Adsense

Ahad, 2 Oktober 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Perkahwinan Nabil Dan Nazira

Posted: 02 Oct 2011 08:26 AM PDT

Sorry Wahai Pembaca di ZoOMartis, ZoOm baru berkesempatan nak berkongsi dengan anda gambar perkahwinan Nabil Raja Lawak ni.

Mungkin ada diantara anda yang belum melihat wajah Raja Sehari daripada Nogori ni, dan kalau rajin Click je gambar di bawah :














Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem Alamak Toyol | Trailer Alamak Toyol

Posted: 02 Oct 2011 01:32 AM PDT


Sinopsis:

Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin.
Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali.

Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

TRAILER :




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Filem Papa I Love You | Trailer Papa I Love You

Posted: 02 Oct 2011 01:16 AM PDT



Semalam ZoOm dan family menonton wayang Bini-bini ku Gangster di salah satu pawagam sekitar  Subang Jaya. Lawak memang lawak sebab tak sangka tempat yang selalu ZoOm pergi rupa-rupanya dah ada pawagam dekat tingkat atas. Tetapi semuanya serba sederhana, maksud ZoOm orang dia sederhana tidak macam pawagam lain nak beli tiket pun payah apatahlagi di malam minggu.

Ditambah pula dengan tiket macam resit bayaran beli barang, bagi ZoOm biar nipis tetapi sempoi dan tidak merimaskan semua orang. Jika sebelum ini anda membeli PopCorn didalam kotak di pawagam tersebut hanya dibungkus sama dengan apa yang ada di McD jika anda "Take Away".

Ops....terlebih sudah (Stacy)..nak dijadikan cerita malam semalam penonton tidaklah seramai pawagam lain, dalam tu penuh dengan pasangan masing-masing.

Cerita tentang filem bini-bini yang garang ni, ZoOm setuju dengan pendapat wartawan dalam surat khabar baru-baru ini, watak utama adalah penyelamat filem ini. 

Jika anda sudah menonton filem tersebut, apa kata anda ?

1. Adakah akan menimbulkan konterversi ? - sebab mengaitkan persatuan itu lagi ?
2. Watak pelakon pembantu tidak menjadi ?
3. Dan lain2.

Apa-apa pun mari kita layan sinopsis filem Papa I Love You, dan untuk makluman anda pelakon utama filem ini adalah si "Mat Sajak" watak jejaka malang dalam filem bini2ku Gangster.

Sinopsis:

Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.


Info mengenai filem ini :

Pengarah
 
Lakonan:
:
Elly (Pelakon Utama)
:
Mia Sara (Pelakon Utama)
:
Baha (Pelakon Utama)
:
Datuk Kudin (Pelakon Pembantu)
:
Bos (Pelakon Pembantu)
:
Tuan Rumah (Pelakon Pembantu)
:
Penarik Kereta (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Penyunting)
Penerbit:
:
(Penerbit)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now