Adsense

Rabu, 7 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rockaway 2011 Hampa, SUM 41 & Dashboard Confessional Digantikan All Time Low & Story Of The Year!

Posted: 07 Sep 2011 09:04 PM PDT

Pada sidang media yang lepas, pihak Livescape sudah menjanjikan para peminat bahawa SUM 41 & Dashboard Confessional akan beraksi di konsert rock terbesar di Malaysia, Rockaway 2011. Namun  pihak penganjur telah membuat perubahan apabila kedua-dua band yang terkenal ini menarik diri dan digantikan dengan All Time Low & Story Of The Year yang tidak kurang hebatnya.

Rockaway yang lepas telah menerima hampir 10,000 penonton secara langsung dan 300,000 penonton di internet. Pada kali ini, pihak penganjur mengharapkan sokongan padu orang ramai dan mahu mengekalkan konsep siaran secara langsung di internet seperti sebelumnya.

Artis-artis tempatan yang akan memeriahkan konsert ini termasuklah Hujan, Jason Lo, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, Love Me Butch, Monoloque,  Metalasia, Pop Shuvit & Project E.A.R, They Will Kill Us All dan ramai lagi.

Konsert yang akan berlangsung pada 8 Oktober ini akan bertempat di Bukit Jalil dan tiketnya boleh dibeli secara online di airasiaredtix.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Flash News! Reese Witherspoon Dilanggar Kereta Ketika Joging!

Posted: 07 Sep 2011 08:43 PM PDT

Berita mengejutkan ini mengatakan Reese Witherspoon, 35, yang popular dengan filem "Sweet Home Alabama" telah dilanggar kereta ketika sedang berjoging.

Dia yang mahu melintas jalan pada ketika itu tiba-tiba dilanggar oleh seorang pemandu wanita yang berumur 84 tahun.

Wanita tua itu gagal memberhentikan kenderaannya pada masa kejadian tetapi dikhabarkan Reese Witherspoon hanya mengalami luka-luka kecil dan biasa sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...