Adsense

Ahad, 24 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Penyanyi Remaja Liat Bayar Hutang RM100.

Posted: 24 Jul 2011 09:28 PM PDT

Isunya di sini bukan'lah jumlah hutang yang diberikan, sebaliknya janji manis untuk pulangkan wang tersebut tidak ditepati. Ini yang terjadi kepada seorang penyanyi remaja lelaki berumur 15 tahun yang sehingga kini liat membayar hutang walaupun pernah berjanji dengan si peminjam untuk pulangkan wang tersebut.

Penyanyi remaja ini, kelibatnya mula dilihat apabila muncul dalam rancangan realiti nyanyian bertemakan kanak-kanak di sebuah stesen televisyen berbayar. Disebabkan penyanyi ini lambat mendapat bayaran, dia terpaksa meminjam wang untuk membeli baju sempena menghadiri sebuah acara. Penyanyi ini kemudiannya menghubungi si peminjam yang sudah bekerja ini untuk memohon bantuan. Atas dasar ingin membantu, si peminjam ini bank-in wang tersebut kepada penyanyi remaja berkenaan.

Hairan juga, penyanyi remaja yang rupanya agak jambu ini bukannya datang daripada keluarga yang susah. Mungkin ada sebabnya tersendiri.

Apabila si peminjam ini meminta semula wangnya, penyanyi remaja ini agak liat untuk membayar, malah men-delete nama si peminjam daripada senarai Blackberry Messenger (BBM).

Kata si peminjam, dia tidak lagi mengharap penyanyi remaja itu memulangkan wangnya, cuma dia tidak mahu remaja bertaraf kanak-kanak itu mempermainkan janji. Baginya, RM100 bukanlah jumlah yang besar untuk seseorang yang sudah bekerja, tetapi sesuatu janji yang sudah diikat, patut dipatuhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Aiseh! : Industri Perfileman Luar Negara vs Tempatan

Posted: 24 Jul 2011 08:42 PM PDT

Percaya atau tidak, industri perfileman tempatan dan industri perfileman luar negara mempunyai beberapa perbezaan yang ketara. Jom kita selidik.

Usia pelakon

Kalau pelakon luar negara, usia bukanlah satu faktor jika mereka mempunyai bakat berlakon yang hebat. Lihat sahaja Pierce Brosnan, sudah berusia 50 lebih pun masih boleh memegang watak utama. Kalau di Malaysia, yang memegang watak hero mestilah masih muda dan gagah perkasa. Kalau dulu Faizal Hussien dan Mustafa Kamal sering jadi hero, cuba tengok sekarang. Ada lagi ke mereka jadi hero? Memang tak jumpalah orang berusia jadi hero dalam perfileman Malaysia ni.

Rupa fizikal

Kalau industri perfileman Holywood, muka hitam macam arang, rambut kerinting macam megi, pun boleh jadi watak utama. Watak hero pula tu. Will Smith, Jamie Foxx, dah berapa banyak filem yang dibintangi. Semuanya filem hot-hot, bukan filem picisan. Apa yang penting, mereka pandai berlakon.

Kalau di Malaysia, ada juga yang muka tak seberapa jadi hero. Tapi jadi hero dalam cerita komedi lawak je lah. Adakah bias ini datangnya dari penerbit atau pengarah filem? Mungkin penerbit dan pengarah yang memilih pelakon, tetapi saya yakin penonton Malaysia sendiri yang suka menonton lelaki tegap, hot, dan berdada bidang, kan?

Telor (loghat)

Yang ni memang sedikit konflik. Payah rasanya nak tau mana satu yang lebih baik untuk perfileman; penggunaan Melayu skema, atau bahasa Melayu percakapan harian. Kalau tengok cerita orang putih, tak ada pula mereka guna 'shortform' atau 'loghat' macam cerita-cerita dalam Malaysia ni. Kalau guna bahasa skema dalam filem, boleh jadi filem tu nampak kaku dan membosankan, betul tak? Tapi agak peliknya, cerita P.Ramlee walaupun tiada warna dan bahasanya agak skema, tak pun bosan saya tengok.

