Nuffnang

Harian Metro: Rap

sumber :-

Harian Metro: Rap


Nama tercalar angkara penipu

Posted: 20 Oct 2011 06:08 AM PDT

SELEPAS pelbagai kontroversi menerjah dirinya awal tahun ini, agak lama juga Nur Heliza Helmi mendiamkan diri. Bagaimanapun, wajah manisnya tiba-tiba muncul menjadi pengacara program Man Jadda Wajada di TV AlHijrah (TVAH) untuk 13 episod.

Heliza juga dipilih mengacarakan sesi uji bakat Ustazah Pilihan di Astro Oasis.
Justeru, apakah yang sudah berlaku kepada perniagaan diusahakan gadis ini sehingga akhirnya dia membawa haluan menjadi perantara beberapa program televisyen?


Ditemui pada sesi fotografi bersamanya, baru-baru ini, Heliza memberikan penjelasan. Katanya, perniagaan diusahakan masih lagi beroperasi. Malah,
segala urusan berjalan lancar sebagai pembekal bahan binaan kepada pelanggan.


"Bagaimanapun, pada masa sama rezeki saya nampaknya ada dalam pengacaraan apabila Astro Oasis dan TVAH memberi peluang. Saya hadir pada uji bakat diadakan dan syukur memperolehnya. Selain itu, saya juga terbabit dengan forum dan ceramah.


"Saya suka belajar dan mencuba perkara baru. Ia bukan saja menambah ilmu di dada tetapi turut memberikan banyak pengalaman. Dalam hidup ini, bukan mudah meraih kejayaan sekiranya tiada usaha untuk memajukan diri.

"Apapun, buat masa ini rezeki untuk saya menyinar dalam nyanyian belum lagi terlaksana. Namun, saya tidak berputus asa. Ini kerana saya harus terus berusaha mendapatkan lagu yang sesuai dengan vokal dan ia bukanlah mudah," katanya.

Tidak menaruh sebarang harapan tinggi, Heliza hanya mampu berdoa dan bertawakal kerana yakin ada hikmah di sebaliknya. Katanya, ini perancangan Allah dan sebagai manusia biasa, kekuatan diri sangat penting termasuk sokongan keluarga.

Berbicara lagi mengenai perkembangan dirinya, Heliza berkata, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini yang dipraktikkan golongan muda dengan berniaga secara online, dia juga tidak melepaskan peluang berbuat demikian.

Menerusi blog Heliza Helmi Hijab (HHH), gadis bermata bundar berusia 25 tahun ini menjual aneka jenis tudung dan busana Muslimah manakala Heliza Instant Telekung (HIT) pula menjual pelbagai rekaan telekung terkini pada harga berpatutan.

Menurut Heliza, dia sangat berminat dalam perniagaan. Oleh itu, dia tidak gentar mencuba dan semuanya dilakukan mengikut perancangan. Ujarnya, dalam kehidupan perlukan perancangan bagi memastikan apa saja yang dilakukan mendapat manfaat.

Mengenai bidang lakonan, Heliza yang pernah membintangi filem Syurga Cinta di samping Awal Ashaari berkata, dia sememangnya rindu untuk berlakon.

Jelasnya, tawaran masih diperoleh tetapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan aktiviti seni lain.

Mangsa penyamaran individu tak bertanggungjawab

DI sebalik kecanggihan teknologi maklumat masa kini, ada juga negatifnya. Ini kerana ada pihak sanggup mengambil kesempatan 'menangguk di air keruh' dengan menyamar diri sebagai Heliza. Menerusi laman sosial facebook, Heliza menjadi mangsa.

Penyamar terbabit yang menggunakan namanya membuat onar dengan menipu orang ramai termasuk ahli kelab penyanyi itu. Si penyamar menagih simpati dengan pelbagai masalah yang membabitkan kewangan dan dia memerlukan bantuan.

Sudahlah mengaku diri sebagai Heliza Helmi tetapi nama pemegang akaun dimaklumkan adalah individu lain. Tidak mahu dirinya terus menjadi mangsa, Heliza sudah membuat laporan polis. Liciknya penyamar itu, dia juga mampu meniru suara Heliza.

"Perkara ini baru saja berlaku beberapa bulan lalu dan saya ketahui pun menerusi ahli kelab yang memaklumkannya. Begitu juga panggilan telefon diterima daripada orang ramai yang menjadi mangsa penyamar itu. Justeru, saya membuat laporan polis.

"Nama baik saya bukan saja tercemar tetapi menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan. Oleh itu, saya meminta mereka yang sudah ditipu si penyamar itu supaya tampil membuat laporan polis juga," katanya.

Menurut Heliza, ia penting untuk membersihkan namanya dan menangkap individu terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Katanya, dia sangat kesal dengan apa yang berlaku. Malah, akuinya dia bukan seorang yang suka menagih simpati.

Berbicara soal jodoh, Heliza berkata, biarlah semuanya ditentukan Tuhan.
Ujarnya, kursus perkahwinan pun masih belum diambil memandangkan dia mahu memberi tumpuan pada karier sebelum berumah tangga.

