Adsense

Jumaat, 1 Julai 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Mencabar emosi

Posted: 30 Jun 2011 05:30 PM PDT

Hip

pix_gal0
Daripada pengacara program hiburan, kerjaya Dira dalam lakonan semakin memuncak

SATU masa dulu, wanita ini hanya dikenali sebagai wartawan penyiaran atau pelapor lokasi untuk rancangan Beat TV sebelum muncul di layar kecil televisyen sebagai pengacara Fulus Mania, Jom Ronda dan kini rancangan gosip hangat, Melodi.

Semakin gah mencipta nama, bukan saja dikenali sebagai pengacara, malah Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 27, semakin sibuk dengan tawaran lakonan yang tidak putus-putus. Selepas menjayakan drama arahan Erma Fatima, Tahajjud Cinta yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi, dia sedang giat dengan penggambaran filem Papadom 2, arahan Afdlin Shauki.

Ditemui ketika media drama Tahajjud Cinta baru-baru ini, Dira berkata mungkin itu adalah rezeki anak perempuan tunggalnya yang kelihatan semakin mencurah-curah membuatkan dia tidak putus mengucapkan rasa syukur dengan limpahan rezeki yang diterima.

Melihat kepada pembawaan wataknya sebagai wanita yang dimadukan di dalam drama terbitan Rumah Karya Citra, Tahajjud Cinta itu begitu mencabar kredibilitinya sebagai pelakon, pada yang sama wanita ini akui berkesempatan menimba pengalaman baru dari sudut yang berbeza.

Mendapat peluang berlakon dalam produksi di bawah arahan Erma Fatimah memang cukup mencabar kerana Tahajjud Cinta bukan sembarangan drama kerana memerlukan mainan emosi yang cukup mendalam.
"Mendapat tawaran membawa watak wanita bermadu di dalam drama arahan Erma Fatimah cukup membuatkan saya berbesar hati kerana watak yang diberikan agak berat buat pelakon seperti saya. Watak isteri itu adalah satu karakter yang mencabar kerana saya banyak mengawal diri saya dari segi pergerakan, intonasi dan permainan emosi, berbeza dengan diri saya yang lasak.

"Antara babak yang paling mencabar ialah di mana saya sebagai isteri ditugaskan untuk mengurut dan melakonkan adegan berpelukan bersama Eman Manan yang memainkan watak sebagai suami beristeri empat dalam drama tersebut," katanya.

Menurutnya, berlakon di sisi nama besar seperti Erma sendiri selain Eman Manan, Ziela Jalil dan Melissa Saila membuatkan saya agak takut dan merasa kecil, tapi mereka cukup membantu saya dalam menjayakan watak.

"Melihat kepada skripnya saja sudah cukup menarik minat saya, kerana jalan cerita yang dihasilkan begitu berbeza iaitu memperjuangkan hak wanita serta menegakkan keadilan demi kaum yang sering ditindas.

"Bukan saja berbesar hati dapat berganding sama dalam drama ini, malah saya pasti drama ini mendapat sambutan yang baik berdasarkan plot yang dipaparkan," katanya.

Selain akan membintangi telefilem Tiga, dan filem Azazil, terbitan Filmscape, antara drama lakonannya yang ialah Rona Roni Makaroni, Merah Putih, Dua Kali Mencintai Mu, Tower 13, Cinta Tanpa Suara dan Delima.
Tidak hanya bersandarkan bakat kepada dunia penyiaran, anak kelahiran Melaka ini juga mengusahakan sebuah butik yang diberi nama The Red Garage, butik menjual barangan permotoran di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Butik yang diusahakan bersama abangnya ini berlandaskan minatnya yang mendalam di dalam dunia permotoran.

Malah, wanita lasak ini memiliki dua motosikal berkuasa tinggi yang selalu ditungganginya dan tidak pernah serik walaupun pernah ditimpa kemalangan. Dua bulan lalu, Dira baru saja ditimpa kecederaan akibat jatuh ketika menunggang motorsikal miliknya itu.

Berbicara mengenai perihal peribadinya pula, wanita ini tampak segan dalam menceritakan kisahnya dengan lebih lanjut, namun Dira cukup memberi kerjasama yang baik.

Memilih tarikh 11 November (11/11/11), ibu kepada anak perempuan, Tengku Anggun Deandra ini akan mendirikan perkahwinan bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Yusof, setelah mengikat pertunangan pada 15 Februari lalu.

Majlis akad nikah yang akan diadakan di rumah keluarga Dira di Merlimau, Melaka ini dikatakan akan diadakan di dalam suasana yang sederhana, manakala majlis resepsi akan dianjurkan di ibu kota Kuala Lumpur dua hari selepas itu.

Wanita yang akan mendirikan rumah tangga kali kedua ini tidak mahu mengadakan secara besar-besaran, dan hanya mahu meraikannya di dalam majlis yang penuh kesederhanaan.

