Adsense

Sabtu, 6 Ogos 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Bekas kekasih Elia dedah kisah silam

Posted: 06 Aug 2011 06:13 AM PDT


Al-kisah bekas kekasih kepada Elia (Aimie Hamelia), bekas tunangan Khairul Fahmi sedang heboh diperkatakan di forum hangat masakini, forum Cari. Ikuti kisahnya di bawah. Versi cerita ini diubah ikut suka hati kami namun ia tidak mengubah jalan cerita yang telah disampaikan.
Aku pernah mempunyai hubungan dengan Elia 4 tahun yang lepas. Orangnya baik tetapi jenis suka mencapub. Mengenai Ezrin akak kepada Elia, perangainya dari dulu tetap tak berubah. Aku putus cinta dengan Elia pun disebabkan akaknya yang memburukkan serta hasut Elia supaya membenci aku. Disebabkan Elia percaya, dia telah tinggalkan aku.
Selepas aku ditinggalkan, Elia masih menuduh aku sebagai manusia yang tak pernah berubah. Elia juga telah post di wall Facebook mengenai perangai aku. Dan melalui private message, Elia menjanjikan pada aku apabila aku berubah kelak dia akan kembali pada aku. Selama dua tahun aku menunggu, dia membuat aku mengejarnya seperti aku seorang lelaki yang tiada maruah. Aku tetap menunggu sehingga dia sudah tidak mahu berhubungan dengan aku lagi dan ketika itu hanya kutukan yang dilemparkan pada aku.
Ayat terakhir aku kepadanya sebelum kami betul-betul berpisah sangat jelas diingatan, "Aimie, satu masa nanti apabila you berada di tempat I sekarang, you akan tahu apa rasanya dibuat macam ni. Dan masa tu, you akan tahu, macam mana tinggi antara langit dan bumi ni."
Aku sangat berkecil hati dengan apa yang Elia pernah cakap pada aku dulu. Dan masih jelas bagaimana aku dilayan seperti orang tiada maruah oleh beberapa ahli keluarganya. Aku dihina ketika aku bertandang ke rumahnya untuk berhari raya pada tahun 2006.
I bukan hendak menyalahkan you Aimie, tapi tidakkah pernah you terfikir apa yang terjadi sekarang sedikit sebanyak mencerminkan apa yang telah you lakukan dulu? Tiada manusia sempurna, tapi you selalu merasakan yang you adalah sempurna. Lagi-lagi akak you yang tak sedar diri tu.
Walaupun perkara itu buat aku kecil hati sehingga sekarang tetapi Alhamdulillah kini hidup aku lebih baik. Kalau you baca cerita ni, I tahu you tahu siapa I. Dan I memang mahu you tahu beginilah rasa sakit apabila ditinggalkan lebih-lebih lagi orang itu ialah orang yang paling kita sayangi. Sebagai orang yang pernah mengenali kamu satu ketika dulu, aku harap kau dapat bersabar dan next time beragak-agaklah dalam membuat keputusan.

Eksklusif: 10 Penjelasan Khairul Fahmi Isu Putus Tunang Dengan Elia

Posted: 06 Aug 2011 06:05 AM PDT



khairul fahmi putus tunang
1. Keputusan Nekad Putus Tunang
"Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media."
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
"Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

(Panas)Dahlia Teck Berpegangan Tangan Dengan Jejaka Popular?

Posted: 06 Aug 2011 05:25 AM PDT


Gambar menunjukkan Dahlia Teck bercuti-cuti bersama rakan, serta seoran jejaka yang dipercayai amat
popular orangnya.Menurut sumber,gambar diambil di Singapura.

Jeng-jeng-jeng!!Siapakah lelaki itu?

Gambar Jasmin Hamid Masih lagi Berbisa aa

Posted: 06 Aug 2011 05:24 AM PDT



Selepas kejadian hitam yang melanda pelakon Jasmin Hamid terkena air panas di pahanya bulan Mei yang lalu
. Kini Jasmin lebih bersemangat dan tidak patah hati terhadap kejadian itu. Penampilan dan gayanya kini lebih tertumpu di bahagian atas memandangkan bahagian bawah 'still in progress'. Apa boleh buat, rezeki kena terus dicari. Sebab tue Jasmin yang sudah berumur masih lagi ada 'power' untuk meneruskan sesi fotoshoot.


