Adsense

Selasa, 18 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Penuh Peserta VOKAL Bukan Sekadar Rupa

Posted: 18 Oct 2011 10:02 PM PDT

HANYA SUARA JADI PENENTU NASIB
5 FINALIS DI TANGAN AZMEER & ERRA!

Apakah satu persamaan ketara yang dikongsi oleh penghibur popular seperti Adibah Noor, Black, Salma dan Ayu? Jawabnya tentulah bakat suara masing-masing yang telah berjaya meletakkan nama mereka setanding dengan penyanyi hebat yang lain! Khusus bagi semua peminat muzik tanahair, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan program realiti terbaru TV3, VOKAL Bukan Sekadar Rupa, kini bersedia untuk membuka tirai konsert mingguan pertamanya dengan penampilan 5 daripada 10 orang finalis yang telah berjaya melayakkan diri ke gelanggang seni VOKAL musim ini.

Program realiti yang menyediakan platform bagi mereka yang mempunyai bakat seni nyanyian tetapi tidak mempunyai pakej artis komersil ini bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.00malam mulai 16 Oktober 2011. Selepas hampir sepuluh minggu bersiaran, pertandingan akhir VOKAL dijadualkan bakal berlangsung pada 25 Disember di mana hanya seorang finalis yang paling layak sahaja akan dinobatkan sebagai juara VOKAL yang julung kalinya diadakan di Malaysia.

Misi pencarian vokal terbaik dimulakan dengan sesi ujibakat yang telah berlangsung di Theatrette, Sri Pentas pada 25 & 26 September dan 1 & 2 Oktober (Sabtu dan Ahad) lalu. Daripada hampir 1,600 calon yang telah hadir ke sesi ujibakat VOKAL, hanya 26 peserta telah disenaraipendek dan layak ke saringan seterusnya yang telah diadakan secara tertutup pada 3 Oktober (Isnin). Sesi yang diadili oleh Ajai (Faizal Maas), Lok-U (Faizal Uzir) ditemani oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) telah mengenal pasti 10 finalis bertuah yang kini bakal berentap di pentas VOKAL.

Kesemua finalis telah dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan pertama terdiri daripada, Asmidar, Epit, Boby, Mafa dan Azmarul manakala Fakhrul, Irsa, Aswad, Boy dan Adeq di dalam kumpulan kedua. Saksikan bagaimana 5 finalis pertama beraksi untuk membuktikan keupayaan vokal masing-masing kepada juri tetap dan juga penkritik tegar program iaitu Azmeer dan Erra Fazira apabila kesemua mereka terpaksa menyanyi di sebalik skrin! Finalis yang kurang menyerlah dan gagal menambat hati Azmeer dan Erra Fazira daripada kedua-dua kumpulan ini akan disingkirkan di konsert mingguan pertama dan kedua.

Bermula dengan finalis yang masih terselamat, proses penyingkiran peserta dengan markah terendah setiap dua minggu akan dijalankan bermula di konsert mingguan ketiga dan seterusnya sehingga hanya tinggal 2 finalis yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pada minggu kesepuluh untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 80,000!

Format permarkahan VOKAL dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 50% daripada juri tetap dan 50% melalui undian SMS bermula minggu ketiga. Juara VOKAL akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan naib juara akan memenangi RM 30,000.

Menariknya, konsert mingguan pertama kali ini turut diserikan dengan kehadiran 2 artis tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang akan menyertai panel juri sebagai juri jemputan dan Black yang akan membuat penampilan istimewa membawakan lagu tema program ini berjudul "Aksi Suara". Konsert mingguan pertama VOKAL dimulakan dengan persembahan daripada Asmidar dengan lagu "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor. Seterusnya, giliran Epiit pula untuk beraksi dengan lagu "Bila Cinta" yang dipopularkan oleh Filianti Vlee.

Boby kemudian menyusul mendendangkan lagu "Selalu Mengalah" (Seventeen) dan diikuti oleh Mafa yang akan tampil di atas pentas dengan lagu kegemaran ramai "Rolling in the Deep" (Adele). Lagu "Sedetik Lebih" (Anuar Zain) pula akan dinyanyikan oleh Azmarul sebagai persembahan penutup tirai. Tanpa melihat wajah dan hanya berpandukan kepada suara nyanyian, finalis manakah yang bakal dihantar pulang kerana gagal menambat hati Azmeer dan Erra? Bagaimana pula nasib finalis yang hanya mendapat satu persetujuan daripada 2 orang juri tetap Vokal? Mampukah Datuk Siti Nurhaliza pula menyelamatkan keadaan?