"Sampai waktu, adalah jodoh," katanya.

PROFIL:

NAMA: Nur Heliza Helmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Heliza Helmi
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
STATUS: Bujang
USIA: 25 tahun
KARIER: Ahli perniagaan, Penyanyi, Pengacara, Pelakon & Model
SYARIKAT: Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP)

SINGLE: Antaranya Cinta Di Lautan Lalang, Doa Dalam Lagu (duet dengan Mawi), Warna Sendu Tarian Jiwaku, Selalu Ada, Panggil Namaku

FILEM: Syurga Cinta (2009)
DRAMA: Doa Ibu (2009)

PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat Akademi Fantasia 5, calon Aktres Terbaik
Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), calon Anugerah Pelakon Harapan Wanita FFM22

PROGRAM TV: Ustazah Pilihan, Man Jadda Wajada
MODEL IKLAN: Sunsilk, Garnier
BLOG: Heliza Helmi Hijab (HHH), Heliza Instant Telekung (HIT)

Full content generated by Get Full RSS.

Kutipan KLIP 3GP memberangsangkan

Posted: 20 Oct 2011 05:57 AM PDT

SEJAK mula ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober lalu, filem sensasi KLIP 3GP mencatat kutipan hampir RM1 juta untuk tempoh seminggu.

Filem arahan Aidilfitri Mohd Yunus ini dijangka terus menerima sambutan peminat yang masih belum menyaksikannya.

Jumlah ini dianggap agak baik dan memberangsangkan kerana menampilkan ramai muka baru serta karya pengarah baru melalui Skim Layar Baru yang diperkenalkan Primeworks Studios Sdn Bhd bagi mengetengahkan karyawan seni berbakat.

Pengurus Besar Unit Filem dan Drama Primeworks Studios Sdn Bhd, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem yang dikategorikan dalam bajet rendah ini mencatat kutipan boleh dibanggakan dan satu permulaan yang baik.


"Kami memberi peluang kepada Aidilfitri melalui Skim Layar Baru yang diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pengarah dan pelakon baru mempamerkan bakat masing-masing.


"Skim khas ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengkarya muda mempertaruhkan karya unik mereka. Walaupun wujud beberapa kontroversi membabitkan filem ini, namun perlu saya tekankan di sini bahawa kontroversi itu bukan di kalangan pihak produksi.

"Kami tidak pernah mengharapkan kontroversi. Pada kami kontroversi yang tidak benar bukan satu cara untuk mempromosikan filem," katanya.

Tambahnya, filem ini bukan sekadar ingin menghiburkan, sebaliknya sarat dengan mesej dan pengajaran tersendiri. Menariknya, ia masalah sosial yang benar-benar berlaku dalam kehidupan masyarakat.

"Apa yang kami paparkan adalah realiti sebenar dan kejadian yang ada di sekeliling kita. Mahu atau tidak, itu adalah virus dan masalah yang melanda masyarakat kita sekarang. Justeru, kami cuba tampilkan konsep itu dalam penceritaan lebih realistik supaya penonton dapat memahami dan menerima mesej yang cuba disampaikan.

"Saya bersyukur kerana semua pelakon memberikan lakonan terbaik serta mengikut garis panduan skrip yang kami inginkan. Melihat keseluruhan babak dan plot ceritanya, saya percaya ia sesuatu yang berlainan berbanding filem lain," katanya.

Katanya, mungkin ada segelintir pihak yang menganggap filem ini cuba mempertaruhkan babak seks keterlaluan. Ada pula mempersoalkan mengenai 'tagline' filem itu - Ganas, Gerun & Ghairah. Bagaimanapun kata Tengku Iesta, 'tagline' berkenaan sekadar gimik semata-mata.

"Jika diikutkan, filem ini tidak menampilkan aksi di luar batasan kerana ia berdasarkan ekspresi lakonan dan mimik wajah saja. Filem ini juga melepasi kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) 100 peratus yakni tanpa ada potongan.

"Malah berdasarkan pemerhatian kami, walaupun filem ini dikatakan mencetuskan kontroversi, ia mendapat maklum balas positif daripada penonton kerana temanya sangat relevan dengan kepincangan masyarakat masa kini.

"Bagi yang belum menonton Klip 3GP, jangan lepaskan peluang menontonnya yang kini masuk minggu kedua tayangan," katanya.

KLIP 3GP mengisahkan kegiatan remaja dan anak muda yang menyalahgunakan kecanggihan rakaman video pada telefon bimbit. Ada yang menjadi mangsa rogol
dan tidak ketinggalan kes peras ugut untuk mendapatkan wang. Selain itu, ada pihak yang menjual rakaman video entiti yang dianggap sebagai hantu dan makhluk halus.

Filem ini menampilkan lakonan membanggakan daripada anggota One Nation Emcees, Sabhi Sadhi, Adeline Tsen, Fikhree Bakar, Faralyna Idris dan Zahiril
Adzim.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan