Adsense

Jumaat, 29 Julai 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


VIDEO KAHWIN HIGH DEFINITION NURUL SYUHADA..

Posted: 29 Jul 2011 04:43 AM PDT

Video selama 4 minit setengah ini mengetengahkan 'di balik tabir' majlis pernikahan Nurul Syuhada dan pasanganya Amir yang dilangsungkan di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu. Apa yang menarik, video ini adalah dalam High-definition video (HD).

Anda boleh klik butang full screen untuk video besar...

Majlis Pernikahan | Nurul Syuhada (MJ3) & Amir by CST PRODUCTION from cstproduction on Vimeo.





.

NORMAN & MEMEY BEBAS KHALWAT...

Posted: 29 Jul 2011 04:03 AM PDT

Norman Hakim dan bakal isterinya Memey Suhaiza akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat. Kes tersebut yang hangat diperkatakan sejak tiga tahun lalu hingga menjadi punca penceraian antara Norman dan Abby Abadi bagaikan hadiah perkahwinan untuk Norman dan Memey.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim kerana berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dikenakan. Mereka didakwa berkhalwat di sebuah pejabat di Taman Keramat AU, pada 2008.

Norman dan Memey yang hadir bersama pada pukul 9.30 pagi hari ini (Jumaat), menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan.

"Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan perasaan syukur kepada Allah," ujar Norman dan Memey ketika menjawap soalan media mengenai perasaan mereka berdua.

Mereka baru-baru ini dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan september di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur dengan kos dan tajaan bernilai RM12 juta. Jika benar, ini menjadikan perkahwinan tersebut sebagai 'wedding of the year' dan perkahwinan paling mahal selepas Siti Nurhaliza.


Imbas kembali kes yang hangat diperkatakan...


Norman dan Memey lega selepas dibebaskan...



.

NORA DANISH - MINAT BOLA ATAU MINAT FAHMI??

Posted: 28 Jul 2011 02:10 PM PDT

Meskipun hanya seri 1-1 dengan Singapura dan kalah dengan agregate 6-4, namun pastinya Malaysia mempunyai penyokong setianya iaitu pelakon popular Nora Danish. Jika diingat kembali, ketika perlawanan AFF Suzuki Cup lepas, Nora Danish pernah meletakkan status berbunyi, "sweetheart XOXO, call me" kerana kemungkinan besar dia amat mengagumi kelincahan Khairul Fahmi di atas padang.

Aikkk... Khairul Fahmi lagi? Nampaknya ramai juga peminat Fahmi dikalangan gadis-gadis remaja termasuk artis kita yang masih bujang mahupun janda. Apa-apapun... tahniah pada Fahmi kerana telah berjaya menyelamatkan beberapa cubaan maut daripada Singapura yang jika bolos... pastinya membuat Nora Danish tak tidur malam dibuatnya..!





.