Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


Fama Lancar Kempen Satu Rumah Tiga Pokok Kelapa

Posted: 27 Aug 2011 03:57 PM PDT

http://1.bp.blogspot.com/_d_CG2k81yh4/SZ4F0zA5aRI/AAAAAAAADYk/sugPOzb46yE/s320/k100_1133.JPG
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan melancarkan kempen 'Satu Rumah Tiga Pokok Kelapa' selepas sambutan Adilfitri ini bagi menangani masalah bekalan kelapa setiap kali musim perayaan.
Pengerusinya Datuk Badruddin Amiruldin berkata Fama yakin jika kempen itu berjalan dengan baik, negara boleh mengurangkan import kelapa pada masa akan datang.



"Bukannya susah pun nak tanam pokok kelapa, hanya perlu letak sahaja di atas tanah dan ia akan tumbuh sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas PraSyawal peringkat negeri Kedah, di sini Rabu.

Badruddin berkata demikian ketika mengulas krisis bekalan kelapa yang dihadapi negara baru-baru ini sehingga memaksa kerajaan mengimport enam juta biji kelapa bagi menampung permintaan yang tinggi menjelang Syawal.

Dalam perkembangan lain, Badruddin berkata pihaknya telah menghantar dua pegawai Fama ke setiap pasar tani di seluruh negara bagi memantau harga barang.

"Walaupun harga barang di semua pasar tani adalah lebih rendah iaitu 5 hingga 20 peratus berbanding yang dijual di tempat lain, tetapi kita tetap memantau kerana kita tidak mahu ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.


Beliau berkata peniaga yang tidak patuh arahan itu boleh dikenakan tindakan tegas oleh Fama. – BERNAMA

4 Remaja Rusia Yang Merogol Seorang Rakyat Malaysia Dipenjara 36 tahun

Posted: 27 Aug 2011 03:53 PM PDT



LONDON 24 Ogos – Mahkamah Woolwich Crown di sini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 36 tahun ke atas empat lelaki Rusia kerana merogol seorang pelajar wanita rakyat Malaysia dan merakam kejadian itu menggunakan telefon iPhone.

Keputusan tersebut dijatuhkan ke atas Oleg Ivanov dan Gregory Andreev Melnikov, masing-masing 23, Norayr Davtyan, 22, serta Armen Simonyan, 19, kesemuanya pelajar sebuah kolej berpestij di selatan London selepas 11 juri termasuk empat wanita sebulat suara mendapati mereka bersalah.
Davtyan yang merupakan ketua kumpulan tersebut dikenakan hukuman penjara 10 tahun, Melnikov pula dipenjara sembilan tahun, manakala Ivanov dan Simonyan masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.
Hakim Peter Murphy berkata, rakaman video tersebut menunjukkan defendan tidak berperikemanusiaan dan hanya menyifatkan mangsa berusia 18 tahun itu sebagai objek seks.
Keempat-empat pelajar lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 21 Januari lalu di bilik Davtyan ketika kolej berkenaan mengadakan parti disko untuk pelajar-pelajarnya.
Rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bercakap dengan Melnikov di satu ruang merokok di kolej tersebut sebelum dibawa ke bilik Davtyan.
Di bilik tersebut, mangsa dilihat muntah dan terbaring di lantai dan akhirnya bersendirian bersama empat lelaki tersebut di bilik berkenaan apabila parti itu tamat.
Rakaman video daripada iPhone milik Davtyan menunjukkan keempat-empat lelaki itu merogol gadis tersebut antara pukul 12.38 malam dan 3.10 pagi.
Ivanov, Melnikov, Davtyan, Simonyan sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah ke atas dua tuduhan merogol.
Mereka mendakwa perbuatan mereka itu mendapat persetujuan mangsa. – Agensi

Video Irma Hasmie di Bulan Ramadhan

Posted: 27 Aug 2011 03:45 PM PDT





Dalam rancangan Syoknya Puasa terbitan OneHeart Creative Solution yang mempunyai channel tersendiri di laman sesawang YouTube, videonya banyak menampilkan rakaman secara live daripada selebriti dan juga pemimpin tempatan. Paling menjadi perhatian adalah Irma Hasmie menjadi jemputan rancangan berkenaan. Memang paling menarik, sebab Raya tahun ni, Irma memiliki perubahan yang besar terhadap dirinya. Jom lihat 'ngomong' Irma terhadap bulan puasa ini.
:)



Gambar Keluarga Eizlan Yusof

Posted: 27 Aug 2011 03:42 PM PDT








Comel sungguh melihat anak kepada pelakon, Eizlan Yusof, Vie Zaara yang kini dah berusia 3 tahun. Vie Zaara dikatakan amat bertuah kerana pada usianya yang cukup muda, ada sebuah syarikat sanggup menaruh harapan besar kepadanya untuk menjadi seorang pemodel peragaan. Emaknya Vie Shanty yang menjadi pengurus kepada Vie Zaara. Dengar cerita lagi, Eizlan sekeluarga akan beraya di KL kemudian raya ke-2 mereka akan terbang ke Sabah. Sebagai keadilan seorang suami terhadap isterinya.


Zuar XPDC ikut jejak Syam Kamikaze?

Posted: 27 Aug 2011 03:40 PM PDT






Alhamdulillah kepada mantan rockers yang masih aktif, Zuar dari kumpulan XPDC kerana dikhabarkan telah berubah menjadi manusia yang lebih beragama. Infomarsi ini diterima melalui laman seorang Facebooker yang bernama Mustaman Bin Mustain. Namun dalam album photo berkenaan (Zuar berbaju Melayu hijau) memberitahu kepada pemerhati selebriti yang Zuar sebenarnya masuk PAS seumur hidup. 

Danny X-Factor Nikah 16 September

Posted: 27 Aug 2011 03:36 PM PDT





Tahniah kepada pelakon Danny yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman tunangnya pada 16 September ini bersama tunangnya yang juga seorang pramugari, Fazlin Zakaria. Mereka ditunangkan pada 30 Mac lalu. Majlis pada 16 September ini dilakukan di Kampar, Perak secara sederhana jer

Yang menariknya, tanggal 16 September ini merupakan tarikh yang bersejarah buat Malaysia, dimana Tanah Melayu dan Sabah Sarawak telah bergabung menjadi Malaysia yang berdaulat. Mungkin tema kahwin Danny rasanya berunsur patriotik kot. Hehe.

"Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan," kata Danny.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan