Adsense

Sabtu, 24 September 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Norman Hakim & Memey

Posted: 24 Sep 2011 09:12 AM PDT

Berikut beberapa gambar sekitar berlangsungnya majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Jelas, Norman Hakim kelihatan begitu segak dengan baju Melayu yang dipakainya. Memey pula, kami no comment. Takut dia kecik hati nanti. Jadi ada baiknya anda lihat saja sendiri.

GAMBAR KAHWIN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR KAHWIN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR KAHWIN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

GAMBAR KAHWIN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

NOTE: Tiga gambar pertama kredit kepada Mastura (Sinar Harian) dan yang last one, unknown.

Post terdahulu: Norman Hakim & Memey Suhaiza Kini Bergelar Suami Isteri

Related Posts with Thumbnails

Norman Hakim & Memey Suhaiza Kini Bergelar Suami Isteri

Posted: 24 Sep 2011 03:34 AM PDT

GAMBAR PERKAHWINAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

Sebentar tadi telah berlangsung majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Pada jam 5.10 petang, dengan hanya sekali lafaz, Norman Hakim sah menjadi suami Memey Suhaiza.

Pada majlis pernikahan itu, Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Norman Hakim pula menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey yang mana ianya berupa iPad 2, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Untuk info, malam ini mereka akan melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan dan esok pula majlis resepsi sebelah pengantin perempuan yang akan dilangsungkan di rumah pihak perempuan dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia. Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan.

Tahniah kami ucapkan kepada Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana sudah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan kepada Memey, selamat menempuhi alam rumah tangga.

Related Posts with Thumbnails