Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Yasmin Hani Dan Sha’arin Selamat Diijabkabulkan

Posted: 21 Oct 2011 05:13 AM PDT

GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson, 32 tahun, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose iaitu Sha'arin Mohammed Razali, 40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, Petaling jaya.

Yasmin Hani dan Sha'arin dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis pernikahan itu, Yasmin Hani menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan senaskah Al-Quran.

GAMBAR PERNIKAHAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan juga senaskah Al-Quran.

Untuk yang masih tak tahu, Sha'arin sudah memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya. Sha'arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama.

Tahniah kami ucapkan kepada Yasmin Hani dan Sha'arin kerana sudah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan semoga ikatan ini berkekalan selamanya. Oh ya, majlis resepsi berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) di lokasi yang sama.

Psstt: Kesian kami nengok mamat ni, menderita dia..

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan