Adsense

Rabu, 19 Oktober 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Rashidi Ishak Dapat Ijazah Selepas Tujuh Tahun

Posted: 18 Oct 2011 08:32 AM PDT

SERDANG: Selepas tujuh tahun bergelar pelajar, pelakon Rashidi Ishak akhirnya berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Rashidi berkata, dia berasa bertuah biarpun mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian, dia mampu membuktikan artis yang sibuk sepertinya boleh berjaya dalam akademik sekiranya berusaha.

"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.

"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen UPM, di sini, Selasa.

Rashidi antara 7,327 graduan pelbagai jurusan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen UPM kali Ke-35 yang diadakan di sini pada 15 dan 16 Oktober lalu.

Menurut suami kepada aktres Vanidah Imran ini, semangat yang kuat dalam dirinya didorong oleh isteri dan keluarga selain mahu menjadi pembakar semangat kepada anak-anaknya dalam bidang akademik.

"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.

"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi," katanya.
Pengacara Wanita Hari Ini, Azura Zainal bersama keluarganya.

Azura jawab periksa 'atas perut'

Sementara itu, kegembiraannya menerima ijazah turut memberi erti yang sangat bermakna buat pengacara Wanita Hari Ini, Azura Zainal.

Azura berkata, dia bersyukur kerana berjaya menempuhi pelbagai rintangan terutamanya dari segi kekangan masa.

"Tiga tahun merupakan satu jangka masa yang agak panjang kerana ketika saya mulakan pengajian saya baru sahaja bekerja di TV3.

"Selepas itu saya berkahwin dan mengandung, ketika itu banyak dugaan yang terpaksa saya lalui kerana terpaksa berkejar-kejar antara pelajaran dan kerja.

"Kenangan paling tidak dapat dilupakan ialah saat menjawab peperiksaan akhir, saya sudah cukup bulan mengandung dan terpaksa menulis di atas perut," katanya yang turut menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi.

Darth Vader dapat anugerah penjahat utama

Posted: 18 Oct 2011 08:30 AM PDT

UNIVERSAL CITY, Amerika Syarikat (AS) - Harry Potter, Darth Vader, Pee Wee Herman, Nicolas Cage dan Robert Downey, Jr. menerima penghormatan pada anugerah Scream Awards yang dianjurkan oleh saluran televisyen AS, Spike TV.

Anugerah tahunan itu berlangsung di pekarangan studio perfileman Universal Studios di sini pada Sabtu lepas bagi meraikan filem seram, fantasi, sains fiksyen dan adi wira.

Francais lapan filem Harry Potter menerima anugerah utama Ultimate Scream yang disifatkan oleh penyampainya, Chloe Grace Moretz 'filem paling menakjubkan dan paling menggegarkan di alam semesta.

Pencipta Star Wars, George Lucas pula menyampaikan anugerah penjahat paling hebat untuk antagonis Star Wars, Darth Vader.

Lucas turut mengumumkan bahawa peminat boleh menonton watak jahat Sith Lord di layar perak dalam bentuk tiga dimensi (3-D) pada Februari tahun depan.

Herman yang dicipta oleh pelakon Paul Reubens memenangi anugerah visi, Visionary.

Cage menerima anugerah Maverick manakala Downey pula memenangi anugerah Hero.

Acara Scream Awards ditayangkan di televisyen AS hari ini. - Agensi

Salun cuci telinga di Tokyo

Posted: 18 Oct 2011 08:30 AM PDT

TOKYO - Salun-salun yang menawarkan perkhidmatan gadis-gadis mencuci telinga pelanggan kembali popular di Jepun selepas kerajaan membenarkan mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan turut menawarkan perkhidmatan itu.

Salun Yamamoto Mimikakiten di sini mendapat sambutan hangat dengan pelanggan membayar AS$35 (RM108.64) untuk sesi selama setengah jam.

Pelanggan di salun Yamamoto akan baring di riba wanita cantik yang berpakaian tradisi kimono dan akan mencuci organ tersebut sambil berbual mesra.

"Saya datang ke tempat ini untuk menenangkan fikiran. Isteri saya ada juga membersihkan telinga saya tetapi suasana di sini berbeza," kata seorang pelanggan lelaki salun berkenaan, Takahisa Kobayashi.

Perkhidmatan yang diberikan, kata Kobayashi, membuatkan dia terkenangkan cara ibunya mencuci telinganya dengan lembut di zaman kanak-kanak.

Pengurus salun itu, Satoru Takahashi berkata, hanya lima peratus pelanggan adalah wanita manakala bakinya ialah lelaki.

Satu notis pemberitahuan di meja penyambut tetamu menyatakan salun itu tidak menawarkan perkhidmatan seks.

Salun itu mempunyai laman webnya iaitu www.yamamotomimikaki.com/index.php bagi menunjukkan hambar-gambar gadis yang bekerja mencuci telinga.

Terdapat juga salun lain yang menawarkan gadis memakai pakaian seperti amah untuk mencuci telingan para pelanggan. - AFP