Adsense

Selasa, 13 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya Teringin Nak Jumpa Dia Semula” – Syazwan Zulkifli (Apek Juvana).

Posted: 12 Sep 2011 11:02 PM PDT

Syazwan Zulkifli mula meningkat popularitinya apabila memegang watak sebagai Apek dalam drama terbitan Filmscape iaitu, Juvana. Bagaimanapun, seiring dengan populariti, nama pelakon ini mula dihinggapi dengan desas-desus yang kurang enak.

Ada desas-desus yang mendakwa Syazwan ialah kaki perempuan, kerap bertukar-tukar teman wanita. Malah tak kurang juga yang mendakwa Syazwan menggunakan popularitinya untuk 'memancing' minat mana-mana wanita.

Dakwaan yang tidak berasas itu diperkuatkan lagi dengan tersebarnya 2 keping gambar mesra yang jelas memaparkan wajah Syazwan berpelukan dan bermesra dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Wartawan OHBULAN! menemubual Syazwan bagi mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai spekulasi tersebut, sebentar tadi. Pada mulanya Syazwan menafikan wanita itu adalah teman wanitanya, tetapi setelah dipujuk oleh wartawan OHBULAN!, dia berkata,

"Ya, wanita itu adalah bekas teman wanita saya dan lelaki dalam gambar itu adalah saya. Gambar ini diambil sekitar 1 tahun lepas, sebelum saya membintangi drama Juvana."

Dia yang sedang menjalani penggambaran untuk drama slot Akasia TV3 terbaru bertajuk "Sofia" turut menunjukkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui gambar peribadinya tersebar.

"Saya hairan bagaimana gambar peribadi saya boleh tersebar begini. Tetapi saya tidak mengesyaki sesiapa lagi buat masa ini."

Berhubung perkara ini, dia yang masih belum berpunya berkata, "Saya masih menyayangi dia dan kalau boleh saya teringin nak jumpa dia semula."

Buat masa ini, dia ingin menumpukan sepenuhnya kerjaya lakonan terlebih dahulu dan berjaya di persada seni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monoloque Di Pesta Indie Percuma September Ini!

Posted: 12 Sep 2011 10:16 PM PDT


Wah, kepada kipas-susah-mati indie di luar sana, ringankan kaki anda sekarang! Traxx FM akan menganjurkan sebuah pesta percuma berjudul Upstage Indie Fest 2011 pada 24 September 2011, bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Istimewanya, konsert ini akan menampilkan Monoloque sebagai artis jemputan dan turut disokong dengan barisan artis indie seperti Kyoto Protocol, Kraft, James Baum,Tashya's Ink & Senoritas, Nadhira, Tactmatic, Beat The System & Wanted Symphony.

Pesta indie yang dianjurkan oleh radio Traxx FM ini akan bermula seawal jam 5 petang sehingga 10 malam. Jadi, kepada para peminat diluar sana, masukkan acara ini dalam jadual anda sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...