Adsense

Selasa, 22 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Siti Nurhaliza di Premium Lounge LCCT Sepang

Posted: 22 Nov 2011 08:23 AM PST

Gambar Siti Nurhaliza di Premium Lounge LCCT Sepang

Korang pernah beli premium seat AirAsia X tak? Kepada yang selalu beli, pasti tak asing dengan Plaza Premium Lounge AirAsia X ni. Tapi bagi Budiey, ini kali pertama dapat jejak kaki di Premium Lounge. Maklumlah, tiket premium seat ni bukannya murah. Tapi dengarnya, AirAsia X nanti akan buat promosi harga untuk tiket premium seat serendah RM899 sahaja untuk ke Korea. Itu dengar ura-ura, belum pasti lagi kompem ke tak.

Dato' Siti Nurhaliza tiba di LCCT Sepang dari Marriot Putrajaya berasingan dengan kami. Yang pasti, suaminya turut menemani dan berada di sisi untuk mengucapkan selamat tinggal.

Lebih kurang 2 jam juga kami berada di Plaza Premium Lounge dan di situ kami menikmati hidangan buffet makan tengahari yang ringkas dan sangat selesa. Minuman dalam tin, buah-buahan dan aiskrim juga ada sebagai pencuci mulut.

Jam 1 tengahari, kami check in dulu bagasi secara grup dengan bantuan AirAsia X yang bertugas menemani kami.

Masa untuk boarding tiba, dan kami diberi peluang untuk masuk lebih awal untuk mengambil gambar Dato' Siti Nurhaliza bersama dengan CEO of AirAsia X, Azran Osman-Rani.

Cuaca di luar basah selepas hujan renyai-renyai turun bagaikan ingin mengucapkan selamat tinggal buat kami.

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Siti Nurhaliza LCCT Sepang AirAsia X

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Dato' Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Trivia: Pelakon Mana Yang Makan Kat LCCT
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Ulasan Filem Real Steel

    Posted: 22 Nov 2011 03:14 AM PST

    ULASAN FILEM REAL STEEL

    Korang pernah tonton filem Rocky tak? Haa, kalau minat tonton filem Rocky, pasti akan minat dengan filem Real Steel arahan Shawn Levy yang mana sebelum ini terkenal dengan filem arahannya Night at the Museum. Garapan skrip & lakon layar dari John Gatins & Dan Gilroy, filem ini mengangkat tema kemanusiaan dan futuristiknya semenangnya sukar untuk dilupakan penonton.

    Membawa taglines Courage is stronger than steel, filem ini begitu mendapat sambutan dari penonton di pawagam. Filem yang berkos 80 juta USD ini berdasarkan pada filem STEEL sebuah filem pendek yang dibuat sekitar tahun 1956.

    Lakonan utama Hugh Jackman, Evangeline Lilly, Dakota Goyo ini menceritakan tentang seorang bekas ahli gusti yang menemui sukan boxing robot di mana ianya satu sukan yang popular di masa depan. Charlie Kenton yang begitu gigih berjuang untuk menjadi juara dalam setiap pertarungan boxing robot. Untuk menjadikan robotnya lebih kuat, Charlie memerlukan wang untuk upgrade robot. Sedangkan, beliau terpaksa menanggung hutang yang banyak. Untuk selesaikan masalah ini, Charlie bersama dengan anaknya yang berusia 11 tahun bernama Max yang dilakonkan oleh Dakota Goyo, di mana dari hasil hubungan yang baik anak dan ayah ini telah menghasilkan sebuah robot yang bersifat kental bernama Atom.

    Berdurasi 127 minit, kebanyakan scene pergaduhan boxing robot dalam filem ini adalah motion-captured yang menggunakan penggusti profesional.

    Pada saya, filem ini boleh dikategori sebagai sebuah filem sains fiksyen fantasy di mana ia menggambarkan pada satu hari nanti macam-macam perkara boleh berlaku termasuklah, manusia tidak lagi menggunakan fizikal untuk bertarung sebaliknya menggunakan robot.

    KEISTIMEWAAN FILEM REAL STEEL

    1. Aksi Robot Animatronic Sangat Bagus
    Robot Animatronic yang ditampilkan dalam filem ini sangat bagus. Robot itu sendiri saya lihat sangat fun dan begitu imaginatif. Perlawanan yang menggunakan robot ini adrenalin yang kita rasakan seperti kita menonton filem Rocky. Walaupun filem ini melibatkan pertarungan robot, tema kemanusiaan masih lagi diterapkan. Di mana ia menerapkan nilai-nilai semangat perjuangan, tak pernah berputus asa. Rekaan atau design robot dalam filem Real Steel menjadi highlight utama. Keupayaan dan pergerakan robot begitu natural dan saya rasa penonton tidak merasakan ianya dihasilkan dari teknik CGI atau motion captured.

    Khususnya, watak robot Atom, sangat unik dan pasti ramai yg kagum melihat watak ini.

    Filem ini mahu memberikan impak pada penonton tentang Artificial Intelligence VS Human Intelligence.

    2. Garapan Plot & Gaya Penceritaan Yang Seronok Untuk Ditonton
    Ada twist dalam filem ni. Jadi, korang yang tonton tu, pasti rasa nak tahu apa yang berlaku. Pasti ada yang tak sangka ada beberapa scene dibuat seolah-olah ingin menguji tahap kesabaran penonton.. Bagi Budiey, story linenya nampak real dan hidup. Semasa menonton filem ini, perasaan anda akan berbaur di mana kita dapat ceria, sedih, ketawa dan macam-macam lagi. Garapan hebat ini begitu bijak meng

    3. Lakonan Yang Mantap
    Gabungan pelakon mantap Hugh Jackman, Evangeline Lilly & Dakota Goyo ini menjadikan filem ini sangat sempurna. Terutamanya watak Dakota Goyo yang membawa watak anak menjadikan filem ini begitu sukses. Penonton akan rasa watak pertalian antara bapa dan anak begitu dekat dengan mereka. Saya boleh lihat chemistry atau keserasian yang ditunjukkan oleh Hugh Jackman dan Dakota Goyo. Terutama sekali, Dakota yang saya rasa berbakat besar untuk membawakan watak ini secara natural

    Oh ya, tak lupa dengan penataan muzik dan juga muzik score juga saya rasa agak kemas untuk filem ini. Predictable? Ya, ia kadangkala sangat mudah dijangka apa yang akan berlaku. Penamat Tidak Seperti Yang Kita Gambarkan. Beberapa scene yang ada bahasa-bahasa yang tak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak 10 tahun ke bawah.

    Rating: 4/5 bintang

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lady In The Lake
  • The Real Face of Jesus?
  • Peraduan Menangi Goodie Bag Biography Channel – Sensasi Selebriti
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Ulasan Filem Duyung Terbitan KRU Films
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music
  • Full content generated by Get Full RSS.