Adsense

Ahad, 7 Ogos 2011

Zon Artis

Zon Artis


Perkahwinan Ketiga Aishah Berakhir, Diceraikan Melalui SMS

Posted: 07 Aug 2011 08:22 PM PDT

AISHAH DAN FAIZAL BERCERAI MELALUI SMS

Berita perceraian Aishah dengan suami barunya, Faizal Sazali Zulkifli sudah kami dengar bulan lepas lagi. Tapi disebabkan waktu itu laptop kami mempunyai sedikit masalah dan tiada pula laptop backup, maka kami tidak dapat untuk mengupdatenya sehinggalah kami terlupa.

Tapi selepas terbaca semula berita mengenai perceraian'nya itu, tak best pula rasanya kalau kami tak update kat sini. Takut ada yang tak tahu nanti. Huhu..

Untuk yang mungkin masih tak tahu, Aishah telah bernikah dengan Faizal pada 30 April 2010. Pernikahan pula dilangsungkan secara diam-diam di Narathiwat, Thailand. Kerana itu tidak ramai yang tahu mengenai pernikahan kali ketiganya ini sehinggalah Aishah tampil membuat kenyataan.

Kini, belum pun selesai kes mahkamah disebabkan berkahwin di Narathiwat, Thailand itu, Aishah dengan Faizal akhirnya bercerai. Aishah mengesahkan yang Faizal 'melafazkan' cerai pada 19 Mei lalu dan ianya dibuat hanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Untuk berita yang panjang lebar, anda boleh baca di Berita Harian.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gambar Bakal Suami Noraniza Idris, Umum Tarikh Perkahwinan Selasa Ini

Posted: 07 Aug 2011 06:15 AM PDT

GAMBAR BAKAL SUAMI KETIGA NORANIZA IDRIS

Nampaknya, memang benar berita yang kami dengar mengatakan penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu pop etnik iaitu Noraniza Idris akan berkahwin lagi. Seperti apa yang dilaporkan oleh Metro Ahad, Noraniza Idris akan memaklumkan tarikh perkahwinan'nya pada hari Selasa ini. Jadi sama-sama kita nantikan.

Dan untuk info, bakal suami Noraniza Idris itu berasal dari Singapura. Namanya Jeffri Hudi, berumur 52 tahun dan berstatus duda anak empat. Untuk makluman juga, Jeffri Hudi merupakan seorang ustaz yang berkhidmat sebagai bilal bebas di negaranya, Singapura. Kat bawah ni gambar bakal suami Noraniza Idris tu.

GAMBAR BAKAL SUAMI KETIGA NORANIZA IDRIS
Sorry! Gambar agak kabur kerana telah di-resize.

Kalau nak baca berita lanjut, anda boleh baca di Metro Ahad.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.