Adsense

Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Juvana cetus fenomena baru

Posted:

Juvana cetus fenomena baru

Juvana cetus fenomena baru

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


BUKAN hanya impak dari segi populariti tetapi Juvana juga telah berjaya menjalinkan ukhuwah sesama mereka.


DRAMA bersiri popular, Juvana yang mula ditayangkan pada 25 April lalu di TV3 sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara.

Ia bukan sekadar omongan kosong sebaliknya ia dapat dibuktikan dengan rating yang dicatatkan oleh AC Nielsen setiap minggu.

Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular.

Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvana terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu.

Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri.

Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata.

Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda.

Terasa waktu begitu pantas berlalu sehingga tidak disedari, Juvana yang mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah itu sudah sampai ke kemuncaknya.

Untuk episod kemuncak malam ini, penonton setia Juvana bakal menyaksikan kesudahan konflik yang berlaku di Sekolah Wira Bakti dengan kejutan yang menanti.

Hits berkesempatan mencuri masa empat pelakon utama Juvana iaitu Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Johan As'ari dan Adam Shah untuk disatukan dalam sesi fotografi sempena episod kemuncak Juvana yang akan ditayangkan malam ini pukul 9 malam di TV3.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MACP kutip RM36 juta royalti 2010

Posted:

MACP kutip RM36 juta royalti 2010

MACP kutip RM36 juta royalti 2010

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar KHAIRUL NAJIB


SEBAHAGIAN daripada ahli MACP yang hadir menjayakan Bengkel Cipta Ekspres MACP di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


BADAN Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) memperlihatkan peningkatan apabila mengutip royalti sebanyak RM36 juta pada tahun lalu untuk ahli-ahlinya yang terdiri daripada komposer dan penulis lirik.

Angka itu membuktikan badan terbabit bukan sahaja serius menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh ahli-ahli MACP, tetapi juga menunjukkan perolehan yang dijana daripada sumber-sumber lain.

Menurut Pengurus Besar MACP, Chan Miew Lan, jumlah kutipan royalti badan itu menunjukkan pertambahan penggunaan produk muzik di tempat-tempat awam dan ia antara jumlah yang tertinggi sejak ditubuhkan 18 tahun lalu.

"Tahun 2010 MACP telah mengutip kutipan royalti berjumlah RM36 juta berbanding tahun sebelumnya yang hanya mengutip sekitar RM32 juta sahaja. Kutipan itu meliputi ahli-ahli MACP dalam dan yang mewakili karyawan luar negara.

"Daripada RM36 juta itu, 60 peratus perolehan itu didapati daripada karya-karya daripada artis-artis luar negara, manakala 40 peratus lagi royalti artis-artis tempatan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan di Bengkel Cipta Ekspres MACP yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan itu, Miew Lan berkata, pihaknya telah memberi pelbagai galakan dan inisiatif buat ahli-ahlinya mempertingkatkan produk masing-masing.

Bengkel yang telah diadakan lapan kali di mana yang pertama pada 1997 di Pulau Tioman, Pahang itu misalnya, diadakan bagi menghasilkan lebih banyak lagu berkualiti di kalangan ahli-ahlinya yang kini seramai 2,800 orang.

"Ini juga salah satu cara kami mengeratkan hubungan ahli-ahli MACP. Bengkel ini diadakan supaya ahli-ahli kami bergabung idea mencipta lagu-lagu baru yang boleh menambah koleksi lagu-lagu popular sedia ada.

"Untuk bengkel ini kami menampilkan lapan kumpulan yang setiap satunya mempunyai tiga ahli. Setiap kumpulan diwajibkan mencipta sebuah lagu yang akan dipertandingkan sesama mereka. Pemenangnya menerima RM1,000.

"Ini bermakna dalam setiap bengkel yang kami adakan selama empat hari, tiga malam itu sekurang-kurangnya lapan lagu baru akan dihasilkan oleh ahli-ahli MACP yang terpilih untuk diketengahkan pada masa depan," ujarnya.

Pada bengel yang turut disertai kira-kira 70 ahli MACP yang lain itu, lagu berjudul Kebas hasil gubahan Azmeer dan Amir Crush serta lirik nukilan wartawan Abie Abdullah telah muncul sebagai pemenang dan menerima RM1,000.

Tahun lalu menerusi bengkel yang sama lagu nyanyian Sohaimi Mior Hassan, Anna Raffali dan Altimet muncul sebagai pemenang dan ternyata lagu yang dihakimi sendiri oleh ahli-ahli MACP itu menjadi siulan ramai.

MACP yang dianggotai 10 Ahli Lembaga Pengarahnya termasuklah yang terbaru dianggotai Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn. Bhd., Datuk M. Nasir dan wartawan, Abie Abdullah kini sibuk dengan pelbagai perancangan.

Jelas ahli jawatankuasa Bengkel Cipta Ekspres, Ad Samad berkata, badan itu antaranya akan memberi sokongan dan galakan kepada ahli-ahlinya bagi mencipta lagu-lagu yang lebih mesra pendengar di saluran-saluran radio.

"Lagu yang dicipta dalam bengkel ini rancak dan mesra pendengar radio. Kami juga menggalakkan ahli-ahli MACP supaya mengejar glamor dan tidak boleh terperap macam dulu.

"Mereka juga harus ke depan supaya lebih menonjol dan mendapat lebih banyak peluang dalam bidang penciptaan lirik dan lagu. Selain itu, MACP juga akan mengeluarkan bajet seperti penganjuran Malam Anugerah MACP.

"Tahun ini, Malam Anugerah MACP akan diadakan pada bulan depan. Kami akan menjemput semua ahli di mana kesemua perbelanjaan pada majlis makan malam itu akan ditanggung oleh MACP," jelasnya yang juga merupakan seorang penulis lirik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.