Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Cameron Highlands Resort: Percutian Mewah di Pergunungan

Posted: 01 Jul 2011 04:05 PM PDT

Cameron Highlands Resort: Percutian Mewah di Pergunungan
oleh Shah Shamshiri

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat percutian. Ajnas pilihan tersedia buat para pelancong yang berkunjung ke negara ini. Mereka yang datang bebas memilih percutian di pantai, kota-kota kecil, perkampungan dan macam-macam lagi. Sungguhpun negara kita sering didatangi kerana pantai-pantai yang indah, jangan lupa bahawa kita juga mempunyai kawasan pergunungan yang tidak kurang hebatnya dengan negara-negara lain. Apatah lagi buat mereka yang teringin menikmati suasana udara yang lebih sejuk dan nyaman serta jauh dari hingar-bingar kota raya.

Deluxe Room1

Atas dasar itu, Cameron Highlands Resort yang membawa kata-kata "Trails, Tales and Traditions" merupakan pilihan yang paling tepat buat mereka yang ingin mengalami percutian mewah di pergunungan. Terletak di pergunungan Cameron di Pahang, Resort ini sememangnya berada di kelasnya yang tersendiri. Dengan kedudukannya di hadapan sebuah padang golf, ia memberikan ketenangan kepada semua tetamu yang menginap di situ.

Menampilkan konsep Inggeris klasik, Cameron Highlands Resort menampilkan 56 bilik mewah yang masih mengekalkan seni reka dalaman persis era kegemilangan zaman pendudukan Inggeris di Tanah Melayu. Dengan sentuhan eksklusif perabot buatan kayu termahal serta bilik mandi berlantai marmar, ia benar-benar menenangkan setiap jiwa yang melangkah masuk ke situ.

Biasanya, para pengunjung yang mendaftar masuk selepas jam tiga petang boleh mencuba hidangan minum petang (atau high-tea) di Jim Thompson Tea Room yang menampilkan menu tradisi ala Inggeris. Ini termasuklah sandwic, aneka pilihan teh dan kek, buah-buahan segar (khasnya strawberi Cameron Highlands), serta hidangan klasik Inggeris berupa scone yang segar dibakar dari ketuhar. Sesudah itu, pengunjung diberi pilihan menikmati sesi urut tradisional di Spa Village mereka yang turut menyediakan mandi khas dengan daun teh bagi memanjakan diri.

Makan malam dan sarapan juga menjadi lebih bererti kerana ruang makan di Resort ini sangat eksklusif dan menenangkan. Bukan sahaja menyajikan pilihan menu makanan yang enak dan berkualiti tinggi, kunjungan ke sini juga bakal diserikan lagi sekiranya anda datang untuk menyambut hari jadi atau meraikan bulan madu dan perayaan-perayaan tertentu. Ini kerana mereka mempunyai satu tradisi khas di mana pengunjung diberi peluang untuk menyalakan api di tempat api yang tersedia.

Perjalanan ke bilik juga menenangkan kerana bilik-bilik hotel ini hanya berada di dua tingkat utama dan sepanjang perjalanan menuju bilik, kehijauan alam semula jadi berada benar-benar di luar bilik mewah yang tersedia. Ada juga ruang khas di beranda sekiranya ingin mengadakan majlis tertutup sendiri. Jika ingin ruang yang lebih besar untuk membaca, ada ruang bacaan khas di sebelah lobi utama yang mirip ruang bacaan di filem-filem barat lama.

Kediaman agam ini juga mempunyai restoran Jepunnya sendiri iaitu Gonbei serta dewan besar untuk penganjuran majlis dan seumpamanya. Tidak lupa juga bilik-bilik mesyuarat ada tersedia bagi tujuan seminar dan macam-macam lagi.

Turut tersedia secara percuma bagi setiap pengunjung dalam pakej penginapan di sini adalah lawatan istimewa yang diberi nama Jejak Jim Thompson (Jim Thompson's Trail) yang merupakan satu ekspedisi meniti hutan berdekatan bagi menerangkan kisah sejarah Jim Thompson, seorang perisik Amerika Syarikat yang lari ke Cameron Highlands pada tahun 60-an dan dikatakan tiba-tiba hilang pada 26 mac 1967.

Nama dan kisah beliau kini menjadi peninggalan misteri warga Cameron Highlands kerana sejarahnya yang dikaitkan dengan pelbagai skandal politik dan juga rahsia jenayah ketika itu. Ada yang mengatakan dia hilang tanpa jejak, dan ada yang mengatakan dia melarikan diri dari Malaysia kerana diburu perisik negara lain. Yang pasti, banglo lama Jim Thompson yang terletak tidak jauh dari Resort ini masih ada dan masih digunakan untuk majlis-majlis khas dan sebagainya.

Andai anda punya masa dan peluang atau ingin mencari kelainan buat meraikan sesuatu dalam kehidupan anda (seperti bulan madu, hari jadi, ulangtahun perkahwinan dan seumpamanya), cubalah bermalam di Cameron Highlands Resort ini. Anda pasti akan kembali, kerana kemewahan ini mampu anda kecapi setiap kali anda ke sini!

Exterior View 1(a)

The Dining Room Interior

Gonbei Interior 2

Mr Shah Shamshiri

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Belum Rainforest Resort
  • Keputusan Pemenang Hot FM Makan Angin
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • ADV: PERCUMA Pakej Pelancongan Dengan Promosi Mega SIY
  • Avatar Special Edition Limited Digital 3D
  • Sekali Sekala Band Indie Popular Bercuti
  • Gambar Afdlin Shauki @ Pelancaran Produk Evian
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • The Black Eyed Peas Global Launch of Full HD 3D LED TV
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Noh Hujan & Mizz Nina Selamat Nikah

    Posted: 01 Jul 2011 07:10 AM PDT

    Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan

    PETALING JAYA: Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.

    Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini. Pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.

    Noh NIna

    Bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim bertindak sebagai wali sementara bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias menjadi saksi kepada kedua-dua pengantin.

    Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.

    Noh NIna

    Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

    Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, "Playbook" dan cincin. Menurut Noh, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

    "Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu. Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah)," katanya.

    Bagaimanapun Nina belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat.

    "Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya. Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak," ujar Nina.

    Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane. Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.

    Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

    Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun selepas itu.

    mizz Nina

    noh

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Mizz Nina dan Noh Hujan di Karpet Merah ASK 2010
  • Gambar Mizz Nina di Shout! Awards 2010
  • Mizz Nina & Nuh Hujan Umum Majlis Tunang Kahwin
  • Gambar Kad Kahwin Noh & Mizz Nina Bertema Kimono
  • RTM & AMBANK Anjurkan Konser Ambang 2011
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti
  • Senarai Penuh Pencalonan Shout! Awards 2010
  • Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah
  • Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan