Adsense

Selasa, 13 September 2011

borak kosong

borak kosong


Llama dapat dilatih seperti anjing

Posted: 13 Sep 2011 10:00 PM PDT

Siapa sangka bahawa haiwan Llama dapat bertingkah laku seperti seekor anjing peliharaan, namun itulah kenyataan yang dibuktikan pasangan Inggris yang berhasil melatih tujuh ekor Llama peliharaan mereka hingga dapat bertingkah seperti anjing kecil yang lucu.




Ketujuh Llama ini mengejutkan pemiliknya dengan belajar bagaimana untuk mengambil barang, berguling, duduk dan menyelesaikan kursus latihan anjing.

Tim dan Terri Crowfoot telah lama mendengar bahawa Llama merupakan haiwan yang sangat cerdas, namun tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bahawa binatang ini boleh diajari ketrampilan-keterampilan khusus.

Pasangan dari Droxford, Southampton tersebut, kini telah terbiasa dengan tatapan aneh dari para tetangga ketika mereka membawa haiwan peliharaan mereka keluar untuk jalan-jalan.

"Awalnya kami hanya bermaksud memelihara Llama sebagai teman untuk kuda tua saya, Thumper," ujar Terri.

"Kami tahu Llama merupakan haiwan yang cerdas, jadi kami berfikir untuk cuba mengajarkan mereka untuk duduk dan hal-hal yang sama seperti anjing." jelas Terri sambil menambahkan betapa terkejutnya dirinya ketika melihat Llama peliharaannya ternyata sangat cepat menangkap latihan yang mereka berikan.


Bahkan, para Llama ini dapat menyelesaikan serangkaian kursus melompat, berlari dan kemudian membunyikan loceng.

David, Dillon, Thomas, Oscar, Toby, Mary, Ann dan Bansky sangat menyukai sesi latihan mereka sehari-hari yang biasanya memakan waktu antara 1-3 jam.


Fakta Llama

1. Llama termasuk keluarga unta dan memiliki masa hidup sekitar 15 sampai 29 tahun.

2. Mereka dijinakkan di Peru 5.000 hingga 6.000 tahun yang lalu dan termasuk di antara haiwan tertua di dunia yang dijinakkan.

3. Llama berkomunikasi dengan berdengung dan mengekspresikan diri melalui serangkaian postur telinga, tubuh, dan ekor.

4. Llama akan meludahi Llama lain dalam rangka menetapkan urutan kekuasaan dalam kelompok.

5. Seekor Llama yang merasa terancam atau salah dalam penanganan terkadang meludahi manusia.

Sumber : http://www.klikunic.com/

Mayat Digantung untuk Ancam Pengguna Internet

Posted: 13 Sep 2011 09:25 PM PDT


NUEVO LAREDO, KOMPAS.com - Polis Mexico menemukan mayat seorang lelaki dan seorang perempuan tergantung di sebuah jambatan di timur laut Mexico, Selasa. Bersama mayat-mayat itu, polis menemukan pesan yang mengancam siapa saja yang melaporkan tindak kekerasan berkait narkotika di jejaring sosial.

Menurut keterangan polis, pesan tersebut diletakkan berdekatan dengan kedua mayat itu, yang ditemukan setengah telanjang. Ancaman itu secara tidak langsung ditujukan kepada situs internet yang dibuat untuk menampung laporan tindak kekerasan terkait narkotika di wilayah tersebut.

"Pembunuhan itu akan terjadi pada kamu semua," demikian pesan yang ditandai dengan huruf "Z" yang biasanya dihubungkan dengan geng dadah Zetas. Nuevo Laredo terletak di Tamaulipas,di Mexico timur laut, yang bersempadan dengan Amerika Syarikat, tempat geng Zetas dituduh melakukan sejumlah serangan dengan kekerasan.

Geng Zetas beranggotakan bekas perwira elit tentera yang tadinya bekerja sebagai pembunuh upahan untuk kartel Teluk pada tahun 90-an. Perpecahan di antara mereka kemudian dianggap sebagai penyebab perang dadah belakangan ini di Mexico.

Mexico merupakan salah satu negara paling berbahaya bagi wartawan. Di negara itu wartawan telah diancaman dengan kekerasan di sejumlah tempat. Masyarakat di daerah itu sering bergantung pada jejaring sosial untuk mendapatkan informasi tentang penembakan atau kekerasan kerana dadah.

Sumber : ANT, AFP

Nenek ni tinggal dirumah yang sama selama 100 tahun

Posted: 13 Sep 2011 08:30 PM PDT


PORTSMOUTH, Britain - Seorang pesara wanita, Violet Strugnell telah tinggal di sebuah rumah yang sama di Jalan Sheffield di sini selama 100 tahun, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Portsmouth yang merupakan sebuah bandar pelabuhan di selatan Britain, kerap dibom pesawat-pesawat perang Jerman semasa Perang Dunia Kedua tetapi kediamannya terselamat dan ia masih mengekalkan reka bentuk asalnya sehingga kini.

Dia pernah bersembunyi di dalam bilik bawah tanah semasa jet-jet tentera Nazi dari Jerman melancarkan serangan bom semasa Perang Dunia Kedua.


Warga emas itu yang berusia 100 tahun pada minggu lalu, berpindah ke rumah tiga bilik tidur selepas ia siap dibina pada tahun 1911.

"Saya seperti tidak percaya sudah tinggal di rumah ini sejak sekian lama. Rumah ini tidak akan dijual sebaliknya, ia akan diwariskan kepada keluarga saya," kata Strugnell.

Menurutnya, dia mewarisi rumah tersebut daripada ibu bapanya, Emma dan Vernon yang membeli kediaman berkenaan pada harga £175 (RM483.85) pada masa itu.

Ia kini bernilai £150,000 (RM725,927). - Agensi

sumber : kosmo online

Inilah pelajar yang bakal menyaingi Zuckerberg dan menjadi rebutan syarikat gergasi internet

Posted: 13 Sep 2011 07:30 PM PDT

dari kiri ZUCKERBERG, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh dan Ashkay Kothari

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.

Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.

Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.

Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.

Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.

Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.

"Saya kalah pertaruhan itu," katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York.

"Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut," tambahnya lagi.

Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.

Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.

Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.

Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar. - Agensi

sumber : kosmo online

Brutal..kelar telinga bekas kekasih

Posted: 13 Sep 2011 06:35 PM PDT


AMPANG: Seorang remaja berusia 19 tahun mengelar telinga bekas kekasihnya selepas berang hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.

Kejadian di sebuah restoran di Pandan Indah di sini pada jam 3 pagi Ahad lalu menyebabkan telinga kanan gadis 19 tahun itu hampir putus dan pipi kanannya turut cedera.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima SMS daripada teman lelakinya meminta dia pergi ke sebuah restoran untuk berbincang mengenai masalah hubungan cinta mereka.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya, mangsa mengajak rakan baiknya menemaninya dan sebaik tiba di restoran berkenaan, mereka melihat bekas teman lelaki mangsa meracau seorang diri di luar restoran.



"Mangsa dan rakannya masuk dan duduk di salah satu meja di dalam restoran berkenaan. Menyedari kehadiran mangsa, suspek terus menghampirinya dan memaki-hamun mangsa," katanya.

sumber : myMetro

bk-marah tak bertempat akhirnya diri sendiri yang merana

Cara unik angkat barang ketika pindah ke Apartment di Korea

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT



Kurang ajar punya monyet hampir tertanggal baju kakak ni

Posted: 13 Sep 2011 11:01 AM PDT

Inilah Hotel Mayat di Jepun

Posted: 13 Sep 2011 10:50 AM PDT

Sebuah hotel di Jepun memberikan layanan yang lain dari biasanya, yakni menyimpan jenazah di peti mati yang berpendingin sehingga keluarga mayat dapat mengunjunginya setiap waktu.