Produksi VOKAL musim pertama terdiri daripada Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) bertindak sebagai Penerbit. VOKAL menampilkan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara konsert VOKAL dan "Rutin VOKAL".

Menurut Sufian, kewujudan program sebegini sememangnya tepat dengan masa dan keadaan kerana ia merupakan satu platform yang efektif bagi mereka yang berbakat di dalam bidang nyanyian namun tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa dan ketrampilan diri. "TV3 sentiasa berusaha tampil dengan idea baru untuk tontonan semua. VOKAL muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta didahulukan daripada paras rupa. Kami ingin membuktikan bahawa VOKAL mampu mengubah persepsi stereotype masyarakat berdasarkan kemajuan dan pencapaian yang ditunjukkan oleh para finalis selepas menjalani latihan intensif dan pendedahan yang diterima daripada barisan penasihat dan juri tetap selama 10 minggu."

Para finalis juga akan dilengkapkan dengan latihan, bimbingan dan motivasi daripada tenaga pengajar sebagai persediaan awal untuk mengecapi kejayaan di dunia hiburan. Antara barisan penasihat yang turut menjayakan program VOKAL termasuk Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan. Kesemua finalis pula akan ditempatkan di Intekma Resort Shah Alam selaku penginapan rasmi sepanjang program VOKAL musim pertama ini.

Ikuti konsert mingguan VOKAL yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.00malam. Selain itu, program "Rutin VOKAL" yang memaparkan sorotan persediaan serta tugasan yang perlu dijalankan oleh para peserta pula akan disiarkan pada setiap hari Ahad jam 5.00petang. Maklumat terkini serta aktiviti peserta boleh didapati melalui microsite VOKAL di www.tv3.com.my/vokal dan anda juga boleh menonton program ini secara online dengan melayari www.tonton.com.my. Ikuti program-program kegemaran anda menerusi telefon pintar anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my.

Senarai Penuh Peserta VOKAL Bukan Sekadar Rupa

Nama Penuh : Fakhrul Nizam Fauzi
Nama Panggilan : Fakhrul
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Umur : 21 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pemuzik

Nama Penuh : Norhasmidar Ahmad
Nama Panggilan : Asmidar
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 25 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Fazdrul Aswad Fauzi
Nama Panggilan : Aswad
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Umur : 19 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pemuzik

Nama Penuh : Mafarikha Md. Akhir
Nama Panggilan : Mafa
Asal : Perak
Umur : 19 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Airulazwan Abd. Rahman
Nama Panggilan : Boy
Asal : Kulai, Johor
Umur : 22 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Bekerja Sendiri

Nama Penuh : Muhd. Fakhrullah Mohd. Yusoff
Nama Panggilan : Epiit
Asal : Taiping, Perak
Umur : 21 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Irsa Sahabuddin
Nama Panggilan : Irsa
Asal : Sungai Besi, Kuala Lumpur
Umur : 24 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Mohd. Janizam Jamaluddin
Nama Panggilan : Boby
Asal : Sungai Besi, Kuala Lumpur
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Penyelia Pusat Bowling

Nama Penuh : Azmarul Azuan Harun
Nama Panggilan : Azmarul
Asal : Melaka
Umur : 27 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Siti Nur Aishah
Nama Panggilan : Adeq
Asal : Hulu Kelang, Selangor
Umur : 21 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pereka Grafik dan Penyanyi Sambilan

Penerbit Eksekutif : Muhamad Sufian Che Isa

Penerbit : Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam)
Pengacara Konsert & Rutin VOKAL : Faizal Ismail (FBI)
Pengarah Muzik & Penasihat Vokal : Faizal Uzir (Lok-U)
Penasihat Persembahan : Adzwa
Pakar Motivasi : Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi)
Jurulatih Kecergasan & Kesihatan : Simran Latif
Juri Tetap : Azmeer & Erra Fazira

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa
  • Finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa Minggu Kedua
  • Vokal Bukan Sekadar Rupa TV3
  • Sidang Media Vokal Bukan Sekadar Rupa
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Ziana Zain Tetamu My Starz LG
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Trivia: Rambut Ikal Perang Siapa Ni?
  • Senarai Nama 12 Finalis Raja Lawak Musim 5
  • One In A Million Musim Baru Kini Dah Tiba
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Zee Avi Homecoming Tour 2011

    Posted: 18 Oct 2011 09:23 PM PDT

    Zee Avi Homecoming Tour 2011

    Zee Avi adalah artis Malaysia yang paling berjaya di persada seni antarabangsa kini kembail ke tanah air untuk membuat persembahan eksklusif selama tiga malam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang & negeri kelahiran Zee Avi iaitu Kuching Sarawak. Di samping itu mempromosikan album ke-dua Zee Avi bertajuk GHOSTBIRD.

