan Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari..

Al-kisahnya dulu sensasi zaman sekolah,beli majalah remaja,di ruangan Novel (bersiri) Novel Ombak Rindu dipaparkan ..pada setiap keluaran majalah Remaja akan ada sambungan..masa tue sensasi tak tahu Novel tue boleh beli je kat kedai..ingatkan memang khas utk majalah remaja...


Memang starting pun dah best sampaikan sensasi tak miss beli majalah Remaja semata-mata nak baca Novel Ombak rindu..beli je magazine terus bukak ruangan Novel...Syiok woo..

Khatam sudah Novel Ombak rindu yang mengambil masa lama nak habis menerusi majalah Remaja...tetiba satu hari kat skolah,member bwk Novel tajuknya Ombak Rindu...okey teruja skjp..terus mintak pinjam,lagipun kwn baik sensasi yg punyer..Baca Novel nie memang syahdu giler siap nanges2..


Selain Ombak Rindu ,Novel yang legend ialah Novel Lagenda Budak Setan,Kau Untukku..dan ermm...mostly sensasi baca dulu Novel2 Ahadiat akashah, Fauziah dan...arghh lupa lah nama pengarang...Disebabkan minat sgt baca Novel,sensasi pernah bercita2 nak buat sebuah Novel..memang sensasi dah tulis berjela2 panjangnya...hehe menarik ,cuma tak dipublish je sebab tak hantar pegi mana-mana publisher..saje sukex2.. Lol..

Sebagai pembaca novel karya2 unggul mereka ini,Sensasi agak particular dgn detail filem tue,mcm filem lagenda budak setan memang sensasi terkuciwa dgn jalan citer yg byk x memaparkan kisah sbnr dan detail dlm Novel..Hopefully filem Ombak Rindu nie tak begitu mengecewakan lah hendaknyer...


Tapi baru-baru nie semasa pelancaran Filem Ombak Rindu,penulis Novel menyuarakan ketidak puasan hati terhadap Filem tersebut...apekah? oh nooo... Whatever it is..i must go and watch juagk2 filem nie..


Komen Penulis Novel Ombak Rindu-Fauziah Ashari


Penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari tidak berpuas hati selepas menonton filem bertajuk sama yang diadaptasi dari novel nukilannya. Penulis novel tersebut bagaimana pun mengakui agak sukar untuk membandingkan novelnya dengan filem tersebut.

"Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan filem ini. Memang agak sukar untuk menilai dan membandingkan dengan novel. Apabila kita membaca novel yang mengambil masa 5 jam, tentu sekali apabila ke medium filem ia hanya menjadi 2 jam. Saya melihat terlalu banyak campurtangan di antara pengarah dan penerbit."

Namun demikian, Fauziah akui ia adalah hak untuk membikin filem untuk berkarya dan berharap penulis novel sepertinya diberikan peluang untuk melibatkan diri dari peringkat awal.

"Namun saya berfikiran terbuka. Ia adalah hak untuk pengkarya untuk berkarya. Cuma saya berharap di masa akan datang sekiranya ada lagi peluang sebegini, pihak penerbit akan meringankan mulut mereka untuk menjemput penulis melibatkan diri sekurang-kurangnya sebagai penasihat skrip dan dialog."

Novel setebal 563 mukasurat dan telah diulang cetak sebanyak 21 kali itu diadaptasi ke layar perak oleh Osman Ali dan Armantono.

Pengarah yang baru-baru ini menggondol anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin menerusi filem Cun! enggan memberikan komen lanjut tetapi menerima komen penulis novel tersebut dengan terbuka.

Tayangan perdana filem Ombak Rindu berlangsung di GSC Mid Valley pagi semalam. Turut hadir menyaksikan filem tersebut ialah para pelakon filem itu antaranya Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi.

Gambar Terbaru Keluarga Faizal Hussein bersama Isterinya Suhaila dan 2 anak

Posted: 22 Nov 2011 09:13 AM PST

Comel-comelnyerr anak Faizal Hussein nie kan...Happy family..