Dia tidak menafikan ada debaran yang dihadapinya lebih kepada kehidupan selepas berkahwin dan pada masa yang sama bersyukur kerana mendapat penerimaan yang baik dari anak perempuannya serta keluarga dari kedua-dua belah pihak.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zahrah ceriakan hidup Jimmy

Posted: 30 Jun 2011 05:26 PM PDT

Hip

pix_gal0
Yakin dapat perbaiki hubungan dengan isteri, Suhaila Elaini

KETIBAAN kami di rumah banglo dua tingkat milik keluarga mentua Jimmy Shanley pada Rabu lalu, disambut deretan kereta mewah. Beberapa wakil media menjangkakan tentu ramai tetamu yang bertandang untuk menziarah si comel, Zahrah Shanley.

Bagaimanapun, sebaik kaki melangkah ke kediaman yang dihiasi perabot mewah milik usahawan kosmetik Datin Muniroh Kassim, banglo mewah itu ternyata sunyi. Datang bertandang ketika itu hanyalah kakak ipar Jimmy. Kami dipelawa Jimmy ke bilik tetamu, tempat dia dan buah hatinya menghabiskan masa bersama. Sudah dua hari kata Jimmy, dia menginap di bilik itu bersama Zahrah.

Malah bilik yang dihiasi perabot dari tema warna keemasan itu dipenuhi pelbagai barangan si kecil. Sebuah almari putih yang diletakkan di tepi pintu bilik itu pula menempatkan pelbagai barangan Zahrah, terutama baju pelbagai gaya yang dibeli oleh neneknya.

Kata Jimmy yang kelihatan ceria sejak bergelar bapa, dia tidak mahu melimpahkan Zahrah dengan kemewahan. Dia sendiri membeli barang-barang untuk puteri comelnya yang lahir pada 24 Jun lalu mengikut kemampuan.

"Tumpuan saya hanyalah keada Zahrah. Segala masalah yang berlaku antara saya dengan isteri buat masa ini tolak ke tepi dulu. Saya seronok dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Sejak Isnin lalu, saya tidur di rumah mentua kerana ingin berada dekat dengan anak.
"Sudah dua malam saya tidur dengan dia. Zahrah tidak menyusahkan. Dia tidak banyak ragam, kemungkinan dia faham masalah antara ibu dengan bapanya. Saya dan isteri bergilir-gilir menjaga Zahrah, ibu mentua juga banyak membantu. Kadang kala dia akan menemani saya menjaga Zahrah, ibu mentua juga menjadi orang tengah antara saya dengan isteri.

"Kalau ada perkara yang ingin saya sampaikan kepada isteri, dia akan sampaikan. Mungkin selepas ini, Zahrah pula akan menjadi orang tengah. Saya berharap kehadiran Zahrah dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri," katanya.

Kebetulan dia kini hanya terbabit untuk program Gala TV Plus di saluran Awani pada setiap petang pada hujung minggu. Justeru, dapatlah dia meluangkan banyak masa menjaga si kecil itu. Mungkin selepas isterinya habis tempoh berpantang, Jimmy berhasrat membawa pulang anaknya ke kediaman sendiri.

Bagaimanapun, dia akan membawa pulang Zahrah secara baik kerana faham keluarga isterinya juga berhak ke atas bayi itu. Malah, Jimmy juga sanggup berkorban berulang alik dari rumahnya ke rumah mentuanya semata-mata untuk anaknya itu.

"Kami akan sama-sama menjaga Zahrah. Tidak adil kalau saya mengambil Zahrah daripada ibunya walaupun jika diikutkan isteri perlu mendengar cakap suami. Walaupun ada masalah dengan isteri, kalau boleh saya tidak mahu mengheret Zahrah dalam masalah kami. Saya mahu dia membesar dengan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayahnya.

"Saya tidak mahu Zahrah hidup dalam keluarga yang porak peranda. Saya akan sentiasa mendoakan dia supaya menjadi seorang anak solehah," kata Jimmy yang menyerahkan nasibnya di tangan takdir.

Biarpun diuji dengan ujian maha hebat ini, belum pernah lagi terlintas di hati bekas pengacara Trek Selebriti untuk mencari suri hidup yang lain, sekalipun ibu mentuanya tidak mempunyai halangan jika dia mahu berbuat demikian.

Walau apa sekalipun yang terjadi, dia tidak akan berpisah dengan isterinya Suhaila Elaini kerana katanya perpisahan bukanlah jalan kepada penyelesaian masalah. "Saya perlu berfikir secara dewasa, hanya kematian yang akan memisahkan kami," kata Jimmy.

Sementara itu, Muniroh yang setia menemani menantu dan cucunya ketika sesi fotografi ini ternyata seorang yang cukup 'sporting'. Sesekali dia mencelah ketika sesi temu bual, lagak mereka bagaikan seorang sahabat karib yang bebas untuk berkata apa saja.

Katanya, sehingga kini, dia tidak berhenti daripada mencari penawar bagi memulihkan masalah rumah tangga anaknya.

"Saya tidak nampak perkara ini datang dari hati dia. Pada waktu sama, kita juga kena percaya benda misteri. Saya akan terus berusaha untuk mengubati masalah anak saya. Saya percaya setiap penyakit pasti ada ubatnya, jadi saya yakin satu hari nanti masalah ini dapat diselesaikan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.