(GAMBAR) Wajah-Wajah Pan Asia Artis Wanita

Posted: 06 Aug 2011 05:21 AM PDT

Wajah-wajah selebriti kacukan Pan-Asia selalu dilihat menghiasi ruang-ruang iklan, drama mahu pun filem di Malaysia. Keunikan paras rupa mereka yang dilihat sebagai komersil dikatakan punca utama mereka menjadi tumpua lensa kamera di mana-mana saja mereka berada. Malah mereka juga gah dpilih sebagai duta serta jurucakap produk kecantikan bertaraf antarabangsa.



Diana Danielle Beeson (19 tahun)Gadis Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejakusianya kanak-kanak lagi. Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan adalah Air Mata Maria, Janji Diana, Farah Shakira, Sembilu Kasih, Gol & Gincu, Takbir Terakhir dan Cinta Bulan Dan Mentari. Manakala filem yang dibintanginya adalah Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, ....Dalam Botol serta Hanyut.



Sharifah Sofea Syed Hussein (25 tahun)Aktres kelahiran Liverpool, Englad yang berdarah Melayu di sebelah bapanya dan Scottish di sebelah ibunya ini pernah menggemparkan masyarakat apabila gambarnya bermain dengan 2 ekor anjing peliharaan rakannya tersebar di laman sosial. Namun Sofea yang sudah pun mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya menjelaskan dia tahu hukum hakam memegang anjing dia juga juga telah mekukan samak selepas memegang anjing tersebut. Antara drama lakonannya adalah Pesona Bintang, Astana Idaman, Badai Polis, Spanar Jaya, Akademi, Skuad Elit dan Nur Kasih. Filem lakonanya pula adalah Gong, Cinta Yang Satu, Orang minyak, Pisau Cukur, serta Berani Punya Badak.




Maya Karin Roelcke (31 tahun)
Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India sdi sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. Buat ketika ini, Maya sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia bagi membolehkan proses cerainya dengan suaminya Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Maya berkahwin dengan Steven yang juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008. Namun tidak lama selepas itu perkahwinan mereka mengalami masalah dan Maya menyebut ianya berkaitan dengan perbezaan budaya antara mereka.Maya memulakan kerjaya seninya sebagai model Pantene. Sejak itu dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon filem. Antaranya ialah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundam Malam 2, Waris Jari Hantu, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur, Cun dan Taming Sari. Maya juga pernah menjadi hos dan VJ untuk program Wavelength, Ratu Sehari, Beauty Secrets From The East , Channel [V] serta Nona. Manakala sebagai penyanyi dia pernah menghasilkan 2 album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.





Yasmin Hani Richardson (31 tahun)Model, hos dan aktres acukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini mual dikenali menerusi ancangan Muzik @Ria di Astro Ria suatu ketika dulu. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Yasmin Suraya yang pernah membintangi filem Penyair Malam suati ketika dulu. Namun berbanding kakaknya, kerjaya seni Yasmin Hani lebih menyinar lagi.Antara drama yang dibintangi adalah Ampang Medikal, Cinta Tak Bertepi, Neon, Campus Rock, 3 + 1, Skuad Elit, Chili Jus Pedas, Astana Idaman dan Dilema, manakala antara filem yang dijayakannya pula adalah Ratu, Gentayangan, 2 Hati 1 Jiwa, Duyung, Cicakman dan Bilut.




Juliana Sophie Johari Evans (21 tahun)Bermula sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005, gadis berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini sedang hangat menjalinkan percintaan dengan vokalis Bunkface, Sam. Biarpun begitu, kerjaya seninya tidak diketepikan begitu saja terutama sekali apabila mengendalikan program Era TV setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.Antara drama yang dijayakannya adalah Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi dan Sayang Cendana, manakala filem pula adalah Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns dan Halilintar. Di bidang pengacaraan pula, selain menjayakan Era TV, Juliana pernah terlibat dalam program E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya dan Remaja.