Terletak jauh di pinggiran kota Yokohama Jepun penginapan aneh ini terlihat layaknya sebuah penginapan kecil biasa di kota tersebut. Namun ini bukanlah sebuah penginapan normal, tapi sebuah hotel untuk orang yang telah mati.

Seorang Staf di Hotel Lastel di Yokohama sedang melayani salah satu tamu

Ke-18 tamu di hotel Lastel ini yang semuanya merupakan mayat, berada didalam peti mati berpendingin, dimana keluarga membayar ¥ 12.000 guna menunggu giliran untuk dikremasi pada krematorium kota yang over kapasiti.

Bisnis yang sedang meletup : Seorang biksu terlihat melewati Hotel mayat di Yokohama

Namun uniknya, pasangan muda yang tidak menaruh curiga masih saja datang mengetuk di malam hari, mencari tempat untuk bermalam.

Mayat dalam hotel ini disimpan dalam peti mati berpendingin


"Kami mengatakan kepada mereka kami hanya punya ruangan yang dingin," kata pemilik Hisayoshi Teramura sambil mengatakan bahawa bisnis ini menjadi hebat di ekonomi Jepun.

Orang Jepun mengeluarkan biaya rata-rata 1,2 juta yen untuk bunga, guci, peti mati serta belanja pemakaman lainnya, dua kali ganda dari rata-rata yang dihabiskan warga Amerika untuk pemakaman setiap tahunnya.

Hotel ini bergantung pada sistem penyimpanan automatik yang tersembunyi dari pelayat di belakang jendela dengan bingkai berbentuk kotak bunga.

Hotel itu menyimpan dan membekukan mayat yang berada dalam peti mati, kemudian mengirimkan mereka melalui palka ke sebuah ruangan khusus yang digunakan para pelayat untuk melihat jenazah, baik siang atau malam hari, atau setiap kali teman dan keluarga datang untuk memberikan penghormatan.

Sumber : dailymail

Tertangkap CCTV hotel pengantin wanita berlaku curang ketika majlis pernikahannya

Posted: 13 Sep 2011 09:20 AM PDT

Acara pernikahan masih berlangsung, tetapipengantin wanita buru-buru keluar dengan seorang lelaki lain yang bukan pasangannya. Mereka ke taman dan berbuat yang tak senonoh, beberapa saat kemudian sang lelaki itu lari dan sang pengantin wanita terburu-buru memperbaiki bajunya... kerana sang pengantin lelaki memanggilnya... Kasihan si pengantin lelaki.. Nasib..Nasib... Dunia makin tua..!!

Peter Casey Tak Segan Solat di Kedai Starbucks

Posted: 13 Sep 2011 08:00 AM PDT


NEW YORK - Peter Casey, atau Abdulmalik, berlatar belakang Yahudi-Kristen. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini bermuara pada Islam. Pada usia 15 tahun, lulusan Queens College ini memutuskan bersyahadat.

Kini namanya dikenal secara luas baik di negerinya, Amerika Syarikat, mahupun dunia internasional setelah pengakuannya memilih Islam tersebar luas di jagat maya. Alih-alih takut akan keselamatan nyawanya mengingat fobia Islam kembali mengental di AS menjelang peringatan tragedi 11 September, ia malah rajin menunjukkan keyakinan barunya di depan awam.

Ia misalnya, selalu pergi ke masjid setiap hari dengan 'menumpang' skateboard-nya -- gaya khas anak muda AS. Ia juga jarang berfikir dua kali untuk melakukan ibadah shalat di Starbuck, jika kebetulan ia tengah minum di sana dan waktu shalat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini mengaku pantang menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, ia mengatakan ia berusaha untuk "menentang stereotip dan kesalahfahaman" orang lain di sekitarnya tentang Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran kota dengan latar belakang Yudeo-Kristian Casey berada dalam posisi yang sebetulnya 'mustahil' untuk melakukannya. Namun, itulah tekad Casey; membuat orang belajar menerima seorang Muslim apa adanya, mulai dari cara dia berpenampilan, berbicara, dan bertindak.

