Adsense

Khamis, 7 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Temui Wings, Hujan, Bunkface, 6ixth Sense & Aizat Di Konsert Gig Tv9 Minggu Ini!

Posted: 07 Jul 2011 11:05 PM PDT

Home > General > Temui Wings, Hujan, Bunkface, 6ixth Sense & Aizat Di Konsert Gig Tv9 Minggu Ini!

Festival muzik rock terbesar di Malaysia, GiG TV9 akan menggegarkan kaca televisyen anda pada hari Ahad, 10 Julai, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). GiG TV9 membawa ke pentas, barisan kumpulan muzik rock tempatan terbaik iaitu Wings, Hujan, Bunkface dan 6ixth Sense serta idola remaja Aizat, khusus untuk tontonan malam minggu anda. Siaran langsung konsert ini juga boleh diikuti melalui www.tv9.com.my/gig dan menerusi radio stesen Hot fm.

Karnival ini akan diadakan pada 9 Julai (Sabtu) dan 10 Julai (Ahad) bertempat di I-City Shah Alam bermula pada 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Selain daripada konsert rock pada hari Ahad, GiG TV9 akan terus meraikan muzik dengan sebuah lagi konsert rock pada hari Sabtu, 9 Julai bertempat di Pentas Utama I-City Shah Alam bermula 9.00 malam dengan persembahan daripada Pesawat, Azlan & the Typewriter, Projek Pistol, The Azenders, Awanband, Drama Band dan Awi Rafael. Konsert ini akan dirakamkan untuk siaran akan datang.

GiG TV9 bukan sekadar hiburan tetapi turut memainkan peranan dalam merintis bakat remaja melalui pencarian bakat Battle of the Indie Bands yang menawarkan RM 8,000.00 kepada kumpulan yang bergelar juara. Selain itu bengkel muzik Kita Punya Gig Workshop yang akan dikelolakan oleh nama-nama besar di dalam industri muzik akan diadakan untuk berkongsi informasi dan pengalaman kepada generasi baru. GiG TV9 juga memberi peluang kepada remaja dan belia untuk mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti-aktiviti yang menjadi trend masa kini seperti demonstrasi basikal fixie, pertandingan Hero Gitar, Karaoke Rockstar, artis Grafiti serta memberikan platform kepada usahawan remaja untuk berniaga melalui Indie Flea Market.

Tiada kenderaan untuk ke sana? Jangan risau kerana TV9 dengan kerjasama Rapid KL akan menyediakan pengangkutan pergi balik secara percuma dari stesen Komuter Shah Alam dan lokasi GiG TV9 bermula jam 3.00 petang hingga 11.00 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

“You are sick guys!” : ELECOLDXHOT Juara Showdown 2011

Posted: 07 Jul 2011 10:54 PM PDT

Home > General > "You are sick guys!" : ELECOLDXHOT Juara Showdown 2011

"We think you are sick guys. That was sick. It was incredible, that was phenomenal! To even think of doing something that crazy. You know. I mean its crazy coordination, crazy ideas, crazy execution and you were all on point. That's the craziest part. I am so overwhelmed, you guys move mountains, that's all I can say – you move mountains, " kata Maple Loo yang kagum dengan persembahan terakhir daripada Elecoldxhot di final Showdown 2011, malam Rabu lepas, di I-City Shah Alam.

Elecoldxhot, dinobatkan sebagai dance crew terbaik untuk Showdown musim 2011 dengan menewaskan kumpulan HMC Phlow pada malam yang tersebut, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50 000.

Joe Flizzow turut memberikan komen yang positif kepada Elecoldxhot, "You know what, if last year we had two of the best Bboy crews in the country battling, this year we truly have two of the best street dance crews on stage. That battle displayed everything about street dance, from popping to locking to bboying, everything was there and I didn't want it to end. So to the winner of SHOWDOWN 2011, all the best but both crews really really killed it."

Kemenangan Elecoldxhot memang telah dijangkakan menang daripada awal lagi kerana persembahan mereka sentiasa konsisten dari minggu ke minggu. Kemenangan mereka ditentukan secara 100% melalui undian SMS.

Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.