Julia Binti Bob Fauzi Ziegler (25 Tahun)Model dan aktres kelahiran Melayu-Inggeris ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan anak kepada produser serta pengarah filem Datuk Yusof Haslam. Siapa lagi kalau bukan Syamsul Yusod yang juga bekas kepada teman lelaki Diana Danielle. Sejauh mana kebenaran tersebut, tidak diketahui. Namun sejak mula menjadi model untuk TV komersial seperti Pringles, Nokia, Celcom, Olay Pantene dan Sendayu Tinggi, erjaya seni Julia semakin menyinar.Banyak drama yang sudah dibintangi. Antaranya ialah Ampang Medikal, Halimah Juling, Cuci The Series dan Mat Bunga, manakala dalam filem pula, Julia pernah membintangi filem Momok The Movie, Jangan Tegur, Cicakman 2: Planet Hitam, Kayangan dan Jangan Tegur.



Faradhiya Mohd Amin (26 tahun)


Dilahirkan di Sarzana Itali, penyanyi serta pelakon berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang berbakat besar ini penah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Hattan. Malah, namanya juga turut menjadi perhatian apabila abangnya, AMin dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Norish Karman yang berusia lebih tua daripadanya. Apapun, kehebatan Faradhiya sebagai penyanyi memang tidak boleh dipertikaikan. Menerusi label NAR Records,d ia pernah muncul dengan album iaitu Bertakhta Di Hati dan Yang Ku Puja. Sebagai pelakon, dia cukup menyinar Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Spa Q dan Spa Qistina.



Aishah Jennifer Mohamed Sinclair (30 tahun)Model, hos dan aktres kacukan Melayu-Inggeris ini merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair yang kini sudah mengahwini penyanyi serta pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari. Tidak seperti abangnya, Aishah yang juga sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya nampaknya lebih selesa menceburi dunia pengacaraan berbanding lakonan.Antara program yang dikendalikannya adalah Life Traits, Voice Your Choice, 8TV Quickie, Red Carpet for Anugerah Juara Lagu 2007, Rock Unite, Venus, So You Think You Can Dance, Double Exposure – Photography Reality Show Online.

Shahir Akan Berhenti Menyanyi Dan Ceburi Dakwah

Posted: 06 Aug 2011 05:07 AM PDT




Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.


"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubungan mereka sekadar teman biasa.

Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. -mstar

Safee Sali & Amirulhadi Dihina Sebagai Monyet Oleh Isteri Ketua Pasukan Singapura.

Posted: 06 Aug 2011 04:09 AM PDT




Berita Harian (sumber asal) sebentar tadi mengeluarkan laporan yang mengejutkan ramai pihak mengenai isu penghinaan melalui Twitter yang dikeluarkan oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.
Hidayah Shahril menyamakan tindakan Safee Sali & Amirulhadi seumpama 'monyet di atas padang' sejurus selepas perlawanan antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalili pada 28 Julai lalu.

Terguris dengan kata-kata itu, Safee Sali menuntut agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Lagipun, Shahril juga merupakan sahabatnya yang turut sama beraksi di Liga indonesia. Malah, Shahril pernah meminta jersi yang dipakai oleh Safee Sali sebagai tanda persahabatan ketika perlawanan tempoh hari.

Safee Sali menyatakan bahawa dia memandang serius akan perkara ini namun masih belum tergamak untuk membuat sebarang tindakan undang-undang. Padanya, sudah cukup andai kata Hidayah Shahril memohon maaf dan menyatakan kekesalan serta berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Safee lagi, pasukan Singapura & Malaysia akan lebih kerap bertemu pada musim depan, maka dia mahu isu penghinaan ini diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul suasana yang dingin antara kedua-dua buah negara kelak.

Ice Cream 'Baby GAGA' dari Susu Ibu

Posted: 06 Aug 2011 04:02 AM PDT


Ice Cream Baby Gaga Dari Susu Ibu....
LONDON: Peguam Lady Gaga mengancam mengemukakan saman terhadap pengeluar ais krim diperbuat daripada susu badan, Baby Gaga, semalam.


