Adsense

Khamis, 7 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Pencarian Pengacara Gua TV

Posted: 07 Jul 2011 10:15 PM PDT

PENCARIAN PENGACARA GUA TV!

GUA TV sudah hampir empat tahun beroperasi. Ramai yang mungkin mengenalinya sebagai perintis dalam drama online. Judul 'Kerana Karina', 'Dunia Baru Reunion' dan 'Jelma' antara drama online yang pernah disiarkan GUA TV.

Selain itu, GUA TV turut mempunyai program terbitan sendiri seperti 'Sana Sini GUA TV', 'Sembang Selebriti' dan 'Randomania' yang dihoskan oleh ramai bakat baru. Antara nama-nama yang pernah menghiasi rancangan terbitan GUA sebagai hos termasuk Sari Yanti dan Sarah Lian.

"Ia satu pengalaman yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila," kongsi Sari Yanti yang mengendalikan segmen GUA di MHI selama dua tahun. Memang seronok dan Sari terharu menjadi sebahagian daripada sejarah GUA yang merupakan portal TV online pertama negara. Dan melihatnya berkembang sehingga hari ini, Sari berasa bangga."

Meneruskan tradisi GUA TV mencungkil bakat-bakat muda dan baru, sekali lagi GUA TV menganjurkan pencarian Siapa Wajah GUA? Namun kali ini, yang dicari hanya bakat wanita sahaja.

Sekiranya anda berbakat mengacara, seorang yang kreatif dan memenuhi kriteria disenaraikan; anda dialu-alukan untuk menghantar penyertaan anda kepada GUA mulai 4hb Julai 2011 sehingga 22hb Julai 2011 nanti!

Kriteria:
1. Anda perlu berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
2. Warganegara Malaysia.
3. Fasih berbahasa Malaysia. Kepetahan bertutur dalam Bahasa Inggeris satu bonus.
4. Berperwatakan periang, peramah dan suka kepada cabaran.
5. Selesa mata memandang.
6. Berpengetahuan luas tentang industri hiburan tempatan dan antarabangsa.

Cara penyertaan:
1. Anda perlu menghasilkan sebuah video pengenalan dengan cara yang kreatif. Kongsi dengan kami, antara lain, kisah anda, minat anda dan mengapa anda meminati bidang pengacaraan.
2. Rakaman video anda tidak melebihi dua minit.
3. Muat naik fail tersebut, sama ada dalam format avi, mpeg, flv, mp4, 3gp atau wmv di laman web www.gua.com.my
4. Tarikh tutup penyertaan 22 Julai.
5. Hanya 20 video terbaik – yang ditentukan pihak GUA – akan di pilih untuk undian umum. 10 penyertaan yang menerima undian tertinggi akan layak ke pusingan seterusnya, di mana mereka akan menjalani 'screen test' dengan panel juri.
6. Juri akan memilih 5 calon terbaik untuk mara ke pusingan cabaran.
7. Setiap cabaran akan dinilai oleh hakim jemputan yang akan memberikan markah kepada setiap peserta.
8. Selesainya kesemua cabaran, markah peserta akan dijumlahkan. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan dinobatkan juara.

Ujibakat Siapa Wajah GUA? juga bakal diadakan di beberapa lokasi terpilih sepanjang bulan Julai 2011 ini antaranya:-

1. Karnival & Konsert Gig TV9
9hb – 10hb Julai 2011 | iCity Shah Alam | Masa: 4 petang – 11 malam

Tentang Alt Media
Diasaskan tahun 2007, Alt Media merupakan sebuah syarikat digital dan media baru yang ditubuhkan untuk menerajui pembangunan jenama Media Prima dalam arena ini. Bidang kemahiran Alt Media meliputi strategi landasan, penciptaan dan rekaan kandungan, serta pembangunan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini terserlah dalam pembangunan dan pengurusan operasi dunia maya Media Prima khasnya, buat rangkaian TV dan radio yang sedia ada seperti TV3, NTV7, 8TV, TV9, Fly fm, Hot fm dan One fm. Alt Media juga bertanggungjawab ke atas penghasilan portal hiburan dan gaya hidup terunggul di Malaysia iaitu GUA.com.my serta portal muzik tersohor negara GUAMUZIK.com.my. Pada bulan Ogos 2010, Alt Media telah melancarkan Tonton, sebuah portal video pintar dan canggih dengan pemain video yang siap untuk paparan definisi tinggi (HD). Tonton juga membenarkan para pengguna untuk menyesuaikan sesi tontonan, memperibadikan senarai pilihan (playlists), menyusun kandungan video mengikut citarasa dan menampilkan pengalaman "TV Sosial" yang lengkap. Dalam usaha memberikan pengalaman yang menarik kepada para pengguna, Alt Media juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak kejutan baru di masa hadapan terdekat. Alt Media adalah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Media Prima Berhad, syarikat media integrasi terbesar Malaysia.

