Adsense

Ahad, 20 November 2011

Sensasi

Sensasi


Miera Liyana juga meminati Shah Jaszle ketika di bangku sekolah

Posted: 20 Nov 2011 06:51 AM PST

Kalau dahulu Shah Jaszle pernah beritahu media dia begitu meminati Miera Liyana yang sama sekolah dengannya kerana Miera adalah seorang gadis yang matang.Mereka saling mengenali sejak 8 tahun yang lepas,namun Shah Jaszle tak tekel Miera Liyana ketika itu kerana Miera bercinta dengan kwn baik Shah Jaszle. Mereka berdua juga berjiran.

Rupanya dalam diam Miera juga memendam perasaan terhadap seniornya shah Jaszle ketika di bangku sekolah lagi..wahh bahaya gitu minat kwn boyfren sendiri...

Apapun kalau dah jodoh tak kemana..




Miera tidak pernah menyangka akan bersama Shah memandangkan dia pernah meminati pelajar senior itu ketika zaman persekolahan.

"Saya tidak menyangka akan bercinta dengannya. Kami sudah bersama sejak tiga bulan lalu dan segalanya berjalan dengan lancar.

Apabila ditanya apakah tarikan Shah yang membuatkannya jatuh cinta, aktres berusia 18 tahun ini menyangkal dakwaan bahawa dia tertarik kerana fizikal Shah.

"Saya menyukainya bukan kerana fizikal sebaliknya kematangannya yang ada dalam dirinya itu yang membuat saya jatuh hati. Dia adalah seorang lelaki yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya.

"Kami juga ada merancang untuk bertunang tetapi ianya masih awal lagi untuk diperkatakan. Namun saya sudah bersedia untuk berkahwin pada usia yang muda," cerita Miera apabila ditanya perancangan hubungan mereka.

Gambar-gambar pernikahan Zahiril Adzim dengan Sheera Ayob

Posted: 20 Nov 2011 05:49 AM PST

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru yang telah selamat dinikahkan ini...

Dengan sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Aiyob Shaharuddin kira-kira pukul 1.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dengan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang.