Adsense

Ahad, 21 Ogos 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Apakah Polis Malaysia Balas Dendam @ Beri Peringatan?

Posted: 20 Aug 2011 12:32 PM PDT

polis-rasuah

KUALA LUMPUR – Dua warga negara Singapura dan seorang rakyat tempatan ditahan peronda lebuh raya Bukit Aman atas cubaan merasuah polis ketika operasi had pandu laju  di Kilometer 224 Lebuhraya Utara Selatan, Jumaat.
Penahanan itu dibuat hanya beberapa hari selepas seorang warga Singapura merakamkan tindakan seorang polis tempatan meminta 'duit kopi' dan klip itu kemudiannya disiarkan di sebuah laman web terkenal di negara itu.

Penahanan dua warga Singapura yang dibuat itu mungkin sebagai peringatan polis kepada warga Singapura agar jangan menawarkan rasuah kepada para anggota mereka.
Pegawai Turus Trafik Bukit Aman, Supt Hamzah Ahmad berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berumur antara 34 dan 45 tahun, menawarkan antara RM30 hingga RM50 kepada anggota polis yang menahan mereka.
"Kenyataan mereka telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau sebelum mereka dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuam Malaysia cawangan Seremban untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Beliau menambah, operasi berkenaan berlangsung selama dua jam bermula 9 pagi melibatkan 17 kakitangan yang diketuai Cif Inspektor Mohd Zain Mat Dris.
Sejumlah 40 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju, lesen dan cukai jalan tamat tempoh.
Sementara itu, akhbar Sin Chew melaporkan, pihak polis telah mengenal pasti anggota trafik yang meminta 'duit kopi' daripada warga Singapura seperti yang disiarkan dalam klip video yang dinyatakan sebelum ini.
Menurut akhbar itu, anggota berkenaan telah digantung jawatan sementara menunggu siasatan dijalankan.
Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan pemandu warga Singapura itu yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju yakni 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.
Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.
Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.
Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta 'duit kopi' sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.
Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah 'duit kopi' itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut.
Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.
Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema 'Malaysia Truly Asia' sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan kehebatan negara ke mata dunia.

EPL: Arsenal tewas 0-2 kepada Liverpool

Posted: 20 Aug 2011 12:25 PM PDT

Arsenal 0-2 Liverpool
LIVERPOOL merekodkan kemenangan pertama ke atas Arsenal di gelanggang lawan sejak tahun 2000 dengan membenam skuad The Gunners 2-0 di Stadium Emirates malam ini.

Aaron Ramsey menghadiahkan gol sendiri kepada pasukan lawan pada minit ke-78 sebelum Luis Suarez menambah derita anak buah Arsene Wenger di minit akhir perlawanan untuk kedudukan muktamad dua gol tanpa balas.
Dalam aksi pembukaan minggu lalu, Arsenal terikat tanpa jaringan dengan Newcastle manakala Liverpool mencatat keputusan seri 1-1 dengan Sunderland di Anfield.
Arsenal berdepan satu lagi ujian besar minggu depan apabila bertandang ke Old Trafford untuk membuat perhitungan dengan juara bertahan, Manchester United.
Sementara Liverpool melayani kunjungan Bolton pada Ahad depan.

Kontroversi David Villa Hina Islam Adalah Tidak Benar

Posted: 20 Aug 2011 12:23 PM PDT

http://www.labuair.com/wp-content/uploads/2011/08/ozil-villa.jpg
Sehari dua ini kecoh mengenai kes David Villa menghina islam. Setelah dikaji selidik dari pelbagai sumber. Didapati berita tersebut adalah palsu. Tidak ada sumber dari Ozil sendiri di keluarkan. Khabar angin menyatakan ianya bermula dengan tweet daripada Ozil menyatakan "Saya melakukan ini kerana mempertahankan agama saya kerana David Villa menghina islam" . Setelah diselidiki, sebenarnya Ozil tidak pernah mempunyai akaun twitter sendiri yang official. Ini berdasarkan tweet yang ditulis oleh rakan beliau Sami Khedira (@SamiKhediraReal). Dan ada sumber menyatakan akaun twitter asal yang melakukan posting mengenai ini sudah didelete.

Sumber dari Marca (Akbar Sepanyol) ada menyatakan bahawa Ozil bertindak sedemikian kerana Villa menampar beliau dari belakang. Namun tidak langsung menyentuh mengenai isu keagamaan. Marca merupakan akbar Sepanyol yang berpengkalan di Madrid.
Hari ini setelah dua hari Ozil sendiri tampil melakukan sidang media. Beliau menyatakan beliau tidak bersalah atas pergaduhan antara beliau dengan David Villa. "Anda boleh melihat dalam kaca televisyen. Saya tidak bersalah". Beliau langsung tidak menyebut  mengenai hal keagamaan seperti yang tersebar di laman sesawang. Malah dari pihak Real madrid sendiri tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai isu ini.
Mengikut beberapa tweet yang sempat dibaca ada menyatakan bahawa isu ini sengaja dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak yang berasa iri hati dengan kejayaan pasukan Barcelona merangkul kejuaraan Super Cup. Kes ini boleh dianggap selesai kerana tiada sumber yang rasmi sama ada dari pihak Real Madrid, Barcelona, David Villa mahupun Mesut Ozil sendiri.

Gambar Liyana Jasmay Bertudung

Posted: 20 Aug 2011 12:22 PM PDT



Perkembangan terbaru Liyana Jasmay adalah baru-baru ini dia mengalami keracunan makanan, tidak dinyatakan oleh Liyana, cirit birit tapi muntah-muntah saja pada lewat pagi sebelum sahur. Liyana keracunan akibat berbuka puasa di sebuah restoran makanan laut. Akibat daripada itu, Liyana terpaksa terlantar dihospital 3 hari dan dimasukkan 13 drip air mengikut komennya kepada portal GUA.

Tue lah Liyana, hati-hati makan kat luar ni, kan bagus berbuka di rumah, masak sendiri, kang jadi isteri, kenalah belajar memasak. Hehe. Gambar Liyana bertudung diatas diamik sempena majlis berbuka bersama anak-anak yatim Rumah Rabeka di Restoran Ikan Sungai baru-baru ini. 

Abby, Zul berkasih sayang

Posted: 20 Aug 2011 12:21 PM PDT



Dek beberapa hari lagi disaat pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza, kini gempar dengan paparan 'sayang-sayang' oleh bekas isteri Norman, Abby Abadi kepada pelakon muda, Zul Ariffin. Memang so sweet melihat kedua-duanya saling berbalas 'post' di Facebook masing-masing. Tapi 'sayang' yang seperti apa mereka berdua maksudkan? apa perlu di 'post' kan benda-benda seperti ini? admin rasa mereka lah artis pertama yang 'berkasih sayang' di Facebook, Lisa Surihani pon tak da 'post' seperti ini untuk buah hatinya kan. Hehe. Apa-apa jerk ler, asal bahagia.



Gambar Siti Shahrizah Bertudung

Posted: 20 Aug 2011 12:19 PM PDT




Nampak manis sekali apabila pelakon, Eja atau Siti Shahrizah memperkenakan tudung dan pakain busana muslimah pada dirinya. Terserlah keayuan dirinya. Tapi tidak dapat dipastikan perubahan ini kekal atau tidak, memandangkan dalam bulan Ramadhan pastinya ramai selebriti yang berlumba-lumba nak pakai tudung dan menutup aurat pada bulan suci ini. Kita doakan agar semoga perubahan Eja ini kekal lah yer. Bertambah lah artis kita yang terima hidayah selepas ni.