OHBULAN! |
Trailer : Review Filem Komedi Terbaru, “Horrible Bosses”. Posted: 07 Aug 2011 11:03 PM PDT
Calon pengurusan Nick Hendricks (Jason Bateman) telah menghabiskan 12 jam setiap hari kerana telah dijanjikan kenaikan pangkat oleh penyelianya, Dave Harken (Kevin Spacey) untuk akhirnya mengetahui ianya tidak akan berlaku. Sementara itu, pembantu doktor gigi Dale Arbus (Charlie Day) telah berjuang untuk mengekalkan maruahnya terhadap Dr. Julia Harris, D.D.S. (Jennifer Aniston), apabila beliau tiba-tiba memanaskan keadaan. Dan akauntan Kurt Buckman (Jason Sudeikis) baru sahaja mengetahui yang bos syarikat beliau, Bobby Pellit (Colin Farrell), bukan sahaja berazam merosakkan karier beliau, tetapi merancang untuk membuang sisa toksik ke satu tempat. Berhenti bukan satu pilihan. Jadi, mereka pergi mendapatkan khidmat bekas penjenayah (Jamie Foxx), dan meminta nasihat dari lelaki ini cara-cara untuk membunuh majikan mereka. Walau macam mana pun, rancangan mereka tidak berjalan lancar dan mempunyai banyak halangan. Dapatkah mereka membunuh bos-bos mereka? Jadi nantikan filem ini di panggung wayang terdekat rumah anda. Yeahh! Apa-apa pun, layankan trailer filem ini dahulu atau kunjungi laman rasmi Horrible Bosses selepas ini. ![]() |
Gambar : David Beckham & Baby Perempuan, Harper Seven Beckham. Posted: 07 Aug 2011 08:02 PM PDT Cute alert! Victoria telah berkongsi gambar David Beckham bersama baby perempuan mereka, Harper Seven Beckham melalui laman Twitter-nya, hari ini.
Menurut sumber terapat: Harper merupakan gelaran yang digunakan ketika zaman Inggeris lampau, satu nama yang disukai oleh Victoria Beckham. Manakala, Seven pula adalah nombor bertuah kerana secara kebetulan baby perempuan ini dilahirkan sekitar pukul 7.55, pada bulan ke-7. David Beckham, 36 yang kini mewakili pasukan LA Galaxy telah berkahwin dengan Victoria Beckham, bekas ahli kumpulan Spice Girls pada tahun 1999. Mereka telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki iaitu Brooklyn, Romeo & Cruz. ![]() |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |