Adsense

Ahad, 21 Ogos 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Tonton.com.my Tawar Program Menarik Sempena Musim Perayaan

Posted: 20 Aug 2011 05:29 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

Antara pakej menarik yang ditawarkan di Tonton.

PETALING JAYA: Sempena musim perayaan kemerdekaan dan Aidilftiri yang bakal menjelang tiba, portal video Tonton kini menawarkan koleksi filem dan rancangan menarik.

Sebanyak tiga pakej baru diperkenalkan pada bulan ini iaitu 'Retro Movies', 'Syoknya Raya' dan 'Istimewa Merdeka'.

Dengan harga serendah RM8 untuk empat tayangan retro terbaik, Tonton menawarkan pilihan filem seperti Jutawan Segera, Cik Mala Janda Berhias dan Pengantin Popular.

Malah, penonton juga ditawarkan pembelian serendah RM4 untuk setiap buah filem bagi langganan selama sebulan.

Sementara pakej 'Syoknya Raya' menampilkan koleksi telefilem terbaik seperti Bagaikan Sumayyah (2010), Selangkah ke Syurga (2008), Malam 7 Likur (2007), Airmata Syawal (2004) dan Berakhirnya Sebuah Ramadan (2001).

Penonton boleh menonton kesemua drama terbaik ini dengan pakej langganan serendah RM10 sahaja atau dengan bayaran RM4 untuk setiap telefilem.

"Istimewa Merdeka" menawarkan pilihan konsert patriotik terhebat. Dengan hanya RM4, penonton berpeluang merasai kemeriahan sambutan sekitar Konsert Sudirman (1986) dan Konsert Merdeka KLCC (2003).

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my.

///mstar///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.