Adsense

Selasa, 16 Ogos 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Orang Emas Ditangkap

Posted: 15 Aug 2011 02:59 PM PDT




KUALA LUMPUR: "Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini," kata 'orang emas' yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.


Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi 'orang emas' atau 'Gold Man' adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. "Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.
"Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa," katanya.
Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.
"Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja," katanya.
Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.
Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.

Apa Itu Mohor Besar Raja Raja Melayu?

Posted: 15 Aug 2011 01:31 PM PDT



Tiba bulan puasa dan raya kita akan mendengar menantikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu memberi ucapan beliau di kaca TV. Pengumuman tahun ini dibacakan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang baru. Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara setelah memegang jawatan sejak 1989.Ada tak diantara kamu yang tertanya-tanya. Apa itu Mohor Besar Raja-Raja Melayu?Dibawah sedikit maklumat tentang apa itu Mohor Besar Raja Raja Melayu.
MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.
Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan ?Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu? dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.
Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos GBP 211.10
FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA
Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.

Mohor Besar Raja-Raja
Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada ?cap getah? yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.

Apa Itu Android?

Posted: 15 Aug 2011 01:26 PM PDT


Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah anda di luar sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android?
Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S2, Sony Ericsson Xperia X8, HTC Desire S, dan sebagainya. Untuk melihat harga (RM) telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, sila rujuk sini.

Nabil RL Nikah September ini dengan bekas Pramugari Airasia

Posted: 15 Aug 2011 01:21 PM PDT



Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi,Nabil Ahmad,28,membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.Nabil bakal berkahwin pada 30 September ini. Majlis Resepsi pula akan dibuat di I-City Shah Alam pada 2 Oktober nanti. Nabil dan Azira baru mengikuti kursus perkahwinan.Nabil menyatakan Azira merendah diri, tak suka menunjuk-nujuk dan ikhlas.Sebab tu la dia suka Azira. Azira ni jugak rapat dengan Adik Ipar Nabil. Tapi Nabil dan Azira tak rapat padamulanya, bercakap pun jarang-jarang je.. Tapi dah jodoh mereka.

Erra Fazira Miliki Motor Berkuasa Tinggi

Posted: 15 Aug 2011 01:18 PM PDT




Pelakon bertaraf lima bintang, Erra Fazira kini dah tukar selera nak mencuba sesuatu yang lebih lasak dan mencabar. Motorsikal berkuasa tinggi kini bukan sahaja dimonopoli oleh golongan lelaki, namun wanita juga sudah menunjukkan mahu ke arah itu, memandangkan potensinya hanya untuk sekadar hobi dihujung minggu. Erra bakal menjejak kaki sama seperti Fauziah Latiff, Linda Onn, Maznah Zolkefli, dan Datuk Siti Nurhaliza yang masing-masing memiliki motorsikal berkuasa tinggi mencecah puluhan mahupun ratusan ribu ringgit. 

Baru-baru ini juga, Erra tidak sabar untuk memiliki motor berkenaan. Sekali dia 'sambar' sebuah motorsikal berjenama Harley Davidson VRSCDX Night Rod Special berkapasti 1250 cc pada baru-baru ini. Motor Harley ni kalau harga dia memang mesti RM100,000 keatas memang tak sah. Semoga berhati-hati lah yer Erra selepas ini di jalan raya. :)


Gambar Ning Baizura di Amerika Syarikat

Posted: 15 Aug 2011 01:16 PM PDT



Ning Baizura sekarang dalam rangka lawatan dan kerjanya ke US selama sebulan di bulan puasa ini sekaligus beraya Aidilfitri di US bersama suaminya yang tersayang. Lawatan ini merupakan lawatannya untuk persedian konsert meganya nanti pada 2,3 September. Memandangkan Ning akan memberikan satu konsert yang cukup hebat dalam sejarah Malaysia. Jadi Ning pergi ke US untuk melihat konsert mega, Celine Dion sebagai 'presentation' untuk dipelajari. Selain itu, Ning juga dikhabarkan melihat anak tirinya disana.



Siti Saleha dalam majalah Remaja

Posted: 15 Aug 2011 01:14 PM PDT



Sesiapa yang memninati majalah no.1 bagi golongan belia, Remaja edisi Ogos 2011, kini bakal menyaksikan pelakon baru dan cantik, Siti Saleha yang terkenal kerana lakonannya menerusi drama Ustaz Amirul menjadi cover untuk majalah berkenaan. Berbaju kebaya jambu moden dan berseluar jeans menampakan kelainan dalam dunia perfesyenan di Malaysia. Agak menarik dan unik fesyennya itu, jarang kita dapat melihat. Kalau nak tahu apa isi yang lanjut, dapatkan Remaja edisi terkini di pasaran.