Nuffnang

macam macam hiburan terkini

sumber :-

macam macam hiburan terkini


Amy (Search) Terkejut Nabila Mahu Cerai

Posted: 22 Aug 2011 09:38 PM PDT


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.

Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.

"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Nabila Huda

Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.

Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.

Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.

Zahiril Akui Belum Boleh Memilih

Posted: 22 Aug 2011 09:38 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Shera Aiyob pada November depan mengakui masih belum boleh memilih watak dalam drama atau filem mengikut kehendaknya.

Tambah Zahiril, dia mengakui dirinya masih lagi baru untuk terlalu memilih watak biarpun kadang kala dia sedar watak yang dibawanya mampu menjejaskan namanya.

"Setiap pelakon kalau boleh ingin berlakon watak yang memberi kepuasan kepada mereka, terutamanya pelakon yang belajar tentang dunia lakonan,

"Setiap kelakuan, intonasi suara dan pergerakan semuanya mempunyai makna tersendiri,

"Namun buat masa sekarang saya masih baru dan lakonan ini adalah punca rezeki utama saya, jadi saya tiada pilihan selain menerima apa sahaja tawaran berlakon biarpun kadang kala ada watak yang saya tidak suka," ujarnya.

Tambah Zahiril, apa yang mampu dilakukan ialah menjadikan sesebuah watak tersebut sesuatu yang lain.

"Saya sedar ada juga watak yang saya terima boleh menjatuhkan saya, jika saya menerima watak sebegitu biasanya saya akan cuba untuk beri sesuatu yang membaiki watak tersebut," katanya.

Dalam pada itu, dia sedang merancang untuk membuat perniagaan sebagai pendapatan sokongan.

"Memang saya merancang untuk berniaga, memandangkan pendapatan bidang lakonan yang tidak menentu, buat masa ini saya beri sokongan pada Shera yang ingin membuka butik pakaiannya tidak lama lagi," katanya.

Deejay Lin Pertama Kali Memandu Jauh Pulang Beraya

Posted: 22 Aug 2011 09:37 PM PDT


PENYAMPAI radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini penuh bererti kerana dia akan memandu sendiri kereta Persona yang diterimanya baru-baru ke kampungnya di Johor Baru.

Lin yang terkenal dengan segmen Suria Cinta ini hanya bercuti sehari sahaja iaitu pada Hari Raya kedua pada tahun ini.

Sambil bersyukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada Proton, dia berkata, inilah kali pertama dia memandu jauh sekali gus benar-benar menguji skil pemanduannya selepas lulus ujian memandu pada awal Julai lalu.
DJ Lin bergambar dengan para peminatnya.

"Alhamdulillah, saya lulus dengan sekali ujian naik bukit dan parkir. Tahun ini, insya-Allah, saya akan memandu balik kampung untuk beraya," katanya.

Beliau ditemui pada majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya dan anak-anak yatim Rumah An-Najjah di restoran Arab, Sarawabina Cafe, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Dia turut meraikan kira-kira 100 peminat dan anak-anak yatim dan turut menyerahkan cenderahati, barang-barangan keperluan dan duit raya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Mengulas mengenai aktiviti amal jariah yang dilakukannya, deejay Lin berkata, dia ingin meneruskan tradisi keluarga pada bulan suci ini dengan beramal.
DJ Lin menyampaikan cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim.

"Apa yang kita terima atau dapat daripada Tuhan, kita kena berikan balik. Pada setiap bulan Ramadan, ibu sering membawa saya bertandang ke rumah anak-anak yatim untuk memberikan sumbangan.

"Oleh itu, saya terpanggil untuk meneruskan tradisi ini dengan memberikan apa-apa sumbangan yang mampu," katanya.

Dia menambah, tanpa sokongan semua pihak dia tidak akan mencapai status dan kedudukan seperti sekarang.
DJ bersama anak-anak yatim Rumah An-Najjah dalam sesi fotografi selepas berakhirnya majlis buka puasa dan penyerahan sumbangan wang tunai.

Pada malam itu, para peminatnya datang dari seluruh negara antaranya dari Kedah, Melaka, Nilai dan Lembah Kelang.

Sementara itu dia amat berbangga kerana bilangan rakan Facebook miliknya sudah mencecah angka 52,000 dalam tempoh beberapa bulan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan