Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ulasan Filem What’s Your Number

Posted: 03 Oct 2011 06:41 PM PDT

ULASAN FILEM WHAT'S YOUR NUMBER

Pada 29 September 2011 yang lalu, hari Khamis yang indah lagi romantis, Budiey sempat untuk ke Mid Valley bagi menonton filem bergenre romantik komedi (Rom Com) berjudul WHAT'S YOUR NUMBER. Ya, jika dalam bahasa Melayu kita, Apa nombor kamu? Haa, 012 ke 019? Eh, bukan sebenarnya bukan nombor telefon yang dimaksudkan dalam tajuk filem arahan Mark Mylod ni. Tapi apa sebenarnya dimaksudkan ialah berapakah orang yang telah kamu tiduri? Tanya pada anda, berapa ramai dah gadis yang korang tiduri? Satu soalah peribadi yang semua orang akan rahsiakan. Pada sesetengah orang juga, soalan ini memang agak ganas kerana kita sendiri sedia tahu yang orang Malaysia khususnya orang Islam mengharamkan seks bebas. Namun bezanya di negara barat, sudah tentu ianya satu perkara biasa.

Whats Your Number Poster

Mengisahkan tentang seorang wanita yang mencari semula bekas kekasih atau teman tidurnya gara-gara beliau sangat gelisah apabila membaca satu artikel purata teman lelaki ideal bagi wanita Amerika Syarikat adalah 10.5 tetapi dia sudah meniduri 19 lelaki.

Pada Budiey, karya yang diadaptasi daripada novel tulisan Karyn Bosnak berjudul 20 Times A Lady ini sifatnya sangat berterus terang. Jika kita kaji naskahnya, plot penceritaanya juga memang agak unik dan luar biasa di mana ia mengetengahkan isu seksual yang lazimnya agak klise untuk diceritakan. Skop utama atau tema serta konsep filem ini ialah bagaimana seorang wanita itu begitu obses untuk mencari bakal suaminya di kalangan bekas kekasih yang pernah ditidurinya.

Menggandingkan pelakon yang tidaklah popular di mata kita iaitu Anna Faris, Chris Evans, Martin Freeman, Zachary Quinto dan Mike Vogel, filem ini juga dikatakan akan dikritik hebat oleh beberapa kumpulan, khususnya yang tidak gemar bertukar pasangan atau setia pada yang satu.

Budiey percaya, ramai yang bersetuju jika saya katakan filem ini sangat menghiburkan. Jika tidak, masakan ramai yang tertawa berdekah-dekah, sekurang-kurang tersenyum simpul semasa menonton filem ini. Jika anda meminati filem genre romantik komedi, saya percaya anda pasti sukakan filem ini kerana komedi yang disajikan sangat fresh dari ladang. Hahaha. Malah ada yang mengatakan komedi yang berkonsepkan seksual. Alah, sebenarnya orang kita sendiri pun suka bergurau senda dengan subjek lucah, cuma mungkin kita tak sedar sahaja. Itu dah selazimnya berlaku dalam mana-mana masyarakat sekalipun. Tapi saya percaya, dalam masyarakat kita perbincangan tentang seks masih dianggap taboo. Saya rasa anda yang menonton filem ini pasti akan gelak habis. Sekadar ingin menambah, filem ini memang tak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak ya. Hahaha, faham-faham sendirilah ya.

Ramai pengkritik memberikan rating yang tinggi untuk filem ini kerana ia mempunyai nilai lawak yang sangat santai dan berterus terang.

Budiey suka dengan watak & karakter yang sangat sesuai dan serasi dengan pelakon. Dalam erti kata lain, pemilihan pelakon sangat berjaya untuk filem ini. Ana Faris misalnya mempunyai karakter yang sempoi, liberal, muka tak malu, suka berjenaka dan cakap pakai lepas & mudah percaya pada sesuatu perkara.

Nampak perkembangan watak Anna dikembangkan dengan baik sekali dalam filem ini. Budiey rasa, memang si Ana Faris ni juga ada karakternya tersendiri semacam tak malu untuk membawa watak perempuan yang dikategorikan sebagai slut atau perempuan murahan, kuat seks dan suka bertukar kekasih. Teruji apabila jika kita bandingkan lakonannya dalam The House Bunny, Ana Faris tidaklah menonjol sangat seperti filem ini. Budiey menjangkakan nama Ana Faris akan meningkat dan harum meniti di bibir orang filem di sana selepas filem ini muncul.

Karakter Faris yang mencari lelaki sejati yang mahu dikahwininya di kalangan 20 orang lelaki Sementara watak Chris Evans pula saya rasa sangat kelakar dan mungkin sangat sempurna jika nak dibandingkan dengan beberapa watak lain dalam filem ini.

oh ya, pelakon cameo dalam filem ini sangat ramai ya. Kemunculan ramai pelakon cameo sememangnya dapat dijangkakan kerana watak Ally Darling kan bercinta dengan 19 orang lelaki.

Mudah Sangat Untuk Diramal. Pada saya, filem romantik komedi seperti ini mudah sangat untuk diramal apa yang berlaku seterusnya. Jika anda menonton trailer filem ini pun, kita akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Nilai seksual yang sangat biadap dan unsur-unsur romantik yang keterlaluan. Romantik komedi yang moden memang ada unsur dan elemen seksual. Dan dalam filem ini saya rasa beberapa scene dalam filem ini menonjolkan nilai seksual yang sangat ekstrim. Terutama dari segi skrip dan dialog pun, saya rasa memang tak sesuaid dengan budaya timur orang kita.

Memang betul, gaya lawak komedinya sangat fresh dari ladang tapi Budiey masih tercari-cari sudut yang lain yang boleh diketengahkan. Jadi, tiada pembaharuan dari segi suntingan dan penceritaan dalam filem ini.

Tonton filem What's Your Number mulai 13 Oktober ini di pawagam berdekatan anda.


What's Your Number

Ana Faris membawa watak Ally Darling

What's Your Number

What's Your Number

What's Your Number

What's Your Number

What's Your Number

What's Your Number

What's Your Number

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Jom Menonton Filem What's Your Number?
  • Cara Mudah Untuk Dapatkan Nombor Henset Baru Yang Cantik
  • Ujibakat Filem Muzikal Terbaru Tayangan Unggul
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • BIO Mariah Carey
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music
  • Pertukaran Waktu Siri Inggeris Popular Hawaii 5 0 & Blue Blood

    Posted: 03 Oct 2011 04:35 PM PDT

    Pertukaran Waktu Siri Inggeris Popular Hawaii 5 0 dan Blue Blood Mulai 4 Oktober Ini

    Bermula pada 4 Oktober ini, setiap Selasa, dua siri Inggeris popular disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Hawaii 5 O dan siri penyiasatan Blue Blood yang menemui penonton setia TV2 bakal ditukar waktu siarannya dalam memberikan peluang kepada lebih ramai lagi penonton tidak ketinggalan menyaksikannya setiap minggu.

    Kedua-duanya bakal disiarkan setiap Selasa secara berturut-turut bermula dengan tayangan Hawaii 5 O disiarkan jam 10.00 malam berbanding sebelum ini disiarkan setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Kemudiannya menyusul pula siri penyiasatan Blue Blood menemui penonton jam 11.00 malam.

    Penonton dapat menyaksikan kesinambungan Hawaii Five-O menerusi episod-episod seterusnya yang sarat dengan unsur-unsur penyiasatan penuh mendebarkan dalam cubaan menyiasat dan menyesaikan jenayah yang timbul dalam setiap siri yang ada.

    BLUE BLOODS

    Hawaii Five-O pernah ditayangkan sekitar bulan September 1968 hingga April 1980 ini salah satu siri terpanjang polis yang disiarkan secara berterusan dalam sejarah televisyen AS. Daya tarikan lain adalah plot menarik dan urutan judul dan tema muzik sepanjang episod siarannya. Keaslian terserlah kerana penggambarannya menggunakan banyak penduduk Pulau tempatan sebagai watak undangan dalam menjayakan setiap siri ini.