Temubual bersama Afdlin Shauki bersama Hans Isaac tentang Filem Fantasy "Misteri Jalan Lama'

Posted: 22 Nov 2011 09:11 AM PST




Boleh Hans ceritakan sedikit watak anda dalam Misteri Jalan Lama?
Hans:
Saya memegang watak sebagai Indra, abang kepada Ilya lakonan Que. Watak dalam filem ini berkait rapat dengan diri saya sebab saya pun keras kepala juga. Indra seorang abang yang negatif di mana dia kecewa dan kecil hati dengan bapanya.

Cabaran yang anda berdua lalui sepangjang penggambaran Misteri Jalan Lama?
Afdlin:
Bagi saya cabarannya adalah waktu pengagambaran saya telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari. Kebetulan waktu itu tengah penggambaran babak besar. Tapi saya bersyukur kerana Hans mengambil alih tugasan saya dan menolong saya mengarah untuk babak tersebut.

Hans: Cabaran saya adalah ketika mengambil alih tugas Afdlin. Waktu itu saya baru mula untuk mengarah tapi saya cuba buat yang terbaik. Setiap kali lepas habis penggambaran saya akan ke hospital dan tunjuk pada Afdlin okey atau tidak hasil kerja saya. Saya takut apa yang dia nak, saya tak dapat bagi.
Selain itu, 2 bulan setengah saya tak boleh cukur jambang. Saya juga kena minum banyak air untuk memboyotkan perut dan membesarkan badan.

Apa yang membuatkan Afdlin untuk membuat filem Misteri Jalan Lama kerana sebelum ini Afdlin sememangnya terkenal dengan filem bergenre komedi dan kekeluargaan?
Afdlin:
Saya memang minat dengan filem-filem yang bergenre fantasi dan saya dibesarkan dengan cerita-cerita fantasi. Sebenarnya saya memang idamkan untuk membuat sebuah filem yang bergenre fantasi. Dalam filem ini juga saya ada menyelitkan elemen – elemen komedi dan kekeluargaan tapi lebih fokus pada perhubungan antara adik-beradik.

Boleh ceritakan kerjasama Hans dan Que sepanjang penggambaran?
Hans: Kerjasama dengan Que okey cuma kadang-kadang dia hilang fokus. Pada hari yang saya mengarah saya perlu memberitahu kepada dia bahawa dia kena fokus kerana filem ini bukan untuk dia tapi untuk semua yang terlibat. Que merupakan seorang pelakon yang bagus.

Apa komen Hans dan Afdlin tentang ketidakhadiran Que pada malam tayangan ini dan hasil kerja Que dalam Misteri Jalan Lama?
Afdlin: Sebagai pelakon, dia dah lakukan kerja yang baik, jadi saya tak akan memberi komen negatif pasal dia. Lagipun, saya tak rasa apa-apa tentang ketiadaannya di sini. Saya tak ada masalah dengan dia sebab saya suka bekerja dengan pelakon yang bagus. Saya sendiri melabelkan dia sebagai pelakon yang bagus di Malaysia. Saya sayang dia sebagai seorang pelakon, tapi jika dia sendiri tidak mahu, kita tak boleh nak buat apa-apa. Apa yang penting, filem saya dah jadi. Terima kasih kepada pelakon lain yang datang.

Hans: Que telah melakukan kerjanya sebagai seorang pelakon dengan baik dalam filem ini. Cuma saya kecewa dengan dia kerana tidak mahu belakon lagi kerana dia seorang pelakon yang bagus.

Kenapa filem ini mengambil masa yang lama untuk di keluarkan?
Afdlin:
Filem ini mengambil masa yang lama kerana terdapat babak yang memerlukan CGI. Untuk melakukan CGI agak susah dan dan mengambil masa yang panjang.
Harapan untuk Misteri Jalan Lama?
Afdlin:
Saya harap filem ini akan Berjaya dan mendapat sambutan. Filem ini sangat penting dalam kerjaya saya sebagai seorang pengarah kerana ini merupakan filem serius pertama saya.
Hans: Sama macam Afdlin juga, saya berharap filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan. Filem ini adalah sebuah filem yang menarik dan bagus.
Terima Kasih Hans dan Afdlin?
Hans dan Afdlin: Sama-sama.

Sahabat baik. Hans Isaac & Afdlin Shauki


Full Movie : Lagenda Budak Setan

Posted: 22 Nov 2011 08:55 AM PST