Adegan-adegan uhummm..

Kalau cerita orang putih, kissing-missing ni memang sudah jadi lumrah. Kalau di Malaysia ni Alhamdulillah, belum lagi. Tapi itu buat masa ini. Kalau kita tengok filem Malaysia sekarang, makin lama makin banyak uhumm nya. Kalau kita tengok filem Sepet, Cahaya, tidak mustahil satu masa nanti adegan-adegan kissing-missing sudah menjadi satu kemestian dalam filem Malaysia.

Lagi satu, kalau kita tahu mana-mana artis tempatan yang ada kontroversi dan isu sosial, biasanya kita akan benci dan boikot lakonan dia. Tetapi apabila artis antarabangsa macam Paris Hilton ada kontroversi, kita tak kisah pun nak tengok filem dia. Adakah bias ini perlu walaupun lakonan artis tadi memang sampai dan berkesan?

Kamera angle

Untuk kamera angle ini, bagi drama tempatan je lah. Kebanyakan filem-filem tempatan okay belaka kamera angle'nya. Kalau tengok sesetengah drama tempatan tu, memang sakit hati dibuatnya. Main sedap je dia zoom out dan zoom in kamera. Ikut suka hati dia je nak gerak kamera tu ke mana-mana. Tak professional langsung.

Kalau kita tengok luar negara, untuk efek dan teknik rakaman bagi drama pun dah jauh menandingi filem tempatan. Contoh 'basic' teknik rakaman ialah teknik 'blur'. Sebagai contoh drama Korea dan English, biasanya kamera akan fokus kepada mereka yang sedang bercakap, yang lain-lain akan dijadikan 'blur'. Kalau drama tempatan, satu TV dia nak fokus. Walaubagaimanapun, drama seperti Nur Kasih dan Tahajjud Cinta mula menunjukkan peningkatan dari segi teknik dan sudut rakaman berbanding drama-drama yang lain. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Erti kehidupan

Kebanyakan cerita-cerita luar yang kita lihat hanya boleh dilihat di dalam filem. Filem-filem yang dihasilkan semata-mata untuk membuai penonton di alam fantasi dan membuat mereka leka. Di sinilah kekuatan filem Melayu sebenarnya. Kebanyakan drama-drama Melayu yang dihasilkan mempunyai konsep kehidupan dan pengajaran. Walaupun jalan cerita acapkali lemah, pengajaran yang disampaikan memang tiada tandingan. Tetapi apa yang anak muda kita pilih? Cerekarama atau TV Series?

Budget

Inilah perbezaan yang paling ketara antara industri hiburan Malaysia dan luar negara. Di Malaysia budgetnya agak rendah. Bila pekerja dapat gaji rendah, apa lagi yang kita boleh harap dengan hasil sesebuah filem itu. Contoh paling pedas ialah filem 2 Alam yang tak pastilah anda masih ingat atau tidak. Kos membuat filem ini hanya beberapa ratus ribu tetapi mengharapkan pulangan sampai puluhan juta.

Walaubagaimanapun kita tidak berhak salahkan industri hiburan sepenuhnya. Budget yang rendah sebenarnya berpunca daripada segelintir masyarkat kita juga. Sikit-sikit cari yang Rapidshare, Torrent. Beli yang original tak nak pula. Kalau filem luar negara tu tak kisahlah nak men-torrent pun sebab pasaran mereka luas. Bagi industri hiburan tempatan, apa yang mereka ada hanyalah anda.

Tentang penulis: MaxMonic ialah founder kepada Hostipedia.com, sebuah laman berkenaan 'web development' dan juga 'web hosting promotion '. Sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan pembangunan laman web, anda boleh follow Twitter saya untuk menerima tweet-tweet berkaitan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.