    Kisah karier seni Zee Avi memang menarik untuk diperkatakan dan sememangnya tuah merupakan salah satu aspek dalam penentu kejayaan seseorang artis itu. Tidak disangka, pada September 2007, hanya dengan sebuah rakaman untuk seorang sahabat yang kebetulan tidak dapat menyaksikan persembahannya telah mengubah hidup Zee Avi yang kini berumur 25 tahun. Memang tuah berpihak kepada anak kelahiran Miri, Sarawak ini apabila dia menerima respons positif daripada pengunjung laman web popular itu.

    Zee Avi

    Rentetan daripada kejayaan itu telah mendorong Zee Avi untuk terus memuat naik video nyanyiannya dan daripada situ, bakatnya mula dikesan oleh pemain drum kumpulan The Raconteurs, Patrick Keeler bersama-sama pengurusnya, Ian Montone.Melihat bakat istimewa yang ada dalam diri Zee Avi, Montone kemudiannya mempromosikan video muzik Zee Avi kepada Emmett Malloy yang terus mengambilnya untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikat Brushfire Records.Brushfire Records merupakan syarikat rakaman milik seorang penyanyi dan komposer terkenal Amerika Syarikat Jack Johnson.

    Sebelum merakamkan album perdananya, Zee Avi terlebih dahulu mencuri perhatian ramai menerusi sebuah lagu No Christmas For Me yang dimuatkan dalam album This Warm December: A Brushfire Holiday.Tarikh 19 Mei 2009 akan terus menjadi sejarah tersendiri buat Zee Avi apabila album pertamanya yang juga mengangkat nama komersialnya itu mula dipasarkan.Mempertaruhkan muzik akustik pop dan jazz itu, album Zee Avi telah membuka mata masyarakat antarabangsa bahawa anak kelaihran dari Malaysia juga memiliki bakat setanding dengan penyanyi luar negara.

    Ghostbird mula ditulis di dapur rumah Zee pada musim panas tahun lalu di Brooklyn New York. Pada March tahun ini beliau telah merakamkan lagu-lagu itu semua bersama penerbit Mario Caldato Jr yang terkenal sebagai penerbit kumpulan 'old-skool' hip hop Beastie Boys. 11 lagu telah dirakam selama dua minggu untuk album Ghostbird atau dalam bahasa melalyu 'Burung Hantu'.

    Album ini telah dilancarkan pada 30 Ogos 2011 dengan single pertama beliau bertajuk 'The Book Of Morris Jones' telah pun dimainkan di kesemua stesen-stesen radio bahasa Inggeris.

    Saksikan persembahan khas Zee Avi dan dengarkan lagu-lagu album terbaru beliau dan juga lagu-lagu hit seperti Kantoi dan banyak lagi. Disamping itu sebagai pembuka tirai, Imran atau lebih dikenali sebagai Narmi yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short akan membuat persembahan akustik secara 'live' pada tiga malam tersebut.

    Info Zee Avi Homecoming Tour 2011
    Kuala Lumpur: KL Live, Life Centre, 17 November 2011
    Pulau Pinang: TBA, 19 November 2011
    Kuching: Damai Central, Damai Beach, 26 November 2011
    Time: 8mlm ke atas
    Admission: Tiket Berharga RM98 (Tiket Biasa ) and RM158 (Tiket Premier) melalui www.airasiaredtix.com atau di kedai-kedai Rock Corner danVictoria Music yang terpilih.
    Laman Web: www.livescape.asia

    Zee Avi

    Zee Avi

    Zee Avi

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gelak Habis Tonton Filem HOMECOMING
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • GET UP CLOSE AND PERSONAL WITH LOTUS RACING
  • Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Gambar Sekitar Road Tour ABPBH 2010 di The Mall
  • RTM Dilantik Sebagai Hos Penyiar Le Tour De Langkawi 2011
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil
  • Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour
  • Full content generated by Get Full RSS.