    Watak Jack Lord sebagai Steve McGarrett, Ketua Polis Elit yang menyiasat tentang jenayah terancang, pembunuhan, cubaan membunuh, ejen-ejen asing dan pelbagai lagi jenis jenayah. Kemunculan pelakon popular lain seperti James MacArthur yang bertindak sebagai watak pembantu di samping pelakon tempatan seperti Kam Fong, Zulu, Al Harrington dan Herman Wedemeyer. Kesemua mereka melakonkan watak sebagai ahli pasukan Five-O.

    Siri ini terkenal dengan para pelakon undangan yang muncul dalam episod termasuk Helen Hayes, Ricardo Montalban, Leslie Nielsen, Herbert Lom, Hume Cronyn dan ramai lagi. Antara lain McGarrett menjiwai watak sebagai musuh dan kumpulan Wo Fat – agen Merah China yang bertanggung jawab atas seluruh Teater Asia Pasifik yang dijayakan wataknya oleh Khigh Diegh.

    Siri Blue Blood pula menampilkan aksi-aksi lakonan hebat Demarcus King Flex Alexander, Ronald Banse Richard Waugh, Nicky Marlene Renee Lawston, Sydney Davenport Dylan Moore dan Jack Reagn Tony Terranciano, Blue Blood adalah sebuah drama tentang keluarga pelbagai generasi daripada polis yang berdedikasi kepada penguatkuasaan undang-undang di New York City. Frank Reagan adalah Pesuruhjaya Polis New York dan ketua kepada kedua-dua pasukan polis dan termasuk pasukan yang diketuai dirinya sendiri.
    Beliau menjalankan tugas di jabatan sebagai diplomatik sebagaimana yang telah di pikul ahli keluarganya terdahulu malah apabila berurusan dengan politik yang melanda bapanya bernama Henry, semasa berkhidmat sebagai Pesuruhjaya.

    Satu sumber kebanggaan dan pada masa sama kebimbangan untuk Frank apabila anak sulungnya, Danny, seorang detektif berpengalaman, kebanggaan keluarga dan doktor haiwan Perang Iraq yang pada ketika itu seringkali menggunakan taktik yang diragui untuk menyelesaikan kes.

    Wanita tunggal dalam keluarga Reagan iaitu Erin pula memikul tugas menjadi pembantu selain pada masa sama berfungsi sebagai penasihat undang-undang untuk adik-adiknya dan bapanya. Manakala Jamie yang paling bongsu dalam keluarga Reagan adalah seorang lepasan Harvard Undang-undang dan 'anak emas' dalam keluarga.

    Walau bagaimanapun Jamie tidak dapat menafikan tradisi dalam keluarga di mana Jamie kemudiannya setelah berfikir panjang memutuskan untuk melepaskan masa depan yang menguntungkan dalam undang-undang semata-mata mahu menyambung tradisi menjadi seorang anggota polis.

    Pelbagai adegan mendebarkan dan diselang-selikan dengan babak-babak konflik kekeluargaan mengisi drama bersiri Inggeris arahan Michael Cuesta ini sepanjang 22 episod siarannya yang boleh diikuti penonton yang gemarkan drama bercorak kepolisian ini.

    Usah ketinggalan menyaksikan dua siri penyiasatan hebat ini setiap Selasa hanya di TV2.

    poster Blue Blood di TV2

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Penyiasatan Blue Blood di TV2
  • Drama Siri Hawaii Five O di TV2
  • Richard Leigh Passed Away
  • HBO ORIGINAL Siries TRUE BLOOD di MAX Astro Movies
  • Blood Ties di TV2
  • ROOKIE BLUE Leads DIVA's Smoking Hot Mondays
  • Blood Brothers Movie Synopsis
  • Blood The Last Vampire
  • PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009
  • Dokumentari Terbaik Isi Slot World Watch
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Komen