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayah Katolik. Ia tumbuh dalam keluarga yang bertolak belakang dalam melihat Yesus. Di satu sisi, kekristian berbicara tentang Yesus sebagai Allah Putra, Allah Bapa, dan roh Kudus. Di sisi lain, Yudaisme berbicara tentang Yesus sebagai seorang mesias palsu.

"Saya merasa ada dua hal ekstrem di sana, dan saya mempelajari keduanya," kata Casey.

Dan kemudian, pasca-serangan 11 September 2001, pemahaman mulai berubah. Dia baru berusia 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak itu, ia rajin berlayar di dunia maya mengorek isi ajaran Islam -- yang pada awalnya dituduhkan berada di balik serangan itu. Ia menemukan doktrin yang lebih masuk akal tentang Yesus: dia seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih, tidak kurang.

"Ketika saya mulai belajar tentang Islam, saya seperti:" Ini dia. Ini adalah agama itu," katanya.

Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, ia masuk Islam. (Orang tuanya menolak memberikan komen untuk cerita ini).

Sejak itu, lelaki yang baru-baru mulai mengajar sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk meluruskan kecurigaan publik AS pada Islam. Tak hanya melalui perbuatan -- seperti bershalat di tempat umum dan ramah pada siapa saja -- ia juga aktif berdakwah melalui blog-nya yang bertajuk 'Dawah Addict'. Tema-tema seperti 'Muhammad dalam Alkitab' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya tanpa canggung.

"Ketika saya pertama kali menjadi Muslim, dan masih terdengar hingga hari ini, orang-orang berkata,'Mengapa tidak ada lebih banyak Muslim yang mengatakan terorisme adalah buruk? Mengapa tidak ada Muslim di luar sana mengatakan tentang Islam yang sebenarnya?'," kata Casey. "Dan saya fikir, yah, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube memiliki lebih dari 5.000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Meskipun pendengarnya terus bertamabah, dia juga mengalami hambatan, antara lain berbagai bentuk komen marah dan sanggahan.

Namun, dia tak surut ke belakang. Alasannya sederhana: "Saya merasa seperti saya memiliki tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya tumbuh dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berbagi apa yang membuat saya sangat bahagia dan telah membawa saya kedamaian begitu banyak." Baca selengkapnya di sini

http://video.nytimes.com/video/2011/09/12/nyregion/100000001044545/the-new-american-muslim.html



Video..Lembu suka muzik jazz

Posted: 13 Sep 2011 07:45 AM PDT

Sekawan lembu-lembu di Peranchis begitu mengemari muzik jazz


8 Perfume beraroma aneh yang pernah beredar di dunia

Posted: 13 Sep 2011 06:30 AM PDT

Parfume diciptakan untuk memberikan aroma yang harum bagi penggunanya. Tetapi, hal itu tidak berlaku bagi dlapan parfum berikut.
Aromanya berbeza, cenderung ekstrem, dan tidak membuat penggunanya menjadi lebih wangi.

Aroma burger
Pada 2008, tempat makan siap saji, Burger King melancarkan cologne beraroma daging seharga kurang dari US $4 yang dinamakan "Flame". Flame dipromosikan sebagai aroma daging bakar. Boleh dibeli melalui website mereka.

Aroma darah
Secretions Magnifique dari Etat Libre d"Orange juga mengeluarkan koleksi parfume beraroma ekstrem, iaitu, keringat, darah, air mani dan ludah. Parfum tersebut hanya dijual di Henri Bendel Department Store, New York.
Parfume cat
Wode Paint adalah parfume pertama yang warnanya terlihat jelas diciptkan oleh Boudicca. Parfum ini akan meninggalkan warna biru jika disemprotkan. Kulit pun akan berwarna biru tetapi lama kelamaan warna tersebut akan menghilang. Tersedia juga parfume yang tidak berwarna yaitu Wode Scent.
Aroma lobster
Aroma parfume lain keluaran Demeter Fragrance Library adalah, parfume lobster. Kombinasi aromanya iaitu laut, daging lobster manis, dan ditambah sedikit mentega.
Aroma ganja
Menurut penciptanya, Cannabis Santal Eau de Parfum memiliki aroma yang berkarakter kayu. Aromanya merupakan campuran akar pohon ganja, cokelat, vetiver, dan vanila musk yang menciptakan aroma sensual.

