Adsense

Ahad, 17 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Ingin Berduet Bersama Siti Nurhaliza” – Anzalna Nasir.

Posted: 17 Jul 2011 10:02 PM PDT

Baru membintangi 2 buah drama, iaitu Suria Di Cordoba & Ramadhan terakhir, Anzalna Nasir turut menyimpan impian untuk bergelar penyanyi satu hari nanti. Anzalna berkata, sebelum menceburkan diri dalam dunia hiburan, dia sememangnya ingin menyanyi, namun pintu rezeki lebih terbuka untuk lakonan. Tidak menolak takdir tuhan, dia terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran demi membina kareer sebagai artis yang versatile.

Anzalna, sebelum ini pernah mengikat kontrak bersama What's Up Entertainment, milik Adib Khalid, iaitu anak kepada Datuk Khalid, suami Siti Nurhaliza. Dia turut memasang keinginan untuk berduet bersama bintang kesayangan ramai, Siti Nurhaliza.

"Tapi, sekarang kontrak Ana (nama singkatan Anzalna) dengan What's Up Entertainment sudah tamat. Ketika itu, Ana merupakan artis wanita pertama untuk produksi berkenaan. Itu juga merupakan cubaan pertama Ana. Ana masih ingat diberikan tugasan lagu Suria Di Cordoba sebagai trial.

"Kemungkinan besar, Ana ingin sambung semula kontrak dengan What's Up Entertainment. Lagi pun, Adib seorang yang mudah untuk bekerjasama, tidak banyak cerewet. Namun, andai kata ada syarikat lain yang ingin menawarkan Ana sebagai penyanyi, Ana amat alu-alukan peluang berkenaan," kata Anzalna yang kini berumur 23 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

“Saya Lupa Diri Ke?” – Hazama.

Posted: 17 Jul 2011 08:41 PM PDT

Baru-baru ini, sebuah akhbar telah melayangkan satu teguran buat juara Akademi Fantasia (AF9), Hazama yang kini makin popular dengan single berjudul Cinta Teragung. Hazama dikatakan telah lupa diri apabila namanya mula mengecap populariti. Malah, dia dikatakan telah menunjukkan sikap panas barannya secara terang-terangan di hadapan beberapa pihak ketika menjayakan sebuah program ekoran disebabkan pihak produksi lambat buat kerja & menganggu jadual kerjanya.

Tersentak dengan teguran tersebut, Hazama yang ditemui Jumaat lepas meluahkan rasa isi hatinya kepada pihak OHBULAN!

"Saya ni lupa diri ke selepas keluar AF? Saya pun berfikir juga apabila ada teguran seumpama itu keluar di akhbar. Bukan apa, saya risau dengan pandangan orang lain, mungkin saya tak perasan.

"Tapi, bagus juga apabila ada teguran macam itu. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengingatkan saya supaya jangan jadi macam tu lagi. Saya harap pihak di luar sana yang terasa hati, dapat memaafkan diri saya. Kalau ada perkara yang tak betul, minta tolong tunjuk ajar kan," kata Hazama yang kelihatan positif dengan teguran tersebut.

Pada masa yang sama, Hazama juga telah dicop sebagai hipokrit oleh sesetengah pihak yang pernah bekerjasama dengannya. Kononnya, Hazama cakap tak serupa bikin. Cakap lain, buat lain.

"Saya tak hipokrit seperti yang diperkatakan. Saya juga tak akan berikan nasihat melainkan orang yang minta. Biasalah, kita dalam AF macam adik-beradik. Sebelum tamatnya AF, saya diminta untuk berkata sesuatu mengenai industri hiburan.

"Disebabkan saya ada sedikit pengalaman, jadi saya kongsikan sahaja apa yang pernah saya lalui. Niat di hati saya cuma nak membantu, tak sangka ada inidividu yang berfikir sebaliknya. Serius, tak sangka!" jelas Hazama kepada kami.

Hazama, kini sibuk merakamkan sebuah lagu OST untuk sebuah drama berjudul Hanyut Untuk 3 Hari. Dalam perkembangan terbaru, penyanyi rock terkenal, Amy Search akan berduet bersama Hazaman untuk lagu berjudul Simetri hasil ciptaan Audi Mok yang dijangkakan keluar selepas raya nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.