Berdasarkan dokumen disediakan peguam penyanyi berasal dari New York, restoran The Icecreamists Limited yang beroperasi di London, Britain, diberi tempoh sehingga 12 tengah malam Khamis ini untuk pengeluar produk itu menukar jenamanya jika enggan disaman.
Ice Cream Baby Gaga Dari Susu Ibu....
Menurut peguam Lady Gaga, restoran di Covent Garden itu juga dikehendaki 'berhenti mengaitkan' apa saja produk mereka dengan penyanyi terbabit.
Dalam dokumen berkenaan, The Icecreamists Limited didakwa mengambil kesempatan dan meniru identiti Lady Gaga (gambar) secara amat provokatif dan - bagi kebanyakan orang - menjijikkan.
Ice Cream Baby Gaga Dari Susu Ibu....
Ais krim Baby Gaga mendapat sambutan hangat apabila ia mula dipasarkan pengeluar terbabit.

Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.
Susu itu dijual pada harga $14 (RM69) dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.
Ice Cream Baby Gaga Dari Susu Ibu....
Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan. - AFP

Enrique Iglesias Bercakap Pasal Saiz Anunya di Konsert

Posted: 06 Aug 2011 03:54 AM PDT




Entah apa mimpinya, penyanyi Enrique Iglesias tiba-tiba telah mengungkapkan satu kenyataan yang mengejutkan sewaktu dia menjayakan sebuah konsert di Melbourne, Australia baru-baru ini.

Kenyataannya yang mengejutkan itu adalah tentang pengalaman pertamanya sewaktu melakukan hubungan seks serta pengakuannya apabila memiliki saiz anu yang kecil. Ia bermula apabila penyanyi kelahiran 8 Mei 1975 itu mengundang empat orang lelaki ke atas pentas pada 20 minit pertama konsertnya. 

Enrique kemudian bertanyakan rentang pengalaman pertama mereka saat melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing. Setelah mendengar jawapan daripada keempat-empat lelaki tersebut, pelantun Hero itu berkata: "Saya sangat gugup sewaktu pertamakali melakukan seks. 

"Biasalah, pengalaman pertama selalunya tidak begitu bagus. Lagipun, pada masa itu, usia saya baru 17 tahun. Saya sangat gugup," katanya. 


Kemudian salah seorang penontonnya bersuara, memiliki rupa paras dan wajah Sepanyol pasti memudahkannya untuk mendapatkan wanita dan mengajak mereka tidur. 

Mendengar kenyataan tersebut, Enrique Iglesias terus menjawab. 

"Ya, memang saya memiliki wajah Sepanyol, tapi saya mempunyai buah zakar yang paling kecil di dunia. Saya serius," jawabnya tanpa rasa malu.

Ramadhan dan Syawal - Ramli Sarip

Posted: 06 Aug 2011 03:47 AM PDT




Ramadhan dan Syawal 

Ramadhan ku Nantikan Ramadhan 
Kemuliaan Ramadhan 
Yang Turunnya Al-Quran 
Bulanku… Ramadhan… 


Ramadhan Pelepasan Seksaan 
Ibadah Berpuasa Ujian Kesabaran 
Ganjaran Ramadhan 

Bulan Seribu Bulan 
Hanyalah Sebulan 
Siang Malam Keberkatan 

Akhirnya Ramadhan, Syawal Pun Menjelang 
Tasbih Tahmid Berkumandang 

Bergema Takbir di Satu Syawal 
Bergema Suatu Lambang 
Kekuatan Amalan 
Kemenangan… Kemenangan… 

Yang Keruh Bersama Dijernihkan 
Yang Jauh Didekatkan 
Yang Hitam Diputihkan 
Bersalam… Salaman… 

Bermaaf Maafan 
Jadikan Amalan 
Tulus Ikhlas Berzaman 
Syawal Menyaksikan 
Amalan Ramadhan… 

- Ramli Sarip -