Aroma rumah duka
Demeter Fragrance Library menjadikan aroma aneh dan eksentrik dalam bentuk cologne, shower gel dan body lotion. Mereka menjadikan bau aneh iaitu rumah duka, menjadi serangkain produk perawatan kulit dan pewangi tubuh.

Aromanya merupkan campuran bunga lili, anyelir, gladiol, krisan dengan sedikit mahoni dan sedikit aroma oriental, baunya seperti pemakaman terakhir yang Anda hadiri.
Aroma keju
Pada 2006, pembuat keju Stilton merilis koleksi parfume ciptaannya. Parfume yang dikenal dengan nama "Eau de Stilton", memiliki aroma unik. Wewangian ini terinspirasi dari aroma tajam yang dihasilkan blue cheese. Meski aroma kejunya cukup menonjol, namun saat disemburkan parfume ini juga mengeluarkan aroma buah-buahan yang segar.

Aroma vulva
Vulva Original adalah produk parfume yang memiliki aroma spesifik iaitu beraroma. Aromanya sengaja dimaksudkan untuk merangsang penggunanya dan bukan menarik perhatian orang lain. Vulva Original dirancang untuk penggunanya agar lebih merasa sensual, cukup dititiskan pada kulit untuk dihirup beberapa saat kemudian.



sumber : Tobatabo

Mugshot Paling Menakutkan ? : Lelaki Dengan Tato Setan dan Wajah Bertanduk Ditangkap Kerana Pembunuhan

Posted: 13 Sep 2011 05:30 AM PDT


Dengan dahi yang ditutupi deretan tanduk, dan dihiasi tato setan 666 serta beberapa tindikan menonjol di wajahnya, tersangka pembunuhan ini boleh menjadi pemenang Mugshot (foto wajah kriminal yang diambil polis) paling menakutkan yang pernah ada.

Caius Veiovis (31) adalah salah seorang diantara tiga tersangka dalam tuduhan pembunuhan dan penculikan yang berhubungan dengan kematian tiga orang.

Caius Veiovis

Laporan polis menjelaskan bahawa salah satu dari tiga lelaki dari Massachusetts yang ditemukan tewas selama akhir ini sengaja dibunuh agar dirinya tidak boleh bersaksi di sidang perompakan, penyerangan dan penculikan yang dilakukan anggota Hells Angel's (Malaikat Neraka). Polis negara bahwa yang lainnya dibunuh agar tidak ada saksi.

Veiovis dan terdakwa lainnya yakni Adam Lee Hall (34) dan David Chalue (44) ditahan tanpa wang jaminan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan, termasuk pembunuhan pada hari Isnin di Pittsfield.

Mereka dituduh membunuh David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell, yang mayatnya ditemukan di sebuah parit pada Sabtu (10/09).

Hells Angel telah diakui sebagai sebuah sindikat kejahatan terancang oleh FBI, yang berpendapat bahawa anggota sindiket ini melakukan kekerasan, penjualan dadah, perdagangan barang curian, serta pemerasan.

Sumber : dailymail

Unik..gadis pasir tiruan di Brazil

Posted: 13 Sep 2011 04:47 AM PDT

Apakah Anda berfikir bahawa itu adalah gadis ditutupi dengan pasir? Tidak, ini adalah sebuah karya seni mengagumkan oleh seorang seniman yang tidak dikenal di Brasil. Fotografer Jair Ribbeiro mengambil gambar ini saat berjalan di pantai. Artis dengan hasil mengagumkan tidak diketahui. Dan jika anda benar-benar berfikir bahawa ini adalah wanita sejati kemudian hanya melihat kaki kanannya dan anda akan menyadari bahwa ini sebuah ilusi optik yang mengagumkan seorang wanita Brazil di pantai.



Inilah patung bogel yang hangat diperdebatkan di forum dan blog

Posted: 13 Sep 2011 03:45 AM PDT

Recently, A sculpture was newly erected in Guangyuan community of Guilin Road. The sculpture, is named Fu Lao (Help the Elderly People) showing an old man and two women in nude. According to the description, the woman on the old man's left is his wife while the other is his daughter-in-law. The statue means a peaceful, harmonious coexistence in a family. The whole family care and respect for the old."

The sculpture was posted to the forum and blog later and immediately attracted hot comments. The majority said the sculpture was too avant-garde and too shocking, but some others said art can not be taken too seriously.

Initially, the statue was to promote harmonious relationship among a family, helping each other and respecting the elderly. But most of the residents were not comfortable seeing the nude figures and hoped the authorities could put clothes on the trio.

They have also called for it to be removed. The company said they would call for a meeting with the residents to discuss if the statue would be removed.

Gila..lelaki boleh beronani selama hampir 10 jam

Posted: 13 Sep 2011 02:41 AM PDT


Di dalam benak anda, kira-kira berapa lama bayangan orang boleh beronani hingga mencapai klimaks? Seminit? Sepuluh minit atau 2- minit? Semua masih dalam hitungan minit kan? Namun tidak dengan dengan apa yang sudah dibuat oleh si Sato Masanobu . Dalam pertandingan yang pernah dilaksanakan di San Fransisco, ia boleh beronani selama 9 jam 58 minit! hebat betul tuh lama sangat?Rekod lama 9 jam 33 minit (dibuat olehnya juga).

''Saya berenang 2 kali seminggu dan banyak makan protein. ''terangnya.
Ketika ditanya soal apa yang ada dibenaknya saat melakukan onani, ia mengatakan selalu membayangkan orang-orang terdekatnya. Mulai dari kekasih, teman hingga keluarga.

Gila..pembantu jururawat cabut kuku tangan dan kaki pesakit kerana stress

Posted: 13 Sep 2011 01:45 AM PDT


Stress merupakan hal yang sering kita temui. Di kala kita tertekan oleh beban pekerjaan, suasana di rumah yang kacau bilau, atau hal lainnya yang membuat fikiran pusing, kita kadang-kadang perlu melakukan kegiatan lain untuk melepaskan stres. Namun, yang dilakukan pembantu jururawat Akemi Sato untuk menghilangkan stress benar-benar gila!

Sato, 37, ditangkap polis kerana telah mencabut hingga lepas kuku kaki dan tangan pasiennya yang berusia 80 tahun dan menderita senile dementia (pikun) di hospital Mori, Kyoto, Jepun.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Sato melakukannya. Pada bulan Januari tahun 2006 dia pernah ditangkap polis oleh kes serupa. Dia dipenjara selama 3 tahun 8 bulan kerana di tahun 2004 dia telah melukai 6 orang pesakitnya dengan cara mencabut hinggal lepas 49 kuku tangan dan jari para pesakitnya. Mereka semua tidak mampu bergerak setelah terkena stroke ataupun penyakit lainnya.

Pengadilan wilayah Kyoto mengatakan bahawa Sato melakukan hal tersebut untuk melepaskan stress dari pekerjaan tambahan yang diberikan oleh atasannya.

Setelah bebas, dia dipekerjakan oleh hospital Mori awal Ogos Tugasnya adalah untuk mengganti cadar dan pampers orang dewasa. Namun, sepertinya "kebiasaan" Sato belum hilang.

Pada 24 Ogos, rakan kerjanya menemukan darah pada kaki seorang pesakit yang sudah tua. Ketika diselidiki lebih lanjut, Sato akhirnya mengaku telah mencabut lepas kuku pesakit wanita tersebut.

Melihat dari resume Sato, hospital awalnya yakin Sato adalah jururawat yang berpengalaman dan cekap. Mereka tidak mengetahui Sato pernah dipenjara. Namun, setelah dipekerjakan, pihak hospital mengatakan Sato tidak bekerja dengan baik dan harus selalu diawasi. Hubungan kerja antara dia dan atasannya juga tidak baik.

