Adsense

Jumaat, 5 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Gambar : Dahlia Teck Berpegangan Tangan Bersama Jejaka Popular?

Posted: 05 Aug 2011 10:46 AM PDT

Hari ini, kami menerima 2 keping gambar Dahlia Teck bercuti-cuti bersama rakan, serta seorang jejaka yang dipercayai amat popular orangnya.

Tegap & sasa orangnya. Kasih sayang seorang abang terhadap adik, mungkin? Iya'lah, takut juga adik sesat dalam Universal Studio Singapura yang seluas 20 hektar tu kan. Susah nak cari nanti.

Bersangka baik lah kita sempena bulan Ramadhan ini. Ehem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Produk SimplySiti Dijamin Halal.

Posted: 05 Aug 2011 02:43 AM PDT

Penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza telah dihujani dengan pelbagai dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai isu halal berkenaan produk SimplySiti. Antara dakwaan yang dikemukakan oleh individu tersebut ialah mengenai status berus SimplySiti disyaki datangnya daripada babi.

Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini.

"Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim." – Siti Nurhaliza

Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.