Adsense

Rabu, 23 November 2011

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Sedih : Susu Terakhir Buat Si Kecil

Posted: 23 Nov 2011 07:30 AM PST


Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis re...tak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.



Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


ZoOM : Mood - Sedih membaca cerita ini. Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Perkahwinan Syella Kamaruddin Dan Suami Beliau

Posted: 22 Nov 2011 07:00 PM PST

Setelah beberapa hari mencari dan meronda-ronda dilaman blog gossip dan hiburan baru hari ini ZoOm terjumpa gambar perkahwinan Syella dan suami beliau, namun kerana ingin menjaga privacy tuan punya sumber ABANG NARA terpaksa blur. Namun kalau ikutkan sumber sebenar daripada orang lain, nak buat macam mana dah ada trademark.

Nak dipanjangkan cerita, gadis bernama Syella ini menjadi perhatian malahan menjadi TOP 10 dalam search engine di Malaysia dek kerana perkahwinan beliau yang melibatkan RM15 juta tanpa ditaja oleh mana-mana pihak. Disamping itu juga gambar perkahwinan yang menggunakan pakaian yang tidak sepatutnya turut dikomen oleh ramai peminat seni dan masyarakat diluar sana. ZoOm bukan nak mengata tapi sebagai umatnya kita kena peka dan tahu hujung pangkalnya sebelum melakukan sesuatu.


Jika beberapa tahun dulu gadis ini tampil dengan imej simple (gadis melayu), dan berita mengenai beliau pernah menjual nasi lemak bersama keluarga yang besar menjadi perhatian, namun kini sebaliknya berlaku dan terpulanglah anda yang melihatnya untuk menilainya.

Apa-apa pun semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir haya, dan sama-sama kita mendoakan kebahagian beliau kerana kita adalah dalam keluarga yang sama. Insyallah.

Dan berikut beberapa gambar perkahwinan pasangan bahagia ini untuk tatapan anda :





 Gambar Ceria Syella Bersama Suami Tercinta
 Kanak-kanak bawah umur adalah dilarang melihat gambar ini :)
 Wajah pengantin yang menjadi RAJA SEHARI...
 Ketika Majlis Makan2 bersama Keluarga.
Kereta yang menjadi hantaran beliau, bukan mini COOPER tau !!!!

ZoOm : Apa kata anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!