Facebook & Twitter: GUA MALAYSIA

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sesi Ujibakat Anak Wayang di Shah Alam
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • Pesona Nona Musim Ketiga Di TV3 Tajaan Safi dan Rafflesia
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • MISI PENCARIAN MUKA BARU di ntv7 BERMULA!
  • Ujibakat Pilih Kasih Musim Kedua
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Ujibakat Hos 8TV Quickie Search 2010
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Siri 2 Jonas L.A Temui Peminat Setia 3 Beradik Jonas

    Posted: 07 Jul 2011 10:10 PM PDT

    Siri 2 Jonas L.A Temui Peminat Setia 3 Beradik Jonas Di TV2

    KUALA LUMPUR, 05 Julai – Kepada peminat tiga bintang remaja pujaan ramai Kevin Jonas, Joe Jonas, dan Nick Jonas, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi tayangan Musim ke-2 siri Jonas L.A yang tampil dengan lebih segar dan menarik daripada musim pertama di mana yang dulunya siri ini dikenali sebagai Jonas.
    Selain mengekalkan 13 episod siarannya setiap Khamis, jam 12.00 malam di TV2, Jonas L.A turut mengekalkan kemunculan tiga bintang remaja pujaan ramai Kevin Jonas, Joe Jonas, Nick Jonas, dan Chelsea Staub selain mengundang Nicole Anderson dalam salah satu episod siarannya. Begitu juga pelakon John Ducey yang memeriahkan episod menarik dalam Jonas L.A.

    JONAS-LA-jonas-12945282-1024-768

    Antara episod menarik yang dikongsi termasuklah tajuk House Party di mana berlaku babak apabila tiba di Los Angeles, mereka diberitahu oleh jiran baru mereka, DZ, bahawa mereka perlu mengadakan pesta untuk menyesuaikan diri dan pada masa sama mereka membuat keputusan untuk melakukannya. Sementara itu Stella dan Macy tiba di LA, dengan Stella memikirkan bahawa Joe mahu meneruskan hubungan romantis mereka. Tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

    Back To The Beach pula menceritakan Joe menyediakan untuk ujibakat dengan Laman Vanessa, tetapi sebaliknya apabila dia tiba dia berhadapan dengan bilik yang penuh dengan pelakon yang menyerupai wajahnya. Stella dan Kevin membantunya ketika dia sibuk melakukan adegan untuk ujibakat itu. Sementara itu Nick pula dicemburui apabila pro surfer, Batu Stevens Macy meminta untuk bekerja di laman webnya.

    Menerusi tajuk Date Expectations penonton berkongsi kisah Stella bertemu dengan rakan baru, Ben. Timbul perasaan cemburu yang amat sangat di hati Joe terhadap Ben. Sementara itu, berlaku perselisihan antara Kevin dan Nick untuk melihat siapa yang mendapat tempat di Kejohanan Justin Timberlake di Ping-Pong.

    Episod America's Sweethearts pula dimana Joe meminta Stella untuk mengetahui jika Vanessa sukakannya tetapi dia hampa kerana Stella tidak bersedia untuk melakukannya. Dia bergantung kepada Joe dan memberitahu bahawa Vanessa tidak mempunyai perasaan untuknya yang menyebabkan kedua-dua mereka terluka. Kevin menjadi pembantu Mona itu.

    Saksikan juga episod The Secret, A Wasabi Story dan istimewa episod akhir, Band of Brothers memaparkan pengalaman manis rancangan konsert rahsia untuk menunjukkan kepada peminat bahawa mereka tidak berpecah. Sementara itu, Stella rasa dikhianati apabila Joe tidak memberitahu bahawa dia telah pergi ke New Zealand untuk menerbitkan filem sekuel beliau "Selamanya April".

    Lalu bagaimanakah kesudahannya? Saksikan drama bersiri menarik ini, setiap Khamis, jam 12.00 malam hanya di TV2.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Review Jonas Brothers: The 3D Concert Experience
  • Drama NIKITA di Mutiara Hati TV9
  • Mini Karnival Tari Tirana
  • CHRISTINA AGUILERA AND KANYE WEST TO TAKE THE STAGE MTV VIDEO MUSIC AWARDS
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Rancangan Terbaik Sempena Ulangtahun ke-11 NTV7
  • Temui Farina & iR Radzi di One Utama Hari Ini
  • ANUGERAH GRAMMY KE-51 di 8TV
  • 2008 MTV Video Music Awards Nomination List
  • Supernatural, Smallville New Season
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.