Adsense

Jumaat, 29 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Video HD : Majlis Pernikahan Nurul Syuhada & Amir.

Posted: 28 Jul 2011 11:53 PM PDT

Home > Video > Video HD : Majlis Pernikahan Nurul Syuhada & Amir.

Kagum betul dengan video pernikahan Nurul Syuhada & Amir yang dirakam oleh team CST Production, versi HD okay! Macam tengok filem arahan Kabir Bathia kaedah'nya. Anda yang nak berkahwin dalam masa terdekat disarankan menonton video ini, mana tahu nanti dapat ilham-ilham menarik ke.

Video berdurasi 4:30 minit ini memaparkan 'behind the scene' bermula daripada persiapan sehinggalah berlangsungnya majlis pernikahan Nurul Syuhada & Amir yang berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai yang lepas. Kami ternanti-nanti juga bilanya team CST akan upload video masa persandingan pula.

Majlis Pernikahan | Nurul Syuhada (MJ3) & Amir by CST PRODUCTION from cstproduction.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in Video (1 of 93 articles)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perodua Tweckbot : Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter

Posted: 28 Jul 2011 10:26 PM PDT

Home > General > Perodua Tweckbot : Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter

'Anda Keutamaan Kami' ialah slogan jenama Perodua, dan Perodua ingin membuktikan bahawa slogan itu bukanlah satu omongan kosong semata-mata.

28 Julai 2011, Perodua melancarkan kempen perkhidmatan terbaru iaitu Perodua Tweckbot; satu servis yang julung kali diadakan di Malaysia, atau di seluruh dunia!

Perodua Tweckbot telah direka untuk membantu pelanggan Perodua melakukan pemeriksaan 15 poin cek kereta secara Percuma.

Untuk menikmati servis percuma ini, anda hanya perlu follow @MYPerodua terlebih dahulu. Jikalau team Perodua Tweckbot berada di lokasi anda pada tarikh yang ditentukan, anda boleh tweet mereka & mekanik Perodua bertauliah akan datang ke rumah anda untuk memeriksa kondisi kereta anda secara percuma. Siapa cepat, dia dapat!

Perodua Tweckbot diadakan demi memastikan anda dapat memandu secara selamat ketika sambutan raya kelak. Andai kata, mekanik mengenalpasti kereta anda tidak berada dalam keadaan yang memuaskan, anda akan dimaklumkan untuk menghantar kereta ke pusat servis berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan Perodua Tweckbot akan mengunjungi beberapa lokasi residensi di Lembah Klang supaya anda, pemilik Perodua boleh tweet mereka di @MYPerodua dan mereka akan datang ke pintu rumah anda.

Dan, perkhidmatan ini eksklusif untuk pemilik Perodua sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in General (1 of 984 articles)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.