Adsense

Selasa, 9 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Sah! Dashboad Confessional & Sum 41 Adakan Konsert Di Malaysia, Oktober.

Posted: 09 Aug 2011 04:30 PM PDT

Kejutan untuk semua peminat Dashboard Confessional & Sum 41 apabila kehadiran mereka telah disahkan oleh pihak penganjur Rockaway 2011 pada 8 Oktober 2011, di parking kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil. Berita ini diumumkan secara rasmi oleh pihak Livescape ketika majlis sidang media yang berlangsung di Hotel Piccolo Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

Sum 41, diketuai oleh Deryck Whibley sering disinonimkan dengan persembahan bertenaga & gila dalam mana-mana konsert yang dihadiri mereka. Album terbaru Sum 41, 'Screaming Bloody Murder' yang dilancarkan awal tahun ini bakal dipersembahkan untuk menghiburkan peminat tanpa melupakan lagu hit mereka seperti Pieces & In Too Deep.

Jikalau Sum 41 lebih menumpukan remaja sekolah, Dashboard Confessional menjanjikan pengalaman persembahan untuk peminat kalangan kolej dengan lagu mereka berjudul, Vindicated. Rata-rata pihak media amat teruja dengan kehadiran Dashboard Confessional yang diibarat mengimbau kenangan silam ketika "zaman kolej". Pada Ogos 2009, Dashboard Confessional telah menyumbang sebuah lagu untuk filem Jennifer's Body lakonan Megan Fox berjudul, Finishing School.

Pada masa yang sama, Rockaway 2011 turut menampilkan barisan 16 band-band tempatan popular seperti Hujan, Tres Empre, Twilight Actiongirl, Dichi Michi, Oh Chentaku, Busco, Pop Shuvit, Deja Voodoo Spell, Kyoto Protocol, They Will Kill Us All, LO, Monoloque, Love Me Butch, Metalasia, Massacre Conspiracy, dan One Buck Short.

Penganjuran Rockaway siri pertama pada tahun 2009 berjaya menarik 10000 penonton Jadi, Rockaway 2011 dijangka akan menarik 2 kali ganda penonton sementelah diperkuatkan lagi dengan kehadiran band bertaraf antarabangsa.

Tiket pra-jualan dijual pada harga RM68 & konsert bermula mulai tengah hari. Untuk keterangan lanjut boleh lawati Rockaway 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Two & A Half Men : Ashton Kutcher Ganti Charlie Sheen Sebagai Watak Utama.

Posted: 09 Aug 2011 04:20 PM PDT

Peminat drama bersiri Two & A Half Men kini boleh menarik nafas lega apabila watak Charlie Harper yang dipegang oleh Charlie Sheen bakal digantikan oleh pelakon komedi, Ashton Kutcher.

Charlie Sheen telah dipecat oleh CBS & Warner Bros daripada membintangi drama tersebut pada 11 Mac 2011 kerana ketagihan dadah dan membuat kenyataan negatif mengenai produser Two & A Half Men, Chuck Lorre. Sebelum itu, Charlie Sheen (yang dibayar USD1.8 juta setiap episod) telah meminta untuk dinaikkan bayaran lakonannya lebih daripada 50% kepada USD3 juta bagi setiap episod membuatkan pihak produser tidak teragak-agak untuk memecat beliau.

Bagi menamatkan watak Charlie Harper, pihak CBS & Warner Bros dilaporkan akan mematikan watak Sheen atas sebab-sebab tertentu ketika penayangan siri premier musim ke-9, kelak. Aset Charlie Sheen yang berada di Malibu akan disenaraikan untuk jualan dan pembeli merupakan selebriti daripada sitkom The Big Bang Theory arahan Chuck Lorre. Ironi, kan?

Walau bagaimanapun, musim ke-9 Two & A Half Men akan memaparkan Ashton Kutcher memegang watak sebagai Walden Schmidt, "seorang billionaire internet yang patah hati".

Ashton Kutcher yang ditemui oleh pihak media menjanjikan lakonan yang terbaik untuk menghiburkan peminat setia drama Two & A Half Men.

"I can't replace Charlie Sheen but I'm going to work my ass off to entertain the hell out of people!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.