Polisi melaporkan bahawa ada beberapa pesakit lain di hospital Mori yang diketahui kukunya telah terlepas, tetapi tidak menjelaskan apakah Sato juga bertanggungjawab atas hal tersebut.

Sumber: Weird Asia News, Japan Today

Cara mengemis yang ekstrim pasangan ibu dan anak ini

Posted: 13 Sep 2011 12:46 AM PDT


Cara mengemis pasangan ibu dan anak ini di China ini memang boleh dikatakan cukup ekstrim. Ketika sang ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, sang anak lalu beraksi seakan-akan ibunya itu telah tiada untuk menarik simpati pejalan kaki yang lalu lalang.



Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak di sebuah lokasi pedestrian. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti 'jasad'nya dari leher hingga kaki. Di sampingnya, para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis sejadi-jadinya. Anak itu bahkan memletakkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan ke orang yang sedang melalui di tempat itu.

Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, China, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas keamanan mendatangi lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya.

Kemiskinan tampaknya telah membuat sebahagian orang menjadi cukup kreatif... Namun sayangnya tak ramai daripada mereka yang mampu mengaplikasikan kelebihan mereka itu di jalan yang sepatutnya.-idbite.com

sumber: asiaone
foto: stomp.com.sg

Anjing PintarDapat Mengimbangkan Biskut Seperti Sarkis

Posted: 12 Sep 2011 11:45 PM PDT

Dengan tumpukan biskut anjing yang diletakan pada hidungnya, haiwan berbulu yang satu ini mempunyai kemampuan mengimbangkan benda yang sangat hebat.

Anjing ini telah dilatih khusus untuk berpose hampir tidak bergerak dengan tumpukan snack favoritenya yang bertenggek di atas hidung.

Snack menggoda ini diletakkan satu persatu di atas hidungnya, dan walaupun air liur bertitisan dari mulutnya, anjing ini tetap menunggu dengan sabar.

Bahkan sang anjing mampu tetap tak bergerak ketikakekasih pemiliknya, Andrew B








Sumber : dailymail

Gadis 5 Tahun Menemukan Fosil Berusia 160 Juta Tahun Hanya Dengan Sebuah Skop

Posted: 12 Sep 2011 10:45 PM PDT

Seorang gadis berusia lima tahun berhasil menggali sebuah fosil langka yang diperkirakan telah berumur 160 juta tahun.

Emily Baldry (5) menemukan fosil Rieneckia Odysseus dengan diameter 16 inci, di Cotswold Water Park di Gloucestershire dengan bantuan ayahnya Jon, 40.

Diketahui, Rieneckia Odysseus adalah sisa-sisa moluska yang hidup di lautan selama zaman Jurassic, yang memiliki cengkerangg bermotif spiral dengan duri-duri yang menonjol untuk menjauhkan musuhnya. Itulah yang membuat Emily menamai temuannya itu 'Spike' atau 'Duri'.

Ketika ditemukan fosil ini terbungkus dalam batu lumpur, sehingga Emily memberikannya kepada seorang ahli geologi Neville Hollingworth untuk kajian.

Emily kembali bertemu dengan fosil itu pada hari Minggu di Pusat Informasi dekat Cirencester, mana fosil tersebut dipertunjukkan.

"Sangat menarik untuk kembali melihatnya. Saya sangat senang ketika pertama kali melihat dia dan sekarang Spike terlihat sangat cantik." tutur gadis asal Chippenham, Wiltshire ini.

"Sangat mempesona melihat mereka merestorasi fosil itu.Setelah ditampilkan di sini kami akan membawanya kembali ke rumah, namun akan sulit untuk menyimpannya kerana kita memiliki anak kecil dan fosil itu sangat tajam. "

"Ini adalah Ammonite pertama dari jenis ini yang ditemukan utuh di Inggris." tutur Dr Hollingworth, yang menghabiskan satu tahun memulihkan fosil tersebut.